Zara dan Zariff. Powered by Blogger.

Iman Nur Zahra

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zariff

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zaffri

Lilypie Third Birthday tickers

Monday, December 4, 2017

7th Wedding Anniversary!


Date: 04.12.2017
Time:N/A
Venue: N/A

 Happy 7th Anniversary to us!!!



Tahun ni genap 7 tahun usia perkahwinan kami. Sepanjang 7 tahun kahwin ni, pelbagai suka dan duka telah dilalui. Seperti couple lain juga, kami pon ada pasang surut kehidupan. Pernah terlalu bahagia dan pernah juga gaduh-gaduh manja.

Alhamdulillah, semuanya masih seperti biasa sehingga ke hari ni. Setiap perkara yang berlaku, tak kisahla sama ada best ke tak best ke, semuanya mematangkan kami dalam melayari alam kekeluarga.

Dan alhamdulillah juga, hadiah anniversary ke-7 ni, kami dapat amanah yang tak ternilai..Iman Zaffri. 

Dengan adanya 3 amanat Allah yang tak ternilai ni, cukup membuatkan kami belajar untuk menghargai nikmat Allah. Nikmat sihat, nikmat perkahwinan, nikmat kebahagiaan yang selama ini kami dapat.

Azam untuk tahun ke-8 kami, insyaAllah kami akan menjaga sebuah keluarga kecil kami ini dengan paling sempurna yang kami mampu. Cuba membimbing anak-anak ke arah yang lebih baik. Ye..selama ini kami memang tidak sempurna. Banyak kekurangan yang kami ada, dan insyaAllah semua kekurangan itu akan diperbetulkan dari masa ke semasa sepanjang process membesarkan Zahra, Zariff dan Zaffri.

Sesungguhnya kamu bertiga memang anugerah yang tak ternilai. Yang Allah kurniakan untuk mengajar kami (mama dan papa) dan mematangkan kami dalam kehidupan dunia dan akhirat.

Ya Allah..kekalkanlah kebahagiaan yang kami rasa ini..malahan..tambahkanlah kegembiraan dalam kehidupan kami anak beranak, dunia dan akhirat. Amin..Amin...ya Rabbal Alamin..!!

0 comments on "7th Wedding Anniversary!"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...