Zara dan Zariff. Powered by Blogger.

Iman Nur Zahra

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zariff

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zaffri

Lilypie Third Birthday tickers

Sunday, May 3, 2015

Cerita Iman Zariff

0 comments
Date:
Time:
Venue:


Iman Zariff...



Bulan ni dah berumur setahun lapan bulan. Ikhlas....masa cepat sangat berlalu sejak kehadiran anak teruna kami ni. Seorang yang tak banyak kerenah, tak banyak meminta, dan bukan seorang yang mengada-ngada atau manja. Zariff ni sangat independent. Sesuai dengan dia yang seorang lelaki, yang bakal menjaga kakak dia bila besar nanti.

 
Zariff ni, so far tak pernah mintak apa-apa mainan kalau kami bawa  masuk toysRus. Ye, memang dia kecil lagi, tak pandai minta kan. Tapi tak juga tau, kami dah pernah pengalaman dengan kakak zahra dulu. Seawal umur setahun tu dia dah pandai nak macam-macam. Sebab tu lah kami boleh cakap kat zariff macam tu dengan usia dia sekarang.Kalau masuk kedai toys, kami husband and wife ni yang banyak tanya dia, baby nak apa...baby nak ini tak, baby nak itu tak. Sebab rasa xsedap bila beli barang kakak saja, sedangkan barang zariff tak beli. Tapi itula zariff...semua taknak.

Zariff ni, seorang penyabar. Kenapa nik cakap macam tu? Sebabnya, tak kisah macam mana keadaan tak selesa sekalipon, zariff tak pernah tunjuk perasaan dia tak suka atau tak selesa. Tak pernah merengek kalau penat, panas, termasuklah kalau dia tak sihat sekalipon. Sumpah! Itula dia zariff. Kalau badan dia panas, nampak dia penat..tapi dia tak merengek. Kita parents ni memang kene monitor. Sebab dia tetap akan active sepanjang masa. Contoh lain dia seorang penyabar, kalau kene marah kakak. Ye, kakak suka marah baby. Zariff susah nak melenting. Dia lebih kepada dia, senyap walau kene cubit kakak sekalipon. Zariff memang budak yang kuat dan sabar.

Kaki sentap adalah salah satu kelemahan zariff. Ye, dia memang kuat, memang tak banyak kerenah dan seorang yang kuat. Tapi, jangan cari pasal dengan dia. Kaki sentap sangat-sangat! Contohnya, kalau dia mintak apa-apa, (igt, dia kan jang minta) kite kene cepat-cepat hulur. Berani nak cakap no? atau tak boleh? dia akan berguling, meraung menangis non stop. Dan masa tu, tak payah nk hulur laa...memang dah takkan pandang dah. Serius! Satu lagi contoh, kalau sesiapa rampas barang dari tangan dia, haruslaa kene gigit! ha..masa tu kalau sesiapa nak cakap zariff harimau ke apa ke...lantak. Dan sape cari pasal dengan dia? betol tak? Ye..memang dah ramai yang cakap zariff suka gigit, tapi kami sebagai parent dia, memang dah ariff sangat dah. Zariff ni takkan gigit orang kalau orang tu tak bagi ancaman kat dia. Jadi, kalau sape kene gigit tu..ha sapa suruh buat dia dulu? memang kene padahnya.

Kegemaran zariff? Hmmm memang sinonim dengan dia yang seorang boy. Suka sangat dengan segala bentuk transport termasuklah bas, keretapi, motor, kereta dan basikal sekali! Memang suka yang amat sangat. (Tak sia-sia kami belikan set thomas and friend sejak dia dalam perot lagi! hehe).

Progres..setakat ni dah banyak perkataan yang dia boleh sebut dan kenal. Contohnya:

Makanan - Nasi, air, mee, biskut, kepok, susu
Kenderaan - bas, to(moto), car, ayi (lori), yen (tren)
Haiwan - Cat, fish, bird, cow, horse, ayen (lion), duck, chick, 

Selain perkataan, buat ayat penyata dan ayat tanya pon boleh sikit-sikit macam contoh:
1. Papa mana..oo papa work
2. Tudung mama...
3. Nak nasik...nak ayi (air)
4. Shoes baby...
5. kakak andi(mandi) / kakak mana..
6. tak nak
7. ek atashh (naik atas)

Lagi, zariff suka ulang apa yang kita cakap..

BBQ di Bukit Kluang Part 1

0 comments
Date: 03/05/15
Time: 12.30pm-4.30pm
Venue:Bukit Kluang - Besut Terengganu





































Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...