Date: 27.02.2018
Time: 10.30pm
Venue: Home
Hari ni kakak zara cakap...kawan-kawan dia panggil dia "Kak Ros"!!!
Hahahahaha..
Hahahaha...
Hahahahaha
Maaflaa anak...mama awak ni tak boleh nak tahan gelak. Lepas awak cerita tu rasa nak tersembur semua makanan dalam mulut..Rasa nak tercekik dan rasa nak terbahak-bahak depan awak..tapi sabarr...takot nanti awak menyinga. hhaha
Tu la...lama dah...mama dan papa cakap awak tu garang...awak taknak mengaku.
Pada yang tak kenal "Kak Ros" yang kita maksudkan tu...kakros tu is kakros dalam upin ipin tu. Kak ros tu kalau dalam kartun tu memang glamour dengan sikap garang dengan adik-adik dia. Mostly budak2 kat malaysia ni kenal kakros ni sebagai seorang yang garang.
Jadi..bila zara balik cerita yang kawan-kawan dia cakap dia Kak Ros.. Memang sahhh...memang sahh sangat awak tu garang kakak oiii!! ahahaha aduila anakku...
Cubalaa jadi macam mama ni..lemah lembut..sopan santun..serta berbudi pekerti yang mulia (bhahahaha).
So...besar nanti kalau awak terbaca post ni kan...mama nak pesan, udah-udahlaa menyinga nyee...xcute lah! Tapi...kalau untuk pertahankan diri xpe! Itu mama setuju! hehe..
0 comments on "Kak Ros"
Post a Comment