Zara dan Zariff. Powered by Blogger.

Iman Nur Zahra

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zariff

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zaffri

Lilypie Third Birthday tickers

Saturday, November 14, 2015

Happy 4th BirthdayKakak Zahra!


Date: 10/11/2015
Time:9am - 7pm
Venue: Air Terjun Kemensah

Alhamdulillah...

Syukur Alhamdulillah Hari ni kakak Zahra dah masuk 4 tahun.

Kebetulan pula tarikh birthday kakak tahun ni jatuh pada hari cuti am. Dapatla kami celebrate birthday pada tarikh lahir bukan postpone ke apa ke kan.hehe

Minggu ni cuti berderet, sabtu-ahad, isnin (nik apply cuti) then selasa (Deepavali). Plan asalnye kami nak balik kampung, nak celebrate kat kampung sebab kakak zahra selalu dok cakap yg tokma dan tokbah nak throw birthday party utk dia.Tapi kebetulan paktok pulak datang hari jumaat ada urusan kerja, balik ahad petang.Jadi takkanla kami pulak nak balik kampung kan. Terpaksala tukar plan dengan tiba-tiba.

Jadi, birthday kakak tahun ni agak ada kelainan sedikit. Kita potong kek sambil main air sambil ber-BBQ..hehehe. Patotnye nak buat BBQ masa birthday zariff bulan september hari tu kat pantai, tapi masa tu jerebu terok sangat-sangat. Memang boleh memudaratkan.hehe

OK, Meh nak cerita kejadian harini..

Kami bergerak dari rumah dalam jam 8pagi. Dua-dua zahra zariff pon tak bangun lagi. Kami hangkut je masuk kereta. Busyuukk mashaam pon dua2. hehe. Sebab nanti kat sana pon nak mandi jugak kan, jadi kt rumah..tak yah mandi. Perjalanan kami lebih kurang sejam. Jumpa geng-geng kawan husband kat rnr kesas tu dalam jam 8.18am camtu. Convoy 3bijik kereta ke air terjun kemensah dan sampai sana dalam jam 9am.

Kat sana, jumpa lagi 3bijik kereta member husband jugak. Jadi, kami ber-6 bijik kereta convoy masuk dalam kawasan air terjun. 

Kat sana, kawasan memang mesra keluarga yang amat. Kereta boleh parking sampai ke dalam. Dekat sangat dengan kawasan mandi. Untuk ber-BBQ, memang kene sewa rumah yang lengkap siap sekali dengan tempat bbq, rm70 sebijik. Parking pula rm10 untuk sebiji kereta. Untuk activity kami, kami tempah 2 bijik rumah untuk lelaki dan perempuan.

Suasana air terjun pula, ok la untuk kanak-kanak sebab air cetek dan tak banyak benda bahaya yang merisaukan parents. Tapi...air dia..Ya Allah..sejuk yang amat!

0 comments on "Happy 4th BirthdayKakak Zahra!"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...