Date: 13.03.16
Time: 2pm-6pm
Venue: Sungai Congkak - Hulu Langat, Selangor
Rasa macam lama dah tak post pasal aktiviti jalan-jalan ke, beriadah ke..picnic ke.. Kan??Tula...lately ni kami macam busy sikit dengan hal rumah. Tak plan pergi beriadah pon. Kesian anak-anak...
Nasib baik kali ni member-member ada bincang nak mandi-manda sambil potluck di Sungai Congkak. Boleh jugak tuh! Kami pon memang tak pernah pon datang sungai congkak ni. Cantek boleh tahan wehh...Tapi masalah besarnya, zara zariff tak suka main air terjun. Lagi-lagi si zara tuh..
Si zara tu siap cakap "i dont like waterfall!! got toads and sand!" Allahuuu anak aku...dah kata air terjun kat bukit tu memangla ada toad n sand. Awak ni dah kenapa???
Tapi kan...nak dijadikan cerita lah kan, dah la betapa susah nak bawak zara zariff masuk air (meraung-raung tak nak mandi), pastu dan2 bila masuk dalam air..ada sekor katak besar kat atas batu!! Oh my!! Kenapa laahh ko muncul kat situ katak oi! Penat pujuk diorang, cakap takde toad..hampeh...
Ni la semua orang yang datang..7 families.. |
Mommiess... |
konon tengah kalut susun amik tempat masing-masing nak ambik gambar hehe |
The daddies... |
Antara mommies.. |
Potluck |
Potluck |
Ha!!! Akhirnya ada jugak gambar anak-anak kesayangan tu. Hehehe.
Susah benar sekarang ni nak ambik gambar outdoor...
Ok lah..tu je..next time kite plan berkelah mandi manda tempat lain plak ye.
Bye!
0 comments on "Picnic di Sg. Congkak"
Post a Comment