Zara dan Zariff. Powered by Blogger.

Iman Nur Zahra

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zariff

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zaffri

Lilypie Third Birthday tickers

Sunday, November 3, 2013

Breastfeeding Diary : EBM untuk Zarif


Date : 3/11/2013
Time : 11.00am
Venue : Home

Hari ni Zariff berumur 49 hari dan kakak Zara pulak lagi seminggu nak masuk 2tahun. Pengalaman membesarkan anak-anak memang best sangat. Tambahan pulak syukur alhamdulillah nik dapat sepasang. Jadi, pengalaman jaga kakak dan adik tu memang banyak kelainan. Ye, sesetengah orang cakap lain baby lain perangai. Tambah-tambah lagi yang jantina tak sama. Nik pon sama jugak, memang jaga kakak dengan jaga adik ni macam langit dengan bumi bezanya..Seriusly!

Macam besarkan kakak Zara dulu, dari hari pertama lahir sehingga la sekarang..manja tak menempat. Tak kira masa suka je nangis. Especially dalam pantang dulu. Tuhan saja yang tahu. Memang terpaksa bersabar lebih. Malam-malam memang tak payah nak berangan la  nak tido awal. Memang tak nye. Masuk je jam 12malam, mula la dia nak merengek. hehehe..

Budak suka tido..

Si adik Zarif pulak, Ya Allah...baik je..diam je.. Memang jarang sangat-sangat nak dengan dia nangis. Malam-malam tido je manjang. Sampaikan mama terpaksa kejutkan baby untuk bangun nenen. Siang pon tido je. Boleh dikatakan dalam 24jam tu..23jam dia tido..satu jam je dia bukak mata. hahahaha. Nasib baik tak jaundice. Alhamdulillah..dua2 anak nik tak kene jaundice.

Dulu masa lahirkan kakak, memang pasang niat nak fully breastfeed. Tapi disebabkan pengalaman tu takda, dan orang-orang disekeliling pon tak membantu, jadi nik tak berjaya nak fully breastfeed. Tapi..zara memang nenen sampai ke besar..sehingga pregnnt kan zarif pon dia nenen lagi. Cuma tengahari je la minum susu FM.

So, dengan pengalaman-pengalaman yang ada ni, nik tekad nak fully breastfeed zariff sehingga 2 tahun. So, dalam masa 6bulan pertama ni memang nik berazam nak bg EBM sahaja...ulang sekali lagi..EBM sahaja..tak masuk setitik air pon kat dalam badan zarif oke! 

Stok EBM sepanjang pantang

Setakat ni, sepanjang dalam pantang ni, nik berjaya buat stok untuk bagi zarif bila masuk keje nanti. Tak banyak kan? Memang sikit je sebabnya nik pon tak faham nape dalam pantang susu nik tak berapa banyak sangat. Sekali pump tu paling2 banyak pon dapat 3-4oz je. Agak nebes jugak sebab orang cakap anak lelaki ni kuat minum susu. Dan stok EBM zariff memang tak memberangsangkan lagi. Haruslah kene usaha lebih gigih lagi. Nasib baik jugak berkat sokongan padu dari encek suami, nik masih berjaya lagi bagi EBM sepenuhnya. Satu tip yang boleh mommies2 di luar sana yang baru nak berjinak-jinak dengan breastfeeding ni. Kerapkanlah menge-pump dan simpan EBM yang di pump tu dlm fridge. Jangan pump dan terus bg EBM tu kat baby, nanti stok tak banyak. Ingat tu.. (sebab ni la yg berlaku pd nik, pump2 bgi kt baby. Last2 stok EBM takde, hari pantang dah mkin nk habis) Pengsan!

Sekarang ni pon nik memang tengah mencari2 maklumat dan tips2 untuk membanyakkan susu badan. Nak makan macam2 pon rasa takot tu ada. Tapi mak mertua nik ada cakap yang buah kurma boleh tambahkan susu badan. Mungkin nik nak cuba makan kurma banyak2 walaupon nik memang tak berapa gemar kurma.

Kakak yang sangat manja..

0 comments on "Breastfeeding Diary : EBM untuk Zarif"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...