Date : 11-12 August 2012
Time : Sepanjang hari
Venue :
Memandangkan minggu depan kita semua dah nak balik kampung dah nak raya..so ni weekend last kita kat shah alam. Dah lama plan sejak mula2 ramadhan lagi nak gi rumah maklong kat batu pahat. Tapi lepas seminggu..seminggu..tak jugak jadi. Weekend ni memang WAJIB gi dah. Memang tak boleh delay. Plan beriya nak gerak lepas sahur, sekali..tidooo...langsung tak gerak pon lepas sahur tu.
Bangun pagi, kemas2 barang satu beg je mandikan baby semua..setel then baru gerak dalam jam 11pagi camtu. So lebih kurang pukul 2petang dah sampai rumah maklong. Sambutan memang best la. Especially abang ajwad tu. Dia la nampak paling happy. Bak kata paklong, dari pagi lagi dok tanya bila kami nak sampai. hehe..comel betol.
|
Angkat berat...model sexy.. |
Dah sampai kat sana, time makan tengahari iman nur zahra. Haruslah mama siapkan lunch dia. Masalahnya, boleh pulak kami tertinggal pinggan mangkuk sudu garfu cik iman tuh! hadoi jenuhlaaa..mencari mangkuk sesuai untuk bubuh nasi zara. Rembat je mangkuk plastik pink tu kat umah maklong pakai sudu plastik kfc kot..xperasan..tak kesahla janji boleh makan..betol tak anak mama? hehe
|
Tengokla mama..bercerita memang beriya! haha..malu i~ |
|
Ntah kenapa ngan muka ajwad tu..hehehe |
|
Berpeluh2 zara kat luar rumah.. |
|
Anyway..kami tengah bertenggek kt atas kereta maklong..depan tu rumah dia. |
|
Tiba2 datang papa..amik kte bawak masuk rumah..dengki betol.hihi |
|
Tapi..sempat aje snap gambr family kita..hehe..nampak tak DBN kesayangan kat blkg tu. Ouch! |
Hehehehe..comey tak family potrait kita yang berlatarbelakangkan rumah maklong kat batu pahat tu? hehehe...comel kan? walau pon papa sedikit seksi..papa tu memang macam tu. Baju takkan bertahan lama kat badan dia. Suka bukak baju tau! nak tunjuk hape ntaah...mama tak suka sangat sebenarnya..tapi biasala papa, kalau mama suruh pakai balik pon, bukan dia nak pakai..habis tidak pon dia amik baju gantung kat bahu camtu je..sabar jela! hikhihi
Anyway time tu kami bersiap nak keluar. Nak cari barang basah nak masak untuk berbuka. Lagipon, kami jugak nak gi kedai A- Ikhsan kat bandar batu pahat..nak carikan kasut raya untuk anak2 maklong. Kami mengekor je sebab papa dah beli kasut baru..Puma lagi..udah2 la kan..
|
Suasana di ruang menonton tv..ajwad..aufa..kakak dan along..semua jalur2 |
|
Dah join orang besar dah sekarang..hehe |
|
Belek2 album lama..jumpa budak tu muka sama ngan cousin dia..aufa! ahha..taksangka! |
Day #2
Ok..dah khatam dah aktiviti hari pertama, then mama nak cerita aktiviti hari kedua kat sana pula. Ok..hari ke dua ni agak seronok jugak sebab kami menjelajah dari satu kampung ke satu kampung untuk mencari kilang kerepek yang famous kat area Parit2 ni ha..Anyway..kat batu pahat ni, mostly kampung dia nama parit..Contoh parit raja..parit sulong, parit ntah...lupa..banyak gile sampai mama pon xtertangkap perkataan dia.hehehe
|
Suasana menenen dalam kereta..camni la jadinya |
|
Zara dan papa depan kedai kerepek. |
|
Mama dan zara pulak kat kedai kerepek |
0 comments on "Vacation : Batu Pahat"
Post a Comment