Zara dan Zariff. Powered by Blogger.

Iman Nur Zahra

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zariff

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zaffri

Lilypie Third Birthday tickers

Sunday, September 30, 2018

The lost world of Tambun

0 comments
Date: 30.09.2018
Time: 10.30am - 5.30pm
Venue: Lwot

Pagi- pagi lagi kami sampai di LWOT ni dan start terjun dalam air berendam. Semua pon excited. Kakak zara yg paling excited. Zarif rilek je, tak berapa teruja sebab sejenis yang takot air (macam biasalah). Adik zafri...hmmm harini adik tak berapa sihat. Mungkin sebab semalam masa mandi swimming pool kat hotel tu dah terdedah dengan hujan agaknya. Jadi hari ni mood dia agak spoiled lah.

Area lost world tambun ni takdela besar mana. Kalau nak dibandingkan dengan sunway lagoon tu. Mungkin dalam 5kali ganda la kot. So, oke laa untuk anak-anak enjoy.

Banyak tarikan kat lost world tambun ni.Kami tak banyak jelajah sebab zaffri banyak tantrum dan tido.

So, ni entrance lost world tambun tu.





Kami datang beramai-ramai tau..bersama keluarga ciksu wany dan ciksu Nabilah. 

Keluarga Ciksu Wany


Keluarga Ciksu Nabilah


Oke...jom kita masuk dalam tengok apa yang menarik. Katanya ada macam-macam. Petting Oo la, hippo island la..jom2.







Friday, September 28, 2018

Swimming dan Gerbang malam Ipoh

0 comments
Date: 28.09.2018 
Time: 3.30pm
Venue: Ipoh - Perak

Alhamdulillah. Plan untuk bercuti bersama keluarga tercapai. Memang lama benar dah tak keluar bercuti ni sebenarnya. Sejak mengandungkan zaffri la kot.

Kali ni kami ke PERAK!

Kami bergerak dari Kuala Lumpur dalam jam 12.30pm. Berhenti di rnr sungai buloh untuk mengisi perot. Makan tengahari di KFC RnR sungai Buloh. Anak-anak yang pilih nak KFC. Layan lahh 

So kami teruskan perjalanan melalui PLUS highway ke perak. Checked in di Hotel Seri Malaysia tepat jam 3.30 petang. Kenapa hotel seri malaysia? kan?? hmmm...papa diorang ni memang suka benar dengan hotel ni. Walhal banyak je hotel lain yang lagi baru dan glamour. Tapi dia tak selesa. Suka hotel ni jugak. Kami amik family room yang ada katil queen size dua bijik RM190 untuk satu malam. Dapat voucher breakfast untuk 3orang dewasa. 



Lepas checked in, anak-anak tak sabar nak main air kat swimming pool. Jadi, masuk bilik dan terus tukar baju. Dan-dan pulak hujan lebat. Kesian ank-anak. Terpaksa la tunggu hujan reda sikit baru boleh join terjun pool.




Kat dalam pool? semuaa excited! Paling excited kakak dan adik la. Abang memang sejak dulu tak suka main air. Tapi ok la, kali ni dah makin improved. Dah join main air macam orang lain. Zaffri..comel sangat...kemain tak sabar nak masuk air..seronok!




Dekat maghrib, semua naik masuk blik untuk mandi dan tukar baju. Plan seterusnya adalah ke gerbang malam. Katanya situ ada jual food. So dinner malam ni kami redah area gerbang malam sajo...ngeee

Gerbang Malam - Ipoh

Sesetengah orang tak suka gerbang malam ni. Tapi pada kami enjoy je. Oke la. Macam downtown or uptown tu la. Jual barang-barang macam beg, pakaian, kasut, perfume..paling banyak orang jual kat sini kali ni..minyak rambut Pomade! hahaha. agaknya tengah in kot kt perak pomade ni. hehehe




Kami ada beli jugakla pomade tu RM10 satu, almaklumlah. Ada anak lelaki sorang ni yang selalu nak handsome ahhaha. Papa dia pulak beli perfume kereta bau honey due RM10 utk 2 ketul. Mama beli kasut je rm20 hegget..oke la tu kan.

Makan kat kedai mamak area gerbang malam tu je. Not bad. 

Pastu balik bilik dan berehat...nak simpan energy untuk enjoy di Lost World of Tambun esok! yeay!


Monday, September 24, 2018

Zaffri pakai topi abang

0 comments
Date: 24.09.2018
Time: 9.00pm
Venue: Home

Nak cerita pasal zaffri.

Semakin besar ni, semakin active adik. Masih tak boleh jalan lagi. Cuma mampu berdiri dan bergerak dengan bantuan wagon atau pon pegang-pegang kt perabot je baru. Hehehe. Memang kalau ikut sejarah kakak dan abang pon, setahun sebulan baru dapat jalan.

Zafri, kalau nak ikotkan lagi 2 hari dah setahun sebulan. Tapi....hmmm.. macam delay je progress nye ni. Hehehe. Ala..merangkak hari tu pon delay 2minggu dekat 3 minggu jugak compared to kakak dan abang. So, expected jalan pon maybe delay dalam sebulan jugakla kot.

Perkataan, dah banyak jugaklaa dia boleh sebut. Agaknya zaffri sejenis yang cepat mulut tapi lambat jalan hehe. Gigi pon laju jugak tumbuh. Sekarang dah 6 batang.

Malam ni, zaffri ternampak topi abang dia. Cuba nak pakai sendiri tapi tak pandai. So mama pakaikan.maka..tersengeh kemainlahhhh...

Memandangkan masih tak boleh berjalan atau berlari...jadi...dia punya gembira merangkak laju2..pastu pusing2. hahahaha comel!




Sunday, September 23, 2018

Laksam Kelantan

1 comments
Date: 23.09.2018
Time: 5.00pm
Venue:Home

Happy sunday!

Dah lama dah memendam niat untuk masak laksam. Mama pandai kukus laksam je, kuahnya mama tak pandai. Kuah laksam memang kene papa masak.

Harini, tekad..sebab dah janji ngan mak buyung a.k.a ciksu wany pasal nak kukus laksam. So, malas ke tidak..memang kene la weh.hehe

Sedikit ilmu yang nak share untuk adunan laksam ni kan. Mama tak pasti lah macam mana orang lain buat. Tapi based on mama punya experiment...banyak kali try buat..try and error..adunan ni paling mama rasa sesuai dan sedap.


Bahan laksam
1 cawan tepung beras
1 cawan air panas gelegak
1 cawan air suhu biasa
1/3 sudu kecik garam

Tu sukatan yang mama suka. So, kalau nak banyak...double kan je semua bahan tu. Simple! Mama tak suka campur tepung gandum sebab nanti adunan tu melekat dan keras. huhu






So...pada sesiapa yang nak mencuba tu..sila lah! Kuah..tak pandai! hehehehe

Thursday, September 20, 2018

Zariff dan Zaffri

0 comments
Date: 20.09.2018
Time: 3pm
Venue: Dalam kereta dan kat rumah

Lately ni zaffri dah tak suka tido dalam carseat. Meragam tahap gaban. Yang peliknya, kami selaku parents ni, bila dah anak ketiga, dah semacam ada kepercayaan pada anak tu bahawa dia ok dan selamat.

Jadi, kami yang selaku mak bapak ni jugak..dengan rela hatinya membenarkan si kecil baby bam bam kami tu tido kat dalam kereta atas seat kereta seperti gambarajah di bawah ini! Ishhh ishhh ishhh...adakah ini patot tuan puan? Sila perhatikan betol-betol..wajarkah kami berbuat sedemikian??

Tapi apakan daya, disebabkan malas nak fikir dan dengan dia meraung sekuat ati (sedangkan selama ini, anak no 1 dan no 2 pon meraung sekuat ati jgak. Tapi masih cekal untuk dengar demi keselamatan beliau). Jadi..redha jelah! uwaaaaaaaaaaaa



Kat rumah pulak, zaffri ni kalau dapat barang abang atau kakak laa kan..Punya dia sukala! Segala baranglah. Toys ke..pakaian ke..topi ke..haa ginilah kekdahnya. Nasi abang pon dia nak bedal! hahahaha




Sunday, September 2, 2018

Cinta 100kg

0 comments
Date:02 September 2018


Nota Penting:
Umur Zahra: 6tahun 10bulan
Umur Zariff: 4tahun 11bulan setengah (16hb ni sambut birthday ke 5)
Umur Zaffri: setahun seminggu

Malam tadi tengok cerita “Cinta 100kg” drama bersiri. Kisah perempuan berbadan gempal sikit couple dengan pilot.
Dalam cerita tu, pilot tu handsome sangat hehe. Then mama cakap dengan zariff, “Riff…bila besar nanti jadi pilot ek? Mama nak jalan-jalan around the world. Bolehlaa…ek?”

Then zariff jawab “ala mama…abang takot la nak drive kapal terbang. Nanti abang takot tinggi sangat nanti”
Huhuhu..gayat tinggi rupanya anak jantan mama nih.

Padanla kalau mandi kolam pon dia taknak, rupanya gayat air dalam jugak. HuhuuPastu mama ckp “Ooooo yeke! Takper la kalau macamtu, nanti mama cuba pujuk zaffri pulak suruh jadi pilot hehehe”.


Kakak pulak, sekejap je layan cinta 100kg ni, pastu sudahnye..krohhh krohhh... Tapi sempat jugakla mama tanya "kakak...this lady chubby mcm mama ke?"
Kakak jawab..."ohhh...tak..dia chubby sssiiikkiiiiitttttttt dari mama" huhu...sikit je??? sedihnyeee hahaha

Saturday, September 1, 2018

Kisah mimpi zariff

0 comments

Date: 01 September 2018
Time: Sepanjang hari
Venue: Home


Bangun tido pagi tadi, zariff cakap "mama...tadi kan abang mimpi abang fight dengan ironman. Pastu abang menang. 
Abang dapat tengok wajah ironman. Muka dia ada besi-besi kat tepi."

Mama cakap "eh..kenapa fight dengan ironman, kan ironman baik!"

Zariff jawab "oooo...tadi ironman jadi orang jahatlaa mama"

Mama krik..krik..tak tau nak response apa. Mampu jawab "waahh...abang dapat tengok wajah ironman ye? hebatla abang menang fight tu" huhu.
Kadang-kadang mama ni tak reti nak response bila anak lelaki cerita ehwal kehebatan mereka. Sebab sepanjang mama membesar dari kecil sampaila sekarang,
mama tak pernah mengalami mimpi-mimpi serupa itu sayamg.

Pastu bila malam pulak, zariff terlebih energy, agaknye penangan kehebatan melawan ironman malam tadi. Asyiklaa melompat berlari. Ada mama terbaca kat mana artikel dah lupa. 
Dia cakap budak lelaki ni memang semulajadi energy lebih. Jadi mama suruh zariff masuk bilik, lompat atas katil sambil baca abc sampai z.
Bila tanya, "abang penat tak?" 
Zariff cakap "takk...abang tak penat pon..."
Mama cakap "oke...lompat lagi sambil ulang balik a-z sampai habis energy.." kah kah kah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...