Date : 05.04.2014
Time : 6.30pm
Venue : Home sweet home
Dah petang-petang macam ni takda nak buat apa melainkan main dengan anak-anak terchenta la. Seronok kalau boleh layan anak-anak setiap hari macam ni. Tapi apakan daya, seorang ibu bekerja macam nik ni. Susah nak meluangkan masa kecuali hari cuti hujung minggu sahaja.
Petang ni, zarif merengek kepanasan agaknya. Bila masuk dalam bilik, bukak ekon baru nampak budak kecik ni senyum. Zariff ni beruntung, sejak dalam perot lagi dah rasa dalam ekon, lahir2 je dok spital berekon, semua ekon. Masa pregnant kat kakak zahra dulu, panas je malam. Tiap malam nik kene bangun mandi. Huuuu
Sambil guling-guling sambil menenen. Dan sambil menenen tu sempat lagi nak main peek a boo! Tu ha buktinya, siap ade susu meleleh kat pipi.
Owh ye, susu meleleh melekat kat pipi macam ni memang bahaya. Kene cepat-cepat lap. Kalau tidak, ini lah yang menyumbangkan kepada ruam-ruam kat pipi baby kalo pernah perasan la. Nasib baik anak-anak nik tak kene ruam-ruam macam tu.
So dah lepas minum susu...tido akhirnya...
Comel je baby tengah tidur kan? Kalau menatap muka anak tengah tido macam ni, mau tak nya tak boleh buat kerja..luntur jiwa raga! Suweet!
Bila bangun tido, nak mandi petang..sempat bogelkan dan snap. Zarif yang tengah main planes..beli masa warehouse!
0 comments on "Ahli bina badan"
Post a Comment