Zara dan Zariff. Powered by Blogger.

Iman Nur Zahra

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zariff

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zaffri

Lilypie Third Birthday tickers

Tuesday, October 31, 2017

Hari pertama masuk kerja


Date:31.10.2017
Time:10.00pm
Venue: Home

Nota Penting:
1. Aktiviti pump susu di pejabat
2. Zaffri semasa ketiadaan mama
3. Perkembangan Zahra dan Zariff

Teramat berdebar nak masuk office hari ini. Setelah bercuti lebih dari 2bulan kan. Memang dah agak yang kerja-kerja di office tu memang bertimbun-timbun. Sure tak terbuat tu. Takpe, live must go on.hehe

Disebabkan mama berjauhan dengan baby zafri, susu memang expected akan membengkak dengan jayanya lah. Timing kat office memang nak kene betol-betol pilih supaya dapat keluarkan susu dengan tenang dan gembira.

Jadi, mama pilih jam 12tengahari hingga 12.30. Waktu ni memang semua orang tengah ready nak keluar lunch. Lunch 12.30-1pm. Tapi mama lunch setengah jam je lah.

Bilik pump kat office
Kat office terpaksa guna pump auto double bagi cepat sikit
Lepas pump, susu simpan dalam plastic beg sebelom masuk beg.

Alhamdulillah...hari pertama harini, pump jam 12 tengahari tadi dapat 14oz. Petang mama tak sempat nak pump sebab rushing. Kat office ni, culture memang petang busy, pagi ke tengahari tu agak tenang. So petang memang dah agak memang tak sempat nak pump. Kol 6 petang keluar office, naik lrt, pastu naik kereta plak yg park kat lrt station tu, pastu sampai rumah kalut mandi solat itu ini...

Jam 8pm mama sambung pump lagi. Time ni dapat dlm 10-12oz lebih kurang dengan tengahari tadi.

Pump kat rumah


Semua stok simpan kemas-kemas dalam peti ais. Lepas tu baru amik zafri dan susukan dia. Nak habiskan saki baki susu dalam badan. Menarik tak perjalanan hidup mama? muahaha.

Zafri bulan ni, terpaksa mintak papa jagakan awak ye. Sebab terlalu baby nak tinggal kat babysitter. Huhuhu...anak-anak mama semuanya macam tu. 3bulan memang jaga sendiri. Lepas tu baru dapat hantar kat babysitter hinggala masuk tadika baru papa amik alih penjagaan lagi sekali hihi.

Papa setiap masa akan report kat mama. Setiap masa akan bagi gambar zafri kat whatsapp. Mama pulak memang setiap masa pon teringat kat anak-anak. So memang mengharap sangat papa update all the time. Alhamdulillah, papa cakap zafri xmeragam. Tido...minum susu...main-main kejap pastu tido lagi. Rutin. haha. lega yang amat bila awak macam tu zafri.

Tapi kene bersabar la sikit dengan kakak zahra dan abang zarif ye. Kakak zahra ok lagi, setakat cium2 comel je. Abang zariff tu yang mama risau sikit. Dia terlebih sayang kat adik ni, sampai tahap kita tengok pon rimas! hahahhaa. Tapi so far, kalau setakat mama papa nak makan ke, nk ke toilet or mandi, zahra dan zariff memang boleh diharap untuk tengokkan baby.

Ok..now lets talk about kakak zahra. She is sooo like...kakak2 sangat now. (upss..kalau nk cakap pasal kakak mesti jadi nk tukar language). Kakak memang matured. Matured sangat-sangat. Tapi garangla..huhu. Why so garang now kakak? sejak dapat adik baru ni, pangkat makin naik kot. haha.Tido malam  pon no need to peluk2 already. Aiyoo...mama sedihla macam ni. Lama mama tido peluk awak tau kakak. Almost 6years. huhu. Its ok..mama cuba terima kenyataan ni.hehe

Zariff plak, big brother in the house yo! Cakap nak hebat saja! Buat apa-apa nak nampak macho saja..hahhaa. Inilah baru boy...jangan ingat muka jambu tapi jiwa jambu jugak. No No! Lately ni hobi kumpul kereta hotwheels nampaknya makin kental. Lagi-lagi dapat sokongan kuat dari papa. Tido malam pon tak heran kat mama LANGSUNG! mama masuk tido pon xsebok nk berjimba2 sama2 dah sekarang. Maklumla...tengah belek koleksi kereta haha

Ok..itu je dulu buat masa ni. Nanti kita sambung lagi ye.

0 comments on "Hari pertama masuk kerja"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...