Zara dan Zariff. Powered by Blogger.

Iman Nur Zahra

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zariff

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zaffri

Lilypie Third Birthday tickers

Wednesday, December 3, 2014

Zariff di nabulizer lagi


Date: 03.12.2014
Time: 8.30pm
Venue: Klinik Nik Isahak

Hari balik kerja, nampak keadaan zariff macam tak berapa sihat. Okey, kami memang risau sangat kalau zariff demam. Faham-fahamlah zariff ni dah ade sejarah kene Asthma terok hari tu - admitted KPJ Selangor sampai 7 hari. 

Doctor pon dah pernah cakap yang zariff ni bukan selesema biasa kalau hujan atau sejuk. Dia memang akan mudah kene asthma. Gulp.

So hari ni balik kerja terus bawak zariff gi klinik panel kami, tempat biasa, Klinik Nik Isahak. Doctor cakap dah ade banyak bunyi balik kat dalam dada zariff. Allahu Akhbar. Risaunye ya Allah!

Doctor suruh amik nab sekali dan boleh balik. Lega, jangan doctor cakap kene refer specialist sudahla. Sebab kalau camtu petandanya keadaan zariff terok. 

Lepas kene nab sekali.. kami balik rumah dan monitor nafas zariff malam semasa dia lena tidur. Alhamdulillah takde pape yang merisaukan. InsyaAllah semuanya selamat.

Setiap kali nak kene nab zariff menangis.
Huhu, camtulah keadaan zariff tiap kali kene nab. Mesti nangis meronta-ronta mintak lepas. Orang cakap pedih kerongkong amik nabulizer ni. yeke ek? Kesian anak mama. Nak buat macam mane, kalau tak amik nab ni nanti zariff tak selesa.

Sorry ye sayang...

0 comments on "Zariff di nabulizer lagi"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...