Zara dan Zariff. Powered by Blogger.

Iman Nur Zahra

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zariff

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zaffri

Lilypie Third Birthday tickers

Wednesday, October 3, 2018

Buku kecil kakak


Date: 3.10.2018
Time: 8.35pm
Venue: Home

Nak tengok apa benda yang kakak zara suka buat sekarang ni???

Ni ha....buku kecik2. Allah hai...kecik bebenor besar taik mata je buku nye. Gigih pulak dia gunting kertas kecil2, pastu tampal gam kt tengah sikit. Jadi buku kecik ni. Pastu...siap buat cover buku yang pelbagai tu.



Kakak zara ni memang kreatif yang amat. Banyak idea dia setiap hari yang dia keluarkan. Cuma kami mama papa ni selalu tak sempat nak snap apa yang dia buat, sebab bila pandang tu...dah hancur dah...kene kacau dek adik2 dia...



Ini bukti yang adik-adik dia pantang nampak barang kakak tersusun elok di meja. Kakak leka tengok laptop tinggalkan meja kejap...sure kene serang hehehe. 

Pastu bila kakak tengok hasil kerja dia dah kene kacau dengan zariff dan zaffri..mula la perang dunia ke-7 bermula..hahahhaa...hai laaa anak. Mana tak riuh rumah kami ni kan? Ini baru anak tiga orang, kalau anak ramai tu lagi la seronok...lagi riuhhhhh! 





Tapi secara positif nya la kan, bukan diorang ni niat nak kacau ke apa. Kadang-kadang kitorang rasa sebab kakak ni dia dh besar, dah pandai main sendiri dan geng dah dengan adik-adik.

So adik-adik ni, cuba nak tarik perhatian kakak dia. Dengan kata lain, cuba nak masuk geng dengn kakak dia, nak main sama-sama. Tapi kakak pulak, tak fikir macam tu. Kakak sentiasa akan fikir yang adik-adik dia ni "pengacau". Kesian kan?



Satu sikap yang boleh di puji abang dia pulak, selain suka mengacau kakak tu adalah suka ajar adik zaffri tulis-tulis. Main warna pon abang yang banyak ajar adik. Abang zariff ni semacam penyabar sikit orangnya. Tahan je dengan kerenah adik yang berumur setahun tu. Ye lah, adik umur setahun apa sangat dia pandai bab2 tulis ni. Conteng-conteng tu pon dah kira expert hehehe.

So as of now, zaffri umur setahun sebulan ni, adala pandai pegang pensil skit-sikit dengan tunjuk ajar abang zariff. Kakak zara??? ajar abang pon dah menengking macam cikgu besar. Ini pulak nak ajar adik zaffri. Transform jadi singa jadian agaknya hahaha.




0 comments on "Buku kecil kakak"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...