Zara dan Zariff. Powered by Blogger.

Iman Nur Zahra

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zariff

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zaffri

Lilypie Third Birthday tickers

Saturday, September 21, 2013

Zariff si Iguana comel


Date : 21/09/2013
Venue : Home Kota Bharu

Baru 5 hari tak tinggal sebumbung dengan kakak zara, nik dah rindu tahap gaban dah. Sekarang ni dah tahap nangis sorang2 dalam bilik sebab rindu kat anak..boleh? Sambil cakap2 dengan zariff yang mama rindukan kakak jugak..sambil nangis..walaupon zariff tu bukannya paham apa2 pon.

Rupanya macam ni la perasaan seorang ibu yang berjauhan dengan anaknya. Poyo tak? Sebenarnye rumah mak mertua bukannya jauh mana. Memang boleh datang tiap hari pon. Dan memang zara tu datang setiap hari pon! Tapi...ish..memang sedihla.

Memang tak pernah dok berjauhan kan..selama ni..camni la jadiknya. Bukan taknak dok sama ngan zara dan bukan jugak taknak jaga dia. Tapi sebab luka jahit masih tak sembuh, agak mencabar jugakla nak jaga kakak. Kakak zara tu, dengan perangai ngada2 dia memang susah nik nak bagi sepenuh perhatian, susah nak gerak kan. Sekarang ni, zara banyak main ngan gadget2 je..nak main basikal tak pandai nak kayuh lg.

Main game...
Zariff pulak, hari ke lima ni masih takda tanda2 nak jaundice pon. Nik apa, suka cakap pasal jaundice bukan nak mintak dapat kuning tu. Tapi setiap hari, benda tu la yang merisaukan kami2 nih. Setiap pagi bangun tido belek2 baby. Tekan sana sini dah macam ayam penyet dah ank aku! Tekan lengan, tekan pipi, tapak tangan tapak kaki sebab takot2 ada tanda nak kene kuning tu kan.


Ketenangan itu milik ku..
Tapi satu tau zarif ni, kulit dia dah macam iguana pon hado! uppss...sorry baby! Mau taknya, kulit zarif memang unik. Berubah mengikut keadaan persekitaran. Kalau keadaan gelap, maka gelaplah kulit dia. Kalau time mood tak oke, pon kulit jadik gelap. Tapi kalau time tenang, tido tengahari..cerah sikit. Sekarang ni, nak sendiri pon takleh nak confirm zarif ni berkulit cerah ke sawo matang ke, gelap. Tapi bukan kaler kulit tu ukurannya, sila jangan salah paham ye. Biasala, dah hari2 dok mengadap belek anak, itu je la kalo nak perhatikan pon.

Iman Zariff hari ke lima
Masalah jugak sebenarnya berkulit camtu, sebab kebanyakan orang datang melawat zariff akan cakap kene kuning. Padahal nurse datang check, dia cakap zariff tak kene kuning langsung. Memang kulit dia kuning pucat camtu. Oke, kita serahkan pada yang pakar. Tak payah nak amik port orang kampung cakap.

Hah..ni gambar zariff malam tadi. Suasana malam, maka gelaplah sikit mukanya. Perasan tak? Muka zarif kekuningan kan? Tu bukan jaundice hoccay...tu memang jenis kulit baby...

Goodnite..

0 comments on "Zariff si Iguana comel"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...