Date : 23.03.14
Venue : Home sweet home
Semalam
hari sabtu kami tak ke mana-mana. Sebabnya tiba-tiba husband cakap tak
nak keluar hari ni. Aik.. satu keajaiban telah berlaku! Selalunya
weekend kami jarang dok rumah. So hari ni, pagi2 tadi husband cakap nak
gi rumah pakcik kat selayang sebab cuti sekolah, assume semua orang ada
kat rumah. Before bersiap kami kol pakcik dulu la. Nasib baik, memang
derang takde kat rumah sebab gi main petanque kt Bentong.
So,
dok rumah lagi hari ni. Petang husband dengan activiti bersama jiran
basuh kereta ramai2. haaha. So iollss ni kebosanan terasa nak buat kek
marble. Memang orang cakap kek ni senang. Tapi bagi hakak yang dah lama
tak baking ni agak lupa ingatan la sikit. Google cari maklumat, godek2
barang kat dapur then..oke! jom baking!
Antara bahan yang nik pakai simple je (eh...dah macam blog jom memasak di dapur bersama chef nik pulak! hahaha):
- Secawan mentega
- 3 bijik telor gred A
- 2 cawan gandum
- satu sudu esen vanila
- satu sudu kecik serbuk penaik
- 3 sudu besar serbuk koko
- Suhu 180 celcius selama sejam
Putar gula dan marjerin |
Masukkan telor dan putar lagi |
Sekarang masukkan tepung dan teruskan memutar |
Buat 2 adunan, satu perisa koko satu lg perisa biasa |
Campurkan dia.. |
Dan bakar selama sejam dengan suhu 180 celcius |
Tada....dah masak! |
Adunan
ni nik buat dua kaler je, kaler kuning biasa tu dengan koko. Disebabkan
zahra tu suka makan kek coklat, so adunan tu nik banyakkan perisa koko
tu. So, kek tu akan jadi banyak kaler koko la compare ngan kaler normal
kuning tu.
Lagi
satu, loyang yang nik ada kt dapur tu agak besar gabak. Untuk kek
marble ni, adunan sikit je. So nak tak nak terpaksa pakai periuk kaca
vision size sedang tu. Yang kedua besar. So agak ngam2 la.
Bila dah masak, buleh la potong2 dan makan...
Owh ye, bila potong kek ni ada rasa lebih manis sikit. So next time nik kene kurangkan gula. Pastu nk upgrade sikit kasi tambah susu cair nak suruh sedikit moist.
Dan ini pulak budak-budak comels kat rumah tu...
Adik tengah main... |
Kakak dan papa tengah cuci kereta |
So sweet...
0 comments on "Kek Marble activiti weekend"
Post a Comment