Zara dan Zariff. Powered by Blogger.

Iman Nur Zahra

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zariff

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zaffri

Lilypie Third Birthday tickers

Saturday, September 15, 2012

Weekend yang tak jadi


Date : Saturday, 15.09.2012
Time : Sepanjang hari
Venue :  Home Sweet home

Happy Saturday!!! Fuyooo...minggu ni mama cuti 3 hari..esok hari 1 Malaysia, jatuh pada hari ahad..so isnin cuti ganti la. Mama dan papa plan hari ni nak gerak gi batu pahat, tapi masih dalam perancangan. Tak pasti lagi nak gerak jam berapa..dari sejam ke sejam..atlast..xgerak2 jugak..terus tak jadi. Minggu ni mama dan  papa kurang sihat sebenarnya, itu yang malas nak gi mana-mana. Dok rumah je kot. Huu..kesian iman nur zahra, bosan. Tapi petang-petang mama dan papa ade keluar rumah jugak. Petang tadi kite gi tesco je kejap beli diapers mamipoko baby yang tinggal satu packet je lagi. Biasanya diapers memang mama dan papa spare kan banyak2 pack besar tu..Atleast ade 3 pack besar sebulan baru tenang jiwa. Tapi tadi tinggal satu pack je. Hehe..dah beli dah kat tesco 2 pack so sekarang jadi 3 pack balik. hihi

Cakap pasal diapers ni, mama memang pakaikan diapers yang sedikit selesa untuk zara. Mama pakai Mami Poko brand. Ramai orang cakap brand ni elok tapi harga tu agak mahal la sikit berbanding diapers lain. Satu pack size L, ade 56 pieces harga RM55.90 satu pack. Kalo nasib baik ade buat sales kat carefour or tesco dapatla RM52 satu pack. Time tu, memang rasa nak borong banyak2 je. Ramai cakap mami poko ni mahal macam tak berbaloi je untuk pakai buang. Macam buang duit je dan membazir.

Tu pendapat orang lain, tapi bukan pada mama dan papa. Bagi mama dan  papa, anak kami ni girl, kat "situ" agak sensitif dan kulit jugak agak sensitif. Kene betol2 jaga dan betol2 make sure sentiasa kering dan selesa. Mamipoko tu bagi kami memang sangat2 terbaik, walaupon zara pee2 banyak kali tapi diapers tu masih kering dan ringan! Dlu pernah try pet pet. Zara pee2 sekali dua je dah berjeli..kulit pon lembab je selalu. Mamipoko tak camtu, pakai satu malam pon, esok pagi maintan kering! memang terbaik! Lagi satu, size dia memang lebar dan ngam2 dengan bentuk montot gigirl mama yg chubby tu. Kalau poo memang tak bocor..tu yang mama suka! Sebab tu mama sanggup melabur demi keselesaan anak mama. Betol tak papa?? hehe

Berbaju hitam...

Zara in pyjama and her full of activities..
Bak kata orang tua2, duit boleh dicari..tapi anak bukan senang2 dapat tau! ni anugerah dari Ilahi. Jadi jagalah ia dengan sebaik mungkin dan terbaik. Mama dan papa teramat2 sayangkan Iman Nur Zahra..infinity..love you daughter!

Muaaahhhhssss...

0 comments on "Weekend yang tak jadi"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...