Zara dan Zariff. Powered by Blogger.

Iman Nur Zahra

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zariff

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zaffri

Lilypie Third Birthday tickers

Tuesday, September 25, 2012

Wagon yang best

0 comments
Date : 25/09/2012
Time : Tengahari
Venue : Home

Wagon ni bukannya wagon baru beli ye? mintak tolong sikit...miahahaaha (hamboi berlagak....)


Kalau pernah baca post yang mama pernah tulis sebelum ni,
mama dah beli lama dah wagon ni, kat sini. Product fisher price as always.

Tapi..

kenapa mama nak cerita pasal wagon ni pulak ek?

OK..

sebabnye...wagon ni dah lama jadi perhiasan je kat rumah tu.Bukan setakat
perhiasan ye, siap dijadikan blocker ataupon pagar untuk halang zara masuk
area dapur. haaa...canggih tak maaakk? miahahaha.

Ok..ni bukan tujuan sebenar mama beli wagon ni ye cik zaraaa...mama beli
pilih wagon ni sebab dia sangat sesuai untuk baby yang nak belajar bertatih ye.
tapi malangnya (chewah..malang tak tahan)..zara ni tak suka sangat dengan wagon ni.
kalau zara boleh bercakap, nak je mama tanya kenapa tak suka, tapi sebab zara baru pandai
sebut tatata..mamamamama..papapapap...dadada...then, mama kuburkanlah hasrat tu.

Zara main menatang yang ade kat atas wagon tu je. Yang bulat-bulat,
yang boleh pusing-pusing tu je..tapi tak guna sepenuhnya function wagon tu.

Sedih mama tau...kekekeke (sedih ke camni?)

Ok..tetapi...ha, ade tetapi disitu ye,

Hari ni zara macam suka pulak. Dok tolak je wagon tu. Mama terpikir..hmm...
pandai pulakss cik mek zara ni tolak wagon tu, mama ingat tak tau..hihihi
Happy la mama of kos!
So lenkali..mama harap2 zara selalu-selalu la training jalan pakai wagon tu ye sayang...

Mama lap yuo so much la!!!

walker to wagon at the best time for zara


Monday, September 24, 2012

Unique snappo of the day

0 comments
Date : 24/09/2012
Time : Tengahari
Venue : Home

terkangkang..jari telunjuk dan solivite..
sungguh ganas anakku...kepala di bawah!

She....



Sunday, September 23, 2012

Zara, hobi dan kegemaran

0 comments
Date : 23rd September 2012
Time : Tengahari
Venue:

Salah satu air minuman kegemaran zara sekarang ni adalah solivite. Suka sangat dengan solivite mungkin sebab rasa dia macam lemak manis sikit. Berbanding dengan vitagen yang lebih kepada rasa masam, zara macam tak berapa suka..Sekarang ni, pantang nampak botol air solivite tu, mesti amik nak minum walaupon botol je..isi nye dah habis..kesian anak mama...

Minuman feveret..solivite
OK..tu cakap pasal minuman kegemaran, kalau bercakap pasal hobi zara...memang dah sedia maklumla hobi zara ni baca buku kan..tapi zara ni ade feveret book tau! Buku yang ade number2 tu..haah! ni memang buku feveret..actually buku ade 4 satu set..numbers, colours, opposite dan animal. Numbers jugakla jadi kegemaran. Nak tau camne mama boleh tau zara suka buku tu? ofkos la dah jadi pemerhatian mama dan papa setiap activiti zara ni kan. Mama dan papa perasan, kalau bagi buku lain zara tak berapa layan sangat, tapi bila bukak buku ade number 1, 2, 3 tu...cepat2 datang pada mama sebab nak belek buku tu...pintar anak mama!!!

Buku kegemaran zara...
kan mama dah cakap, anak mama memang suka baca...termasuklah catalog iklan carrefour..miahaha

Saturday, September 22, 2012

Activiti lama zara

0 comments
Date : 22nd September 2012
Time : Tengahari
Venue :

Anak mama memang seorang yang sangat bijak. Anak mama memang dah lama pandai minum air dari botol ni dan memang zara suka sangat minum ari suam or air masak. Sebab tu lah sepanjang zara dah berusia hampir 11bulan sekarang ni zara tak pernah ade masalah sembelit.

Minum air suam kegemaran zara..
Lately, mama perasan zara dah mula main dengan toys2 lama dia. Contohnye kick and whirl carnival ni. Dah lama dah mama tengok zara tak main pon benda tu. Dok buat penahan taknak kasi zara lepas zone black larangan je. Tapi beberapa menjak ni zara suka main balik. Alhamdulillah...mama suka! Mama memang rasa suka sangat bila anak mama main toys2 yang ade tu sebabnya...cik mek zara ni suka main benda2 selain toys tau! toys? dibiarkan bersepah camtu jee...miahaha..lawak!

go back to her kick and whirl carnival...
Tengahari tadi, baju zara masa makan tu dah basah kuyup..tumpah nasi lagi kt baju..adoiyai..terpaksa la mama tukarkan baju zara supaya lebih selesa lepas makan tu..terus tido..lama jugak tengahari ni zara tido, bangun je start main cam biasa..comel..

wajah riang anak mama dan papa...

Friday, September 21, 2012

Kartun disana sini

0 comments
Date : 21st September 2012
Time : Tengahari
Venue : Home sweet home

Malam ni mama pening...terlalu banyak gambar zara yang mama rasa nak uplod kt blog ni. Tapi kalau uplod semua nanti takot ade yang malas nak scroll2 ke bawah pulak, jadi mama nak kepilkan satu zoom in anak kesayangan mama ni dulu. Activiti kegemaran zara, macam biasa..suka handphone papa berbanding mama sebab dalam ni ade banyak kartun feveretnya...

Dengan muka yang sangat comel dan innocent, mama dengan bangganya menguplod gambar puteri mama buat tatapan dan kenangan di masa hadapan...

Layan...

Handphone kegemaran selepas tv..

Apabila iman nur zahra menonton tv...macam tu la gayanya...
Zara dah besar...she knows everything now!


Thursday, September 20, 2012

Zoom in at 10months 1 week

0 comments
Date : 20th September 2012
Time : Sepanjang hari
Venue : Home sweet Home

Hari ni mama rasa malas pulak nak bercerita, jadi lets all the pictures talking k. Sempena papa sangat rajin meng-snap gambar hari ni, jadi berduyun-duyun gambar zara yang mama rasa WAJIB uplod kat blog hari ni..

Check them out....

Iman Nur Zahra tidah berbaju...
Dancing-dancing...singing-singing...walking-walking..
Mama baru balik from work...love you zara!!!

Zara is in pyjama already...


Wednesday, September 19, 2012

Dora-Nuts papa

0 comments
Date : 19th September 2012
Time : Tengahri
Venue : Home

Progress > Tunjuk gusi (langsung xde gigi lagi)

Barang yang papa order online dah sampai rumah hari ni!! ahahaha. First time dengar "barang papa" kan? biasa barang mama je yang datang mengejut2 secara post2 nih. hahahaha.. Tapi ini tidak bermakna papa tak pernah beli brang online...tidaak.. Papa selalu je beli online, contohnye macam game ps3 la..ntah macam2 lagi yang mama tak ingat.

Dan macam biasala, mama dan papa ni  memang seorang yang periang dan OVER-Excited. haha.. jangan marah! memang setiap kali beli barang ape pon mama dan papa akan snapp bersama dengan model nya sekali macam ni...

Nut kereta pon nak kecoh kan papa ni baby? hehehhee..blue in kaler lagi!
hehehehe..anak mama memang sentiasa akan jadi "mangsa" model iklan barang belian mama dan papa..heheh..sunggoh comel.

her full of activities
Haaa...ini lagi satu benda lawak. Zara ni dah berumur 10bulan...masalhnye sekarang ni..masih lagi tak tumbih gigi!!!! ape kess? lawak betol anak mama nih. Sengeh tunjuk gusi cantek jeleee...kuikui

ps2 training in progress.....



Tuesday, September 18, 2012

Zara dan Oren

0 comments
Date : 18.09.2012
Time : tengahari
Venue : dalam rumah

Waaahh..tengok rambut anak mama tu??? dah panjang cecah batang hidung dah. Memang tahap kritikal dah ni. Anyway mama dan papa dah beli gunting rambut, khas untuk gunting rambut depan zara. Tapi disebabkan tidak mendapat kekuatan dan keberanian, mama dan papa simpan je gunting tu. Nanti mama potong rambut baby k...

Zara dengan buah oren
Satu kelainan dan keunikan iman nur zahra ni, suka main benda yang dianggapnya baru. Contohnye petang tadi, ade 2 biji oren kat ruang tau. Mulanya mama amikkan oren tu dari peti ais sebab nak makan, tapi zara biasala..amik wat main. Yang peliknya kalau mainan dia bukan nye nak main sangat. Ngan oren tu, xlepas tangan, pegang oren je manjang. Seronok betol tengok gelagat iman nur zahra..

Activiti in pyjama

Waktu malam pon busy juga..Kalau dulu sharrp on time kol 8.30 ajak mama masuk bilik, sekarang ni mana ada macam tu lagi dah. Nak main..main..main..kol 10 malam baru rasa nak merengek dan ajak mama masuk bilik. Terpaksala mama naik atas, tak sempat dan luangkan masa dengan papa..hehe.. Tapi itula pengorbanan ibu dan ayah demi membesarkan seorang anak yang tercinta!

Zara, nanti besar jangan lupa mama dan papa tau..we love you forever darling!!

Monday, September 17, 2012

From IKEA with love

0 comments
Date : 17th September 2012
Time : 5.30 pm
Venue : Depan masjid, putrajaya

Hari ni isnin and today is public holiday. Semalam kan 16hb..hari 1 malaysia, jatuh pada hari ahad so malaysia ganti la hari ni. Mama cuti 3hari la minggu ni. Tapi tak gi mane-mane pon. Lepak rumah je. Tapi pagi ni planning baik sikit dari semalam. Bangun tido je, papa cakap suruh siap-siap nak gi IKEA. hamboi...kikiki.

Ala..tengah2 bulan macam ni bukannya nak bershopping perabot sangat. Cuma dari hari tu lagi plan nak gi IKEA tak jadi-jadi. Kalo dok rilek2 smpai tengahari..confirm terus tak jadi gi. Jadi kami bersiap, breakfast ala kadar apa yang patot je then terus ke IKEA. Hari ni kat IKEA memang tersangatla ramai orang. Naik pening mama dibuatnya. Zara pon apa kurangnya, kejap je ok..lepas tu meragam taknak duduk diam. Boring agaknya. Dalam 2jam lebih jugak pusing satu IKEA tu, plan nak makan kat foodcourt kat situ je tapi mak aai..ramai bebenor orangnya. Tak jadi..then keluar dari IKEA tu kat the curve ade mcD..okeh..set, makan kat situ je.bersusah payah cross jalan raya tu..sekali, pon penuh jugaakk..tak jadi jugak..hampess. Masuk kereta dengan perot kosong. Mama tunggu je papa cakap nk makan mana, mama on je. At last nak tau mkn mana? puchong! hahaha..lawak btol kan. Dari damansara makan tengahari kat puchong. Tak habis kat situ je, lepas lunch kt bukit puchong tu sambung lg berjalan menuju ke putrajaya pulaakss.. ecewahh. Kami memang suka nomad2 macam ni...kikiki

Kat putrajaya..kan cantek..tenang..rilekss.. Haruslah amik gambar! fotoshoot la ofkos! layaaann..hee

zara dan mama dalam kereta

senyummm

ready..nk hirup udara segar...

budak comel

ibu dan anak...

berlatar belakang kan pejabat perdana menteri..

peek a boo!!

mama dan zara lagi..

kat lantai..

berlatarbelakang kan masjid putrajaya

merangkak nak ke mana ntah..ehehe

papa dan zara...

muka tak puas hati..

tak habis-habis dengan silembu kesayangannya..

botol ape ni papa?

aik..yang ni kaler oren pulak?

nak rasa sikit boleh?

papa...nak touch..touch rumput..

nak touch rumput jugak!!

ok..tak kasik sudaahhh...

ini family potrait kami hari ni...

satu lagi family potrait...

dan satu lagi...

mama dan zara...

kami dan bangunan jabatan perdana menteri lagi...

papa dan zara pula..

sebagai selingan..malam ni zara makan buah limau sedap!

Sunday, September 16, 2012

Selamat Hari 1 Malaysia!

0 comments
Date : Sunday, 16.09.2012
Time :
Venue :

Special Note : Pertama kali main air.

Selamat menyambut hari 1 malaysia kepada seluruh warga malaysia!!! Hehehe..baru je lepas sambut hari kemerdekaan, masih tak turunkan lagi bendera malaysia yang digantung tu, terus sambung menyambut hari 1 malaysia pula. Owh..apadia hari 1 malaysia ye? Hari ni diiktiraf oleh perdana menteri kita Tan Sri Najib Razak. Dengan adanya hari 1Malaysia ni..tambah lagi satu hari public holiday..wuhoo..

Iman Nur Zahra...

Pertama kali mama dan papa bagi zara main air macam ni

Keluar dari bumbo seat..more free

berseronok bukak baju..basuh baju!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...