Zara dan Zariff. Powered by Blogger.

Iman Nur Zahra

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zariff

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zaffri

Lilypie Third Birthday tickers

Tuesday, May 1, 2012

Happy Labor Day!



Lena dalam buai

Happy labor day to all working people out there! Sempena hari cuti umum ni, mama&papa rancang nak masak-masak kat rumah je. Tak nak makan kat luar. Yela..dah lame benar mama&papa tak masak-masak kan. Owh ye, ingat tak post ni? kat sini kan mama ade cerita pasal first trial mama&papa masak kari ayam kan. Haa..kemaruk masak kari tak habis lagi la katakan, hari ni papa masak kari udang pulak. Udang besar size xxl yang kebetulan ade discount kat tesco semalam. Biasanya udang size ni rm20.90 sekilo, semalam tesco bagi discount rm15/kilo..murah sangatla tu. Amik banyak jugakla, tapi total rm10.20 je.

Semalam jugak kami ade beli satu pek daging lebu local yang siap potong ready untuk goreng. Tu harga rm10/pek. Kira murahla sbb daging lembu local memang mahal berbanding daging lembu import (daging kotak) tu. Rasa pon ofkos la jauh beza, tak sedap. Lagipon, kalau bab makan ni papa memang sangat cerewet. Barang basah yang tak segar, tak dipandangnya! kalau yang segar, besar, sedap..mahal pon takpe..dengan hati yang terbuka..amik je! hehe..tula perangai papa. Kalau nak harapkan mama, memang mama tak kisah je mana-mana pon. Mama pulak bukan jenis cerewet sangat bab-bab ni. Lagipon, mama memang tak reti..hihi

Zara pulak pagi-pagi macam biasala. Mood memang sangat terbaik. Goodgirl. Lepas mama suapkan nestume sambil tengok cerita Mickey Mouse Clubhouse, mama mandikan dan tukar baju..Masuk buai..tido! Mama pulak boleh la mandi2 dan makan! So..here we go..our super homemade lunch today!

Daging goreng bersama Kari Udang (papa masak)
Tengahari ni pulak, papa ade agenda dengan uncle kalam..nak survey kereta untuk Uncle Kalam katanya. So tinggal la mama dengan cik zara berdua kat rumah. Sekarang ni, mama dah boleh handle zara sorang-sorang tanpa sebarang masalah or risau2 lagi dah. Zara kan dah besar..owh ye..hari ni dah berumur 5bulan, 3minggu, 1hari..hah..nak masuk 6bulan dah. Owh ye, lupa nak cerita.. Sekarang zara dah pandai sebut macam-macam.. contohnye.. "ba..ba..ba..."... pastu.."pa..pa...pa...pa..."  kadang-kadang tu zara jugak sebut beberapa jenis bunyi macam ala-ala bercakap la. Kelakar...mama&papa bangga sangat dengan perkembangan zara. InsyaAllah, kalau zara banyak bercakap dan berlatih nanti cepatla zara boleh cakap! amin.

0 comments on "Happy Labor Day!"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...