Zara dan Zariff. Powered by Blogger.

Iman Nur Zahra

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zariff

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zaffri

Lilypie Third Birthday tickers

Monday, April 9, 2012

Work from home


Semenjak ada anak kecil kat rumah ni, mama sering "work from home". Yela..ade-ade je benda yang membuatkan mama terpaksa keje dari rumah. Semuanya semata-mata untuk iman nur zahra. Macam hari ni, sekali lagi mama work from home sebab Zara demam. Termasuk hari ni, dah hari keempatla zara demam. Ye la, sejak jumaat lagi. Walaupon semalam dah gi KPJ Specialist kat seksyen 20, dah makan ubat yang doctor bagi, antibiotik pon tapi kesihatan zara masih lagi tak memberangsangkan yang mendorong mama untuk jaga zara sepanjang hari.

Tapi hari ni, alhamdulillah..bila dah dekat petang sikit tu, nampak ade perubahan la. Suhu badan zara makin lama makin turun dan yang paling penting, zara makin ceria.

Sepanjang hari ni, mama layan je zara nak apa. Nak dokong ke..nak riba ke..nak nenen ke. Mama buat je semua. Ye la..budak demam kan. hihi. Tapi, on the same time, mama pon try tengok jugak mood zara ok ke tak.

Lepas asar tu, mama nampak zara dah back to normal activities. Baca buku..tengok tv..main dengan toys smua. Macam-macam la...

0 comments on "Work from home"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...