Zara dan Zariff. Powered by Blogger.

Iman Nur Zahra

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zariff

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zaffri

Lilypie Third Birthday tickers

Thursday, July 18, 2013

Baby Songsang


Date : 19.07.13
Time : 6.00am
Venue : Home sweet home

Perkara yang paling mama takot semasa pregnancy ni adalah kedudukan baby songsang. Dulu masa mama pregnant kan kakak zara, kedudukan alhamdulillah ok. Memang sentiasa dalam keadaan yang sepatotnye mengikut perkembangan masa atau umur kandungan. 

Tapi amat berbeza dengan pregnancy kali ni. Pregnancy ni, kedudukan baby tak kene dan tak betol. Songsang la maksudnye. Sejak umur kandungan 28minggu doc bagitau mama yang baby dalam keadaan songsang. Masa tu memang mama dah start risau tapi doctor cakap, masih terlalu awal untuk kita risaukan. Sebabnye, ruang dalam perot mama tu masih banyak lagi dan saiz baby pon masih kecil. Banyak lagi kemungkinan untuk baby berpusing kepada kedudukan sepatotnye. Berat baby pulak 1.1kg.

The next chekup pulak minggu ke 30. Mama sekali lagi wat cekup seperti biasa dan kedaan baby masih lagi tak nak pusing. Masih dalam keadaan songsang. Time ni ruang dalam perot tak berapa banyak sangat tapi cukup untuk baby berpusing. Apa yang membuatkan mama risau adalah kedudukan bontot baby pada minggu ni. Elok je masuk dalam tulang pelvis tu. Engage kat situ yang sepatotnye kepala baby yang exgage kt lubang jalan tu. 

Berat baby dah 1.5kg. Dah makin besar dah. Alhamdulillah..The next cekup is on 20th July 2013 which is esok. Risau tu memang ada tapi mama tetap berdoa dan berharap agar baby berpusing ke arah kedudukan yang sepatotnye.

Sementara ada masa free, mama banyak jugak dok cari kat google pasal petua2 untuk mengandung songsang ni. Tapi mama suka ade satu petua ni cakapp, masa solat kite cuba untuk sujud lama2. Reason disebaliknye, berat baby kan paling berat tang kepala dia. So bila kita sujud lama-lama, nanti berat kepala tu akan tu berpusing ke tulang pelvis.

Ada jugak suruh amik lampu suluh dan suluhkan kan area bawah pusat. Sebabnye nak suruh baby tertarik dengan cahaya lampu tu pastu dengan sendirinya akan mengikut cahaya lampu tu membuatkan kepala dia ke bawah. Pon boleh cuba jugak...

Haishhh la baby mama yang comel. Harap2 la baby sihat dan selamat dalam perot mama ye.

0 comments on "Baby Songsang"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...