Time: 9.00pm
Venue: Ruang makan dalam rumah
#Ramadhanke2
#MCO
#MovementControlOrder
#PKP
#PerintahKawalanPergerakan
#covid19
Semua orang keluar cari benda-benda nak cicah2 ni.
Untuk yang tak tau, colek ada macam-macam jenis tau. Macam kalau mamak, glamour dengan rojak. Macam-macam rojak mee la, rojak ayam la kan? Sama jugaklaa dengan colek kelantan ni. Ada colek keropok lekor, colek ikan celup tepung, colek ayam, colek paru, colek campur..dan macam-macam lah..termasuklah colek buah.
Aaaaaa...flashback camni pon...dah syahdu rasanya di hati. Dahla tengah MCO ni, tahun ni Perdana Menteri cakap, rakyat Malaysia semua tak boleh merentas negeri dalam musim puasa dan raya ni. Boleh rentas daerah je..negeri tak boleh. Jadi, kita pakat beraya di sini jelah ye.
Ada anak dara dah besar ni, lain sikit rasa. Ringan sikit beban. Suka sangatlaa tolong mama kalau bab masak memasak ni. Tapi kalau bab kemas rumah? jangan harapp! hahaha adoilaa sang puteri...nak wt camno..mama redha.
Biasanya, popia ni alaang-alang dah buat, memang mama takkan buat sikit. Mama akan buat satu peket tu terus, bungkus siap-siap pastu kita frozenkan dia dalam peti ais. Jadi lepas ni, nak goreng je..amik dari freezer pastu goreng! Campur je dengan keropok lekor ke, coq bawang ke..jemput malas ke..mabeles laa uols!
Itu saja sharing harini ye anak-anak..
Bye!!
0 comments on "Popia in the making"
Post a Comment