Zara dan Zariff. Powered by Blogger.

Iman Nur Zahra

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zariff

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zaffri

Lilypie Third Birthday tickers

Sunday, March 20, 2016

Botol air Tupperware utk ZnZ

0 comments
Date:20.03.16
Time: 3.00pm
Venue: Home - Shah Alam

Zara dan Zariff:


Eheeemmm...sejak-sejak mama awak berdua ni jadi dealer tupperware, botol air kamu berdua pon mama dah tukar dari AVENT kepada Tupperware ye anak-anak. hahahaha..

Seronoknyee...Mama lagi seronok tengok awak berdua dapat botol air baru tau? lebih happy dari korang yang dapat tu..haa...paham tak? Paham tak?

Camtula mak-mak bapak-bapak ni ye. Kasih sayang tak berbelah bagi. Sanggup habiskan duit beli benda baru semata-mata nak bagi anak-anak happy (termasuklah mak sekali). Dan dalam kes ni...papa la kot yang nanges sikit sebab habis duit. miahahahaha..

Ehh..tapi..tapi!! apsal pulak..itula tugas papa kan? cari duit untuk kebajikan dan kegembiraan anak bini ye dak? kah kah kah


Cuba tengok rambut Zara tu... Subhanallah! Apsal la kusut masai tu anak oi! Ni la bahana kalau pantang mama sebok nak berbusiness, pastu bagi papa yang uruskan mandi pakai anak. Rambut tak bersikat hahaha. Tapi takpelah. Tetap comel di mata mama. Auch!


Weiii...biar betik...Zariff pakai masih pakai baju tido kot...at this time??? kol 11pagi? Allahuuuu....sabar ye anak.. Mama busy.. Papa awak pon nampak gayanya pon busy jugak.

Tapi..nampak seronok dengan sticker pulak sah2 la lambat lagi ler nak mandi ye?

Ngeee..


Dah...see u  next post ya? Lap you darlinggggg Muuuahhh!


Wednesday, March 16, 2016

Potty training kakak

0 comments
Date: 15/03/16
Time: 10.00pm
Venue: restoran tom yam seksyen 28 shah alam

Zahra memang dah lama xpakai diapers. Zariff pulak masih lagi la, plan bila zariff masuk 3 tahun nanti baru nak start. Itupon kira awal berbanding dengan kakak yang dekat nak masuk 4 tahun baru start hehehe.

So, sejak-sejak zahra dah tak pakai diapers, kurang sikitla bajet untuk diapers kan. Tapi..bukan tak beli langsung ye. Kami masih kene beli diapers zahra. Sebabnya kalau dia nak berak, kene pakai diapers!! Huhuhu

Bila tanya kawan-kawan, memang ramai je anak-anak yang mengalami process tu. Kalau yg lucky tak sempat la rasa. So, bila keluar gi mana-mana memang kene standby both diapers. Sometimes, kami selalu jgk tipu zahra yang kami xbawak diapers dia. Masalahnya, dia sanggup cancel poo poo tau. 



Dan sometimes, ada jugak bila dia tak boleh tahan sangat, terpaksa jugak peri toilet without diapers kat mana-mana tempat. Kami dh happy la ingat dia boleh poo poo. End up, dia dok ulang-ulang pilih toilet sesuai untuk dia banyak-banyak kali. Then, bila dah decide, wlok duduk tu kan, dan2 tu jugak dia cakap poo poo taknak keluar. Last2 tak jadi poo. Huhuhu. Bila sampai rumah, kalut la dia cari diapers dia (pakai sendiri ok!). Kat rumah...memang elok je keluar dengan jayanya. Hmmm macam-macam..

So, kisah malam ni, kat kedai tomyam..zahra again or may be as usual nak poo poo. (Pantang sampai kedai makan dia nak berak, apedaaa). Gigihlaa mama bawak gi toilet. Mulanya tak jadi, tapi kite pujuk suruh poo jugak. Ehh tiba-tiba nampak dia meneran merah kepala telinga muka semua! Scary pulak! 

Then cepat2 la pesan ngn dia jangan teran sgt, kang lain pulak jdinya. Nik cakap "kakak...dont push..just let it come out slowly...by itself...yaa" hehehehe . Tiba-tiba elokkk je lepas hajat hahaha. Seriusly happy weh!!



Bila kat rumah tu, nik lagi sekali cakap kat zahra yang dia dh grown-up. Pandai poo sendiri and bla bla bla. Zahra punya happy siap cakap "kakak will never ever everrr pakai pampers again!!!" Siap buat tangan taknak beriya gitu sekali hehehe. Comel!!!

For me...as a mom, i will not push my kids buat apa yang dia tak boleh buat. Sometimes, bukan dia tak boleh, it is just about the time. Tunggulaa... Sabar kejap... When they ready, then it will happend. Ramai yang bising pasal zahra tu, nak poo kene pakai diapers. Umur dah besar. Anak diorang kecik-kecik dah xpayah pakai diapers. Bla bla bla. So what??? Its your kid not mine! Nothing to compare here. 

Sama jugak kalau anak lambat cakap ke, lambat jalan ke, lambat apa-apa jelah. Mommies smua akan tension dengan progress anak. Actually the root cause is coming from the environment. Btol tak? So...leave the damn complaints! Believe in your kid dont believe others. Boleh? Hehehe. Just my two cents.

So! Next strategy is for zariff. Hmm dah boleh start pikir dah ni. Learnt from past experience for better achievement. Ehh? Macam motto kerja gomen je hahha. 

Daahh tu je..bye!!!

Sunday, March 13, 2016

Picnic di Sg. Congkak

0 comments
Date: 13.03.16
Time: 2pm-6pm
Venue: Sungai Congkak - Hulu Langat, Selangor

Rasa macam lama dah tak post pasal aktiviti jalan-jalan ke, beriadah ke..picnic ke.. Kan??Tula...lately ni kami macam busy sikit dengan hal rumah. Tak plan pergi beriadah pon. Kesian anak-anak...

Nasib baik kali ni member-member ada bincang nak mandi-manda sambil potluck di Sungai Congkak. Boleh jugak tuh! Kami pon memang tak pernah pon datang sungai congkak ni. Cantek boleh tahan wehh...Tapi masalah besarnya, zara zariff tak suka  main air terjun. Lagi-lagi si zara tuh..

Si zara tu siap cakap "i dont like waterfall!! got toads and sand!" Allahuuu anak aku...dah kata air terjun kat bukit tu memangla ada toad n sand. Awak ni dah kenapa???

Tapi kan...nak dijadikan cerita lah kan, dah la betapa susah nak bawak zara zariff masuk air (meraung-raung tak nak mandi), pastu dan2 bila masuk dalam air..ada sekor katak besar kat atas batu!! Oh my!! Kenapa laahh ko muncul kat situ katak oi! Penat pujuk diorang, cakap takde toad..hampeh...




Ni la semua orang yang datang..7 families..

Mommiess...

konon tengah kalut susun amik tempat masing-masing nak ambik gambar hehe

The daddies...

Antara mommies..

Potluck

Potluck

Ha!!! Akhirnya ada jugak gambar anak-anak kesayangan tu. Hehehe.

Susah benar sekarang ni nak ambik gambar outdoor...

Ok lah..tu je..next time kite plan berkelah mandi manda tempat lain plak ye.

Bye!


Thursday, March 10, 2016

Bulatan Zariff makin cun

0 comments
Date:10.3.16
Time: 8.00 pm
Venue: Home - Shah Alam

Lukisan Zariff ni kan...mesti berbentuk bulat. 

Not Sure why...

But he seems really enjoy to draw something circle! hehe..

But..what to expect kan, Zariff kan baru umur 2 tahun 6 bulan. Lukisan infant memang la comel-comel.

Tapi...

Bulatan zariff ni, nik perasan dah makin cantek. Dah makin kemas and looks like having an objective. Boleh? 

Maksudnye, lukisan dia tu sekarang ni bukan sekadar conteng-conteng suka hati. Tapi nampak bulatan tu elok bercantum satu sama lain. Dan buat redundant beberapa bulatan. 

Ok...what!! So..sayang...go on! Enjoy your drawing, your art and do better and better and better..ok?

Kipas apa kat kepala zariff tu? Oh..is that kakak?

Tengah busy melukis pon, sempat je layan kakak. Kakak bagi moral support kipas kan adik tuh haha

Innocent je muka anak bujang kami ni kan? ehehehe


Love you! Mmmmuaaahhhh...

Sunday, March 6, 2016

Zara dan Aimy

0 comments
Date:06/02/16
Time: 9.30pm
Venue: Rumah Tokma Chom

Hari pertama balik kampung, memang tak banyak jalan mana-mana pon. Baru nak sesuaikan diri anak-anak dengan suasana baru (maklumla lama dh xrasa angin kampung kan). Jadinya, harini kami banyak dok rumah tokma yoh dan tokma chom je.

Malam ni, zara jumpa sepupu dia si Aimy. Suka la..dapat main tea party kat meja ikea yang aimy punya tu. Kat rumah tokma.



Tuesday, March 1, 2016

Gaduh manja ZnZ

0 comments
Date:01.03.2016

Hah..tengok ni Zariff ni. Suka benar dia usik kakak, pakai baju kakak. Pastu kalau berjaya tarik perhatian kakak dia, kakak marah-marah pastu kejar... dahh mula gelak2 besar...end up? gadohhh...nangisss...

hahahaa...comel je zaman kanak-kanak ni kan. Kita dulu-dulu masa kecik pon sama. Kalau tak gaduh adik-beradik satu hari tu memang tak sah hidop. Tak lengkap orang kata.

Kakak pulak..semua benda pon take serious. Adik nak gurau pon dia anggap betol. Adik plak suka menyakat. Hehehe


 Masa gurau atau gaduh tu memang riuh rendah. Tapi tu la masam manis kehidupan diorang. Yang buat diorang ingat bila besar nanti adalah kenangan yang macam ni la.

Kami suka tengok...suka tengok diorang main, diorang kejar, diorang gaduh...memang bising...tapi lagi sanggup dengar suara riuh rendah znz tu daripada senyap sunyi...sanggup? ko tengok aku..aku tengok ko? huhu..


Papa diorang..memang suka layan anak-anak. Zara Zariff ni memang bertuah tau dapat papa macam ni. Layan je kalau suruh buat apa-apa. Termasuklah, menulis, melukis, main kaler-kaler kuku pon layan tau! haha.

Ye..memang garang macam singa. Suara papa tu kalau bercakap memang macam harimau jadian! HAHAHA..tapi orang macam ni..hati dia sangat baik tau!

Agaknya apa laa yang korang tengah lukis tu ye? ehhehe

Nik pulak...lately memang sebok je kemas dapur. Kalau dulu, dapur tu la tempat paling tak suka duduk lama-lama. hehehe..Sekarang ni dapur tula yang nik banyak habiskan masa tau! 


Ha...tada..tengok tu...susun tupperware2 tu la buat kita sebok kat dapur...bukan sebok masak..hehe. Sampai sekarang nik masih lagi xberani nk try masak apa-apa kat dapur. Takot xsedap.

Wat masa ni...kite  bagi kak abam akmal a.k.a papa znz jela masak ye. sedapppp la jugak nk masuk tekak..haha


Bila anak-anak dah tido, mak bapak mula la masuk "ofis" masing-masing. Abam kema sebok dengan event hujung bulan ni. Ada family day kat Port Dickson. So ade la nk kene buat preparation sikit untuk Kelab Wish Anok Kelate. So sape2 yang pakai kereta toyota wish, husband or wife orang kelantan..bolehla join kelab ni. Banyak aktiviti diorang ni. Jangan risau..seronok!



Nik plak...peluang la...kalau znz tido. Bolehla prepare order2 customer. Alhamdulillah hari ni ramai yang order. Semua tu pon dari ofismate..hehe. Seronok pulak buat business tupperware ni ye.

Oh ye..kami baru setup kedai online..

Kalau rasa nak tengok kedai tuperware kami..bolehla jenguk2..

Blog: http://zandz-tupperware.blogspot.my/  Instagram: zandz.tupp FB: Kedai Tupperware Termurah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...