Date:29.04.2016
Jam 7.15 pagi kami bergerak beramai-ramai dari Shah Alam menuju ke Port Dickson. Kami gi family day kelab kereta yang Papa ZnZ join. Selaku media dalam kelab, papa diorang ni harusla ada di merata activiti. Ye dak?
Berhenti di RnR untuk makan tengahari secara potluck. Memang dah dirancang untuk bawak makanan sikit sorang dan makan ramai-ramai. Kami bawak gulai ayam yang papa diorang tempah dengan kakak jual nasi depan rumah. hehe
gelojoh pulak makan ye? haha |
Sampai
di Primaland dalam jam 2.30pm. Lama je rasa perjalanan ni. Padahal nak
ke PD tu dalam 2jam je. Tapi tulah, bila convoi ni lain pulak ceritanya
ye?
Ni la dia suasana susunan kereta diorang kt depan Primaland Resort tu. Apa-apa jelah. Parking kereta pon ade dekat 2jam. Sabor jelah! Kami memang tak sanggop nak berdiri kepanasan kt situ, jadi kami tunggu je lah dalam kereta.
Dalam bilik pula, ZnZ bukan main happy lagi. Suasana baru kan, kanak-kanak memang teruja la. Mak bapak pulak..dalam kepala ni rasa nk buat inspection macam-macam. Check itu, check ini..barulaa boleh buuummm atas katil!
Sape punya kerja la ni?? Pakaikan baju tido zariff kat pelampong spiderman ni?? hahaha |
0 comments on "Convoi ke Port Dickson Day 1"
Post a Comment