Zara dan Zariff. Powered by Blogger.

Iman Nur Zahra

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zariff

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zaffri

Lilypie Third Birthday tickers

Friday, October 17, 2014

Mama, nak phone!


Date:13.10.2014
Time:8.00pm
Venue: Giant Kota Kemuning

Cuba tengok gambar ni? Ada nampak sebarang motif tak kat gambar tu? Hmm...ye, gambar barang yang kami shopping. 

Mai nak cerita sikit pasal gambar ni.


Hari ni lepas balik dari kerja, kami menyinggah kat Giant Kota Kemuning dulu sekejap. Cari barang-barang kunyahan malam-malam. Barang si Zara dan Zariff tu. Yang biasanya air mimi dia lah (Solivite). Hari ni tak shopping banyak mana pon. Beli sekadar perlu sahaja.

Bila sampai kat kaunter bayar tu, Zahra yang dok dalam trolly tiba-tiba jerit:

"Mama..nak phone, nak phone kaler red" - Casing phone nik caler merah.

"Ha? Phone mama?? Kakak nak buat apa? Main game ek?"

"Takla mama...nak amik gambar"

Dan..dan dia snap 3 keping gambar barang kat atas counter. Punya gelak auntie yang dok scan barang tu. Mama papa dia? Haruslahhh malu gilos! 

Nampak kan? Betapa mak bapak dia giler bergambar, sehinggakan anaknya yang umur sikit nak masuk 3 tahun ni dah jadi habit. Amik gambar! 

Hahahaha..dunia..duniaa...

Bak kata orang tua, mana nak tumpahnya kuah kalau tidak ke nasik ye?

Bye!

0 comments on "Mama, nak phone!"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...