Zara dan Zariff. Powered by Blogger.

Iman Nur Zahra

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zariff

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zaffri

Lilypie Third Birthday tickers

Saturday, August 29, 2015

Beca cantik di RnR Seremban


Date: 29/08/15
Time: 1.30-2pm
Venue: RnR Seremban

Pagi ni kami sekeluarga nak bergerak ke rumah moklong Zulfa kat Batu Pahat. Sempena moklong dapat baby baru, dan minggu ini pun cuti panjang sempena hari kemerdekaan hari isnin. Dapat cuti panjang sikit. Gerak dari rumah dalam jam 12 tengahari, dijangka sampai sana dalam jam 4 sebab hari ni kemungkinan traffic jam teruk.

Dalam kereta, kami suruh zahra zariff baring diam-diam.

Layan game kat tab pon takpe..


Dalam jam 1.30 baru sampai di RnR Seremban. Mengisi perut makan tengahari dulu takut sampai rumah moklong lewat. Traffic memang sangat-sangat jam. Banyak sangat kenderaan yang menuju ke arah selatan dan juga utara.


Kat RnR ni, kami agak terkejut jugaklah sebab diorang dah buat decoration kemerdekaan. Dan tema hari merdeka tahun ni adalah "Sehati Sejiwa". Sweet je kan? 


Kelakarnya masa tengah makan, kakak zahra nampak ramai orang ambil gambar dekat beca cantik ni. Lepas makan, sibuk lah dia mengajak ambil gambar kat situ. Selalunya kalau nak suruh ambil gambar di tempat crowded atau tempat awam, bukan main susah lagi.


Terpesona dengan susunan bendera Malaysia kat depan RnR ni. Cantik sangat-sangat. Rasa nak ambil gambar banyak-banyak. Bagus juga macam ni kan, kat semua tempat mula decorate dengan bendera. Baru rasa semangat nak sambut merdeka.

Tapi perasan tak, tak ada orang pon ambil gambar kita. Jadi terpaksa lah saya "selfie" sendiri sebagai kenangan.


Ok, ini je dulu buat hari ni. Nak sambung tido sementara tunggu sampai rumah moklong.

0 comments on "Beca cantik di RnR Seremban"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...