Date:22/3/17
Time:
Venue:Hospital Pakar Perdana - Kota Bharu
Dari ahad zariff start sakit telinga;
Isnin start demam bengkak tonsil dan cirit birit;
Dan selasa cirit birit makin terok;
Rabu pulak poo jadi warna hijau;
OK....IM DONE!
Kali ni kene bawak gi hospital. Zariff dah tahap layu kuyu segala dah. Nak tunggu bila lagi?? Memang dah tak menahan sangat dah. Zariff pon nampak macam dehidrated ok!
Lagi worst, malam tadi start poo zariff warna hijau macam sayur sawi masak goreng tu. Huhuhu..pelik benar warna poo dia.
Bawak jumpa doctor pakar kat hospital KPJ Kota Bharu. Mintak doctor diagnose. Doc advice lebih baik admit dulu, amik darah..drip masuk air dulu dan doc boleh buat full checkup.
OK..Ini yang kami nak..kami taknak simpan anak sakit kat rumah dengan tak tau apa penyakit. Tak nak tunggu sampai anak merana berhari-hari kat rumah, bukan kita tau pon nk buat apa? Paling-paling tidak pon letak air kat badan, sambil meratap pilu..tu je lah!
Kat hospital. doc masukkan air bagi zariff energy. Kejadian masukkan jarum drip kali ni agak kesian sebab tangan zariff kurus je. Takde isi sangat. Pastu, kulit pon kering je sebab cirit kan? So susah benar bagi doc nak cari urat. Banyak kali try pusing2 jarum semata-mata nak cari jalan. Zariff yang awal-awal macam "serah diri" bak kata doctor, dah mula nangis meraung-raung. Sakit sangatla tu. Sebab zariff yang kami kenal, setakat sakit sikit tu dia boleh deal.
Zariff admitted lebih kurang jam 4.30petang. Start drip. Dapat bilik sharing 2 orang sebab singgle bedded full katanya.
Takpe, tu semua tak penting. Yang penting doctor dah ade depan mata sekarang ni.
Dalam jam 9.30, nik balik rumah dengan kakak. Papa dia jaga zariff kali ni sebab nik tengah pregnant, so takot berjangkit cirit dengan nik pulak. Dan-dan bila sampai rumah tokma, papa diorang kol cakap yang doctor ada datang inform pasal keputusan ujian darah tadi.
Zariff positive Rota Virus!
Allahuakhbar!!
Zariff....kesian awak zariff! Dugaannyaa laaa untuk dia...macam-macam awak lalui sepanjang umur 3thun setengah ni. Tiba-tiba rasa menyesal, kenapa laa tak bawak datang semalam-semalam lagi!!!! uwaaa!!!
0 comments on "Zariff warded Rota Virus"
Post a Comment