Zara dan Zariff. Powered by Blogger.

Iman Nur Zahra

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zariff

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zaffri

Lilypie Third Birthday tickers

Wednesday, February 1, 2017

First scan for the Third


Date: 1/02/2017
Time: 12.30pm
Venue: Klinik Nadi Iman - Shah Alam Seksyen 23 

Sebelom cite pasal anak no 3, nak overview activity no 1 dan no 2 dulu. 

Harini patot nya si kakak ni sekolah, tapi memandangkan baru malam tadi sampai shah alam dari kampung halaman, jadinya harini mama kasi can...rehat-rehat saja dulu. 

Sempena hari wilayah ni, mama tak keje. Tapi selangor kerja macam biasa, jadinya ingat nak buka buku pink la. Sebab sekarang pregnant minggu ke 9 nak masuk 10 minggu dah.


Favourite roti canai zara cam biasa la, roti telor

Zariff pulak sejak kecik lagi memang tak suka telor, jadi roti kosong je la untuk zariff.

Pagi-pagi, bangun tido bawak zara zariff gi makan roti canai dulu. Roti canai kat kedai bertenggek tepi jalan ja. Nampak macam cokia tapi legend ni. Memang ramai betol orang datang makan sini. Bagi kitorang satu family, roti canai pakcik ni jauh lagi sedap dari roti canai mamak..

Lepas makan kenyang-kenyang, kami singgah di Klinik Nadi Iman kat seksyen 23. Sebelum ni tak tau kenapa memang tak perasan dengan kewujudan klinik ni.

Dua-dua anak pon checkup kat klinik umra seksyen 13, jauh sikit dari rumah. No 3 ni nak buat kelainan sikit. 


Dapat tau pasal klinik ni pon dari ciksu wani yang pernah buat 3D-4D scan baby izz aariz dlu-dlu. Jadi kali ni mama tekad nak checkup kat sini je.

Sementara tunggu nurse panggil masuk bilik doctor..aihh kagum pulak layan decoration kat dinding-dinding klinik. Cantik..kemas dan kreatif. Ada perasan jugak logo "persatuan klinik-klinik islam". Macam yakin lebih sikit.





 Kakak zara dan abang zariff...cuba tengok tu. Kemain lagi diorang tu, mentang-mentang takde orang kat klinik. Kat sini xboleh pakai kasut sebenarnya. Tapi mula-mula tu kami xperasan. Maluuuuu...

Bila doctor panggil..mama paling nebes. Nebes dengan pelbagai kemungkinan. Sebab kali ni macam tak rasa sicknes sangat. So risau...lagi-lagi memang tak pernah tengok baby lagi. So macam-macam fikir.


Bila mula-mula doc sentuh perot, doctor ada cakap "dalam 9minggu lebih ni, puan mungkin akan nampak tangan baby je, sebab kaki dia mungkin xkeluar lagi". Hehehe lega jugak atleast dah dapat tengok ada heartbeat pon dah takpe.


 Tapi masa scan, terkejut ok! Bukan setakat heartbeat je jelas, tangan...kaki..kepala..bdan semua dah terbentuk! Doctor pon jerit cakap "ehhh dah ada kaki laa puan!!" hahaha semua orang excited tau. Seronok...dan ofkos...mama wajib laa nanges kegumbiraan! hehe.

Subhanallah...syukur sangat..Alhamdulillah!!! Baby sihat walafiat dan super duper active! Kaki tangan gerak kemain laju! kalau dulu sempat tengok zara zariff kecik sgt dlm perot, siap berenang melantun-lantun dalam kantung. Kali ni...scan je haaahh?! dah besar dh baby. Dah cukup berat untuk tak boleh melantun. Menempel je kat area bawah kantung hihihi... 

 Last tu..doctor bagi kami dengar bunyi degupan jantung baby...Allahuakhbar....indahnya ciptaan Mu ya Allah...jantung baby sangat jelas...sangat sempurna Alhamdulillah..

Terharu...

Dan yang paling happy dengan kehadiran baby kali ni adalah Kakak dan Abang awakla...

See u next month ya baby! 

Lepas keluar dari klinik ni, nak ke klinik kesihatan daerah pulak. Nak bukak buku pink. Bermula laa episod checkup. InsyaAllah..


Klinik Kesihatan Daerah

Rutin seperti mengandungkan kakak zara dan abang zariff, process kali pon sama sahaja. 

1. Bawa gambar scan dari klinik swasta untuk bukti mengandung dan detail-detail nye untuk memudahkan urusan nurse di klinik untuk confirmation.

2. Timbang berat badan dan urine test. Masih sama juga. 

3. Ambil darah untuk tentukan tahap kesihatan.

4. Isi details kat buku pink.

Ni sebagai summary:

Berat mama - 71. 9 kg (yaaa ampun...kegemukan melanda)
Tekanan Darah - 110/70 (normal katanya nurse)

Next appointment ialah 1.3.2017.

Bye!

0 comments on "First scan for the Third"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...