Zara dan Zariff. Powered by Blogger.

Iman Nur Zahra

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zariff

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zaffri

Lilypie Third Birthday tickers

Saturday, December 15, 2012

Fisher Price Toys Zara dan toys papa


Date : 15.12.2012
Time : 10am to 4pm
Venue : IKEA dan OneUtama

Hari ni semangat lebih sikit nak gi IKEA. Sebab papa ade misi dan visi..hah! kerlasss gitu! kekeke. Misi la sangat kan. Sebenarnya, kak ina aka ciklong mintak tolong papa belikan katil dan tilam untuk bakal newborn  baby nya nanti. Katil tu katil untuk kanak-kanak rasanya, bukan baby cot la. Sebab size dia agak besar sikit berbanding baby cot. 

So pagi ni mama masak bubur nasi zara awal-awal, tapi tak sempat makan kat umah pon. Mama tapau bubur nasi bawak bekal gi ikea. Nanti mama papa makan sana, zara dah ade her own food. Senang sikit. Gerak dari rumah tepat kol 10 pagi dan sampai ikea agak-agak dalam jam10.20 camtu. Tak jem so cepat pulak sampai.

Ni memang first time datang ikea seawal 10.30 pagi. Parking pulak berlambaaakk kosong! biasanya parking memang takdapat la kosong camni (lenkali kene datang time2 camni baru best). Nasib baik dah bukak, agak cuak kot2 sampai2 ikea tutup.kah kah kah

Dah alang-alang datang beli katil tu kan. Papa order lah sekali dengan detolf sebijik lagi. Nak jadikan geng teman kepada detolf papa yang dah sedia ade sebijik sekor2 dia kt umah tu. Baru balance;..ade kiri kanan..miahahaha

Ehh..takkanlaa detolf ngan katil je..mesti la ade benda2 lain jugak. Tapi tak banyak pon beli..tu je..niat dihati memang nak cari hanger baju yang berlonggok2 tak berhanging kt umah tu. huuu

Barang dari ikea
Owh ye, katil dengan detolf ofkos la tak muat kereta kalo nak angkut kan. Yang tu kami bayar delivery RM75. Nanti derang datang hantar ke rumah. Tapi...jadual penghantaran isnin jam 3pm..Hmm..pon boleyyy. Bukan urgent pon kan. No worries.

Inz..
Dah setel shopping kat ikea, keluar dalam jam 12.30 camtu. Isshh..awal bebenor. Takkan nak balik terus. Haruslahhh singgah kat One Utama tu kejap. (Dah area2 ikea tu je) Ingat nak window2 shopping je kat sini. Tapi tu la, dh ujung-ujung tahun mesti ade sales pulak ek. Jenguk punya jenguk, kami lalu depan Jusco..tiba2 papa cakap..

"eh mama...ade sales laa, jom tengok mainan..papa nak tengok model2 kereta" 

Orite aje..pusing..sekali mama tengok fisher price ade sales. Hampeeh...10% je..huu.. So macam tak berminat sangat. Pusing lagi..pusing lagi..erkk!! terkezuttt!!

Mama tengok puppy's learning car ni ade discount 50% selected items sahaja. Tu pon tak banyak. Confirm mama beli!!

Puppies Learning Car
Ok..kenapa mama excited pasal toys ni ek? Macam ni, kat rumah mama memang ade satu catalog product fp. Dalam catalog tu adea few items je new. Satu remote (dah beli utk zara) kt sini. Lagi, Puppy yg bleh bercakap (mahal sgt, xmampu nk bli lg), rumah ade bunyi (lupa nama dia) then puppy's learning car ni. So..new item..wajib la beli.

Disebabkan harga dia mahal, so mama berfikir2 jugak nak beli. Tapi hari ni rezeki zara.. Harga normal RM99.90 discount 50% so dapat RM50. Haaah..ko hadoo? murah kan?

Chatter Telephone
Lagi satu mama perasan ade chatter telephone ni. Ade discount 10% je. Normal price 39.90 dapatla RM35. Walaupon discount sikit je, tp mama beli jugak sebab mama jarang sangat2 jumpa telephone ni kat mane2 kedai. Alang-alang nampak toys ni terus kepit bawah ketiak taknak lepas. hahaa. Tanpa fikir panjang, mama gi beratur kt counter (walaupon time ni panjang giler queue, cuti sekolah la katakan) Tapi kan..banyak betol mainan kat sini.Kami jarang jugak datang sini..rugi2..huuu

Toyss zara dan toys papa
Hoohh.. mane datang pulak 3 ketul lori tu ye? Yang ni, papa beli kat toysRus. (Nakjugak barang dia). Papa..cam biasala..model2 transport camni memang kegemaran. Nanti ni mesti nak masuk dalam detolf baru.miahahaa

Display...
Kat sini la akhirnya nasib si lori2 tadi tu..langsung tak digunakan untuk main..untuk display sahaja..kesiaaannnn...

Muka comot..makan rotiboy

3 Ketul lori..feveret papa.
Sebenarnya lori-lori tu semua ade 8 bijik untuk koleksi. Tapi papa baru beli 3bijik. Lagi 5 bijik tu kemudian2. Tak tau la bila nak gi beli lagi. Ntah2 esok sebok ajak mama gi beli lori2 lagi..tengokla tak caya..hahahaa





Kerlas gaya anak mama minum susu!!

0 comments on "Fisher Price Toys Zara dan toys papa"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...