Zara dan Zariff. Powered by Blogger.

Iman Nur Zahra

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zariff

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zaffri

Lilypie Third Birthday tickers

Sunday, November 10, 2019

Zara Turns 8!!

0 comments

 Date: 10.11.2019

Time: 3.00pm

Venue: Satay Kajang

Happy Birthday Kakak Zara!!!!

Oke...birthday kakak tahun ni paling sempoi! sebabnye dia tak nak kek 4 jenis macam zariff dan zaffri bulan lepas-lepas. Hahaaha boring agaknya...

Sempena hari ni 10 haribulan, memang besday kakak harini, mama dan papa tanya.nak celebrate makan apa sempena birthdya...sudahnyaa dia mintak ni je...waaa! terkesima mama dan papa! hihi

Kakak zara mintak satay jeee awak!

Apa-apa sekalipon kakak...mama dan papa doakan supaya awak sihat walafiat, diberi keberkatan hidup dunia akhirat dan menjadi anak yg solehah. Amin..amin yaaa robbal alamin!



Saturday, September 21, 2019

Zariff Turns 6!!

0 comments

 Date: 21 September 2019

Time: 6.00 pm

Venue: Rumah Aariz


Alhamdulillah...


Happy Birthday to youuuu...

Happy Birthday to youuuu...

Happy Birthday to abang zariff...

Happy Birthday to youuuu...

Yeayyyy...abang dah masuk 6 tahun! Birthday abang sebenarnya 16 September 2019. Hari Malaysia. Setiap tahun cuti public holiday. Tapi tahun ni banyak benar hal masa date birthday abang tu. Jadi kite delay laaa potong kek seminggu.

Seperti birthday adik zaffri di hujung bulan Ogos lepas, birthday abang jugak kita sambut ala kadar je. Ingat konsep kita tahun ni?? Bersederhana..janji potong kek.hehehe.. Nanti mama qadha majlis birthday tahun depan ye abang.

Dapat potong kek dengan kazen tersayang ni pon dah ckup syukur dah kan... mama seronok..anak-anak gembira. Alhamdulillah.

Mama dan papa doakan semoga abang diberi kesihatan yang baik, bijak pandai dan diberkati dunia akhira. Kaya dunia akhirat. amin2...yaaa robbal alamin!

Jom nyanyi happy  birthday untuk abang jomm!!



Saturday, August 31, 2019

Hari Kemerdekaan

0 comments
Date: 31.08.2019
Time: 7.30am - 12pm
Venue: Putrajaya

Sudah beberapa tahun niat nak bawa anak-anak tengok perbarisan hari kemerdekaan malaysia LIVE depan mata tapi tak kesampaian. Dan Alhamdulillah, tahun ni kami berpeluang bawa mereka semua. 

Sehari sebelum lagi, iaitu 30hb lagi, kami dah beritahu kakak, abang dan adik pasal ni. Tapi nampak macam tak berapa nak faham pon. Bila pagi tadi, ajak mandi naik kereta, bawak bendera, situ diorang semua dah mula faham.

Sampai kt putrajya dalam jam 7.45am macam tu. Parking memang penuh. Semua jalan penuh, semua parking lot pon penuh. Tabah jela cari tepi2 jalan, selit2 tempat yang boleh menyelit. Alhamdulillah juga, rezeki dapat parking xjauh mane.





















Monday, August 26, 2019

Zaffri Turns 2!

0 comments

Date: 25.08.2019

Time: 10.30pm

Venue: Home


Happy Birthday to you....

Happy Birthday to you....

Happy Birthday to dedekkk.....

Happy Birthday to you!


Yeay!!!.. Alhamdulillah, dedek dah masuk 2 tahun. Besar dah dedek kesayangan kami semua ni. 

Tahun ni mama dan papa mengamalkan konsep bersederhana ye anak-anak. Jadi, sambut birthday kat rumah dengan kek mamasab je. Almaklumlah...mama kan baru jadi agent mamasab, jual kek.hihihi.

Walaupon tahun ni tak de majlis birthday, tapi kita sambut secara personal di rumah kita-kita saje yee. Tetap juga meriah kan?

Mama dan papa doakan, semoga dedek zafri membesar dengan sihat, cerdik, panjang umur, dan dimurahkan rezeki seumur hidup dedek. Amin..amin ya robbal alamin...



Video nyanyi tak jadi..


Hahahaha comel laa dedekkkk...


Akhirnyaa....



Wednesday, August 21, 2019

Zariff jatuh basikal

0 comments
Date: 02.07.2019
Time:
Venue: home

Kejadian hari ini, abang zariff jatuh dari basikal. Setiap hari, setiap petang memang akan bawak basikal laju-laju dengan kawan dia pusing kawasan rumah. Kalau bising marah sebab kayuh laju, dia bukan nak layan pun.

Sudahnya, itula dia. Berdarah kat lutut. Nak kesian ke..nak marah ke..kami kon tak tau. Haihh la anak.

Kakak zara, memang dah sedia maklum musuh ketat zarif. Elergic katanya kalau sentuh zariff. Tp kami kami suka je sakat dia, cakap yg zariff tu bff dia. Memang hangen satu badan ler. Tapi bila zariff sakit, tengokla sape dulu yang paling alert..paling prihatin? Kakak Kakak zara jugaklaaa. Itula kami cakap diorang ni sebenarnye..need each other. Hehe.

Laju je cari plaster, tampal litut like a doktor. Mama doakan hubungan kasih sayang kamu adik beradik kekal hingga ke ke akhir hayat ye sayang. I am sooo touched! 




Monday, April 15, 2019

Naik basikal di putrajaya

0 comments
Date: 13.04.2019(sabtu)
Venue: Taman Empangan Putrajaya

Zara - 7tahun 5bulan
Zarif - 5tahun 7bulan
Zafri - 1tahun7bulan

Musim "gila basikal" melanda anak-anak mama kali ini ye. Sejak kakak zara dan abang zarif pandai berbasikal 2 tayar tayar ni, kemain semangat diorang.

Dah lama plan nak beli basikal besar sikit untuk zara, sebab basikal dia kecik sgt. Mana taknya, basikal sejak umur 2tahun haaha. Zarif pulak takpela baru dapat hadiah besday thun lepas dari tokma. Kebetulan, rezeki, kawan mama cakap nak letgo basikal anak-anak dia. Basikal girl satu...boy satu.

Nampak anak-anak semangat, papa pon laju berdesup je gi kota damansara semata-mata nak ambil basikal. Hihi. Konon pg padi nak tengok dan repairla apa yang patot. Sekali..memang in a very good condition. Tak perlu repair apa-apa pon. Alhamdulillah!

Hari ni papa ada nak delivery barang je kajang. Ha elok sangatlah..bawak anak-anak naik basikal sekali.hehe













Monday, April 8, 2019

Zariff taknak sekolah

0 comments
Date: 9.04.2019
Time: 1PM (Lunch Hour)
Venue: Office

Catatan hari ni, mama type dengan penuh rasa sedih, pasrah, dan pendek katanya, memang buntu. Dah tak tau nak buat macam mana...dan..GIVE UP. Huhuhuhu

Pasal Zariff.

Lately ni, zariff bagi sejuta alasan untuk taknak gi sekolah. Macam pelik jugak. Last year memang meragam bangun pagi, tapi lepas mandi dan sampai sekolah dia dah ok. Sama jugak awal tahun ni. Kadang-kadang ok, kadang-kadang meragam sebab tak cukup tido. Tapi ok. Bila sampai sekolah masih boleh tuned into a good mood.

Balik kerja, borak pasal sekolah dengan zariff, memang dia suka sangat. Happy dapat jumpa kawan, dapat belajar. Tapi lately ni..macam makin kritikal pulak tak nak gi sekolah. Paling ketara lepas balik dari cuti sekolah hari tu. 

Bila slow talk dengan dia, cakap elok-elok kenapa dia tak nak gi sekolah, Zariff cakap dia takut. Takut kene rotan. Hari-hari kene rotan kat tangan. Huhuhu. kesian...tp fikir balik, maybe sebab dia manja lebih la kot. 

Pujuk zariff, yang kene rotan tu adalah perkara biasa (walaupun dalam hati ni, Allah saja yang tau betapa hati ibu sedih bila dengar anak kene rotan). Tapi itu la, mungkin zariff ni tak dengar kata cikgu kot. 

Jadi semalam, mama ambik cuti sehari untuk jumpa cikgu. Bincang dengan cikgu kenapa zariff ni sampai trauma begitu sekali. Memang dia nanges guling-guling depan pagar sekolah. Masa tu pulak perhimpunan sekolah. Huhuhu sedih mama bang...huhu.

Tak sampai hati nk tinggalkan dia macam tu, sebab pakguard, cikgu2, pengawas pon dh pujuk dia. Tak jugak jalan. Jadi cikgu bagi kebenaran untuk masuk sekali dalam kelas. Masa tu, borang panjang dengan cikgu.

Cikgu cakap...zariff

1. Suka main dalam kelas
2. Buat kerja lambat selalu paling lambat dalam kelas
3. Tapi kerja2 dia cantik dan kemas
4. Salah sorang geng budak-budak yang selalu kene tulis nama sebab naughty.


Memang zariff kene rotan hari2. Huhuhu..tp.. kalau dia notti dalam kelas, maksudnya dia happy. Kalau dia pendiam dan xnotti, maksudnye dia tak happy. Logik jugakla dia xnak gi sekolah. Ini tidak...naughty..tp xnak gi sekolah. pelik.

Harini...masih lagi meraung-raung dalam kelas. End up, papa dia bawak dia balik rumah balik. huhu..

Tak taula kenapaa...dan mcm mana...uwaaaaaaaaaaaa!

Mama doakan...awak jadi anak yang soleh dan pandai ye abang...belajar pandai-pandai. 


Saturday, February 23, 2019

Teambuilding @ District 21

0 comments
Date: 23/01/2019
Time: 9.00am - 3.00pm
Venue: IOI Mall Putrajaya

Hari ini mama nik ada activity team building di IOI Mall Putrajaya anjuran team Information Services Department. Secara keseluruan aktiviti ni, rasanya memang seronok laa.

Mulanya kalau tengok pada tempat tu, nampak macam tak berapa mencabar. Tapi bila diberitahu detail-detail setiap game yang semuanya ada 10 games untuk disiapkan, pheww berpeluh ketiak juga lah. Ok, dengar pon dah berpeluh...rupanya bila main...sakit habis satu badan oiiii!

Game pertama yang kami main adalah susun blocks paling tinggi, dan sorang kene berdiri di atas block tu selama 2minit. Kalau tinggi macam mana pon, tapi tak mampu nak maintain berdiri 2minit, outtt....tak dapat markah. Bunyi macam simple, tak sebenarnya tidak semudah yang disangka. Maklumla, kami ni jarang indoor outdoor game. So, semuanya pon susah pada kami-kami yang nature kerja tekan keyboard je haha

Then, proceed pula dengan game panjat tiang tinggi-tinggi pastu campak bola ke bawah. Lagi tinggi kita naik tiang tu, lagi banyak bola. Risikonya, bila kita panjat tiang tu tinggi pon, kalau orang kat bawah tu tak dapat sambut bola tu, tiada markah jua. hmmm..sedih kan? so yang bawah pon kenela standby betol-betol.

The, kami teruskan dengan Maze game. Ok yang ni memang menguji stamina yang amat. Orang berbadan besar tak digalakkan join game ni sebab kene masuk celah-celah besi untuk cari jalan keluar. Sempit..sempit sangat. Badan mama ni pon muat-muat jee..huhu. Ok yang ni memang buat kami beramai-ramai injured. Sakit lutut sebab kene merangkak cari jalan keluar kat atas besi-besi. Sakittt wooo!


Sunday, February 10, 2019

Anak2 mandi hujan

0 comments
Date: 10.02.2019
Time: 4pm
Venue: home sweet home

Weekend ni last day cuti sekolah. Esok dah nak buka sekolah. Jadi lebih baik duduk rumah je dan tak perlu pergi mana-mana.

Make sure semua keje sekolah siap, baju2 sekolah, kasut sekolah settle. Baru tenang dan boleh start rutin mcm biasa. Rutin yang sangat sibuk.

Lately ni, setiap petang hujan. Tengah hari pula bukan main panas lit lit. Petang semalam hujan lebat melampau siap petir bagai. Jadi mama bagi tengok dari dalam Rumah je.


Tapi alhamdulillah hari ni hujan biasa-biasa, boleh bagi anak-anak main hujan. Zafri la...dia la paling suka main hujan. Hari tu dah try main hujan, alhamdulillah takde demam apa. So boleh bg diorang main hujan lagi.


Bila hujan berhenti sekejap, papa keluar beli goreng pisang dan karipap kegemaran anak-anak kat simpang depan rumah. Sebab tau la kan, main air ni cepat lapar. Hehe


Okla .tu je mama nak update buat kenangan anak-anak di masa depan nanti. Nak layan 3z main air.
.
Bye
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...