Zara dan Zariff. Powered by Blogger.

Iman Nur Zahra

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zariff

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zaffri

Lilypie Third Birthday tickers

Thursday, April 9, 2015

Update : Tadika Little Caliphs


Date: 10.04.2015
Time: 9.00am
Venue: Dalam KTM menuju ke Office

Hari ni rasa nak update pasal progress Zara di Little Caliphs. Dah almost 3 bulan school kat situ tapi lupa nak update. 

Bersosial
So far, alhamdulillah..banyak improvement kakak kat sana. Lately, dia jadi lagi matang, lagi pandai bersosial dengan kawan ataupon adek dia. Makin pandai bawa diri dan yang pastinya zara lagi matured. Kalau dulu, dengan adik tu asyik nak menang je manjang. Sekarang ni, dah pandai jaga hati adik. Kalau dengan kawan yang tak kenal pon, dia pandai control. Mungkin soft skill ni dia dapt dari sekolah kot sebab dah biasa sosial ngan kawan-kawan sekelas kan. So "give and take" tu secara tak langsung ter-terap kat jiwa dia.

Mengenal Huruf
In term of academic pula, Zara dah fluent baca alif ba ta sampai ya (ye..pernah cerita pasal ni sebelum ni). Ni satu benda paling besar buat kami. Sebelum ni kita orang memang tak pernah pon ajar huruf ni. Selalu dok tekankan pon abc dan 1 2 3 je. Bangga dan terkejut bila anak berumur 3 tahun 3 bulan dah pandai alif ba ta hokey! Mak mak memang camni kan??? Excited mesti kene lebih punya. By the way, Sebelum ni Zara ni dah pandai ABC dan juga dah kenal setiap huruf tu. So kalau dia gi sekolah, bab ABC ni dia agak boring sikitla. Yang bagusnya, kalau huruf2 terbalik tu dia kenal. Even nombor pon, terbalik tunggang langgang macam mana sekalipon dia memang dah kenal.

Mengira
Next is, Zara dah pandai mengira lagi banyak. So far nik pon masih tak pasti sampai berapa tapi agaknye below 100. Sebelum ni dia pandai mengira sehingga 20 sahaja. Tapi sekarang nik perasan, Zara dah boleh sambung up to 50 dah..looks like macam dia boleh fikir dan relate dengan pertambahan dan perubahan nombor. Bagus2.. 

 Menulis
Ok, part ni memang nik terkejut sangat-sangat. Zara ni memang suka pegang pen dan pencil. Tapi kalau kita orang cuba ajar menulis dia reject. Suka kami lukis je. Dan dia pulak akan ikot lukis dengan lukisan imaginasi dia. So kami takde hal la pasal tu sebab, bagi kami takde apa yang nak ditekankan lagi pon. Dia baru 3 tahun kan. Tapi tak sangka, lately Zara suka mintak pen dan paper nak writing katanya. Kami memang suka kalau anak request macam tu (parent mane tak suka? haha). Bila dia tulis..ehh...dah pandai tulis nombor la! Ya Allah..bagusnye. Tak pasti macam mana pendekatan pembelajarang yang Little Caliphs terapkan. Tapi Zara dah pandai tulis nombor kot! Ye, memang admit lah, tulisan memang super tak cantek. Senget benget! tapi...atleast berumur 3tahun 3bulan dah boleh tulis. This is way too far from my expectation hoccay! Dan ini contoh nombor 10 yang Zara tulis. (Psst...kelakar masa dia tulis ni, sebabnya Zara tulis "0" dulu baru "1" hehe)



Komunikasi
Semua pon dah tau kan, Little Caliphs ni medium pembelajarannya dalam bahasa inggeris. Islamic English katanya! Zara pulak selama ni, bahasa yang dia gunakan memang 95% english. So kami memang expect kakak boleh survive kat tadika ni. Hmm..pada awal sekolah tu, Zara dari 95% berbahasa inggeris dah drop jadi 90%! Uikks agak pelik bunyi nya kan? Contohnya, kalau dulu dia cakap "Mama...my friend!" sekarang dah jadi "Mama..kawan kakak!"  Hahaha..ni lawak. Sangat..Mungkin pengaruh rakan sebaya. Tak salahkan tadika, pengaruh kawan lagi kuat woo! Tapi..itu awal-awal je. Sekarang ni, improved! Kalau dulu, Zara speak word by word..tak jadi ayat panjang. Kalau cakap apa pon, guna perkataan english tapi xde kata penyambung. But lately...Zara dah boleh buat statement ayat yang betol. Contohnya, Nik cakap "Is this nice? do you like it?". Kalau dulu dia jawah "YES" je. Tapi sekarang, dengan soalan yang sama, jawapan dia "Yes mama, i like it!". Seriusly banyak sangat contoh ayat2 penuh dia yang membuatkan nik rasa macam WOW!



Solat dan Doa
Haa...part ni memang terharu okeh. Terharu sangat. Salah satu tujuan kami hantar anak ke sekolah islamic style ni adalah tujuannya untuk anak tu lebih kenal dan dekat dengan ilmu agama sejak dia kecil lagi. Nak bagi dia belajar agama, supaya basic tu dah diterapkan sejak dia kecil lagi. Bagi kami, kami yakin yang budak kecil kalau dah disogok dengan basic agama, insyaAllah dia akan bawa sampai ke besar. InsyaAllah, tak menyimpang jauh. So far, Zara dah pandai mintak nak solat. Kalau tengok kami solat pon, nak pakai telekung dan nak ikot sama. Katanya kat sekolah teacher suruh solat. Alhamdulillah..sejuuukk perut ibu mengandung. hehe. Bab doa pon sama. Kami laki bini ni bukan jenis alim ulama. Kadang-kadang pon boleh terbabas. Masih dalam process memperbaiki diri masing-masing. Bila ada anak yang tolong remind, alhamdulillah kami bangga. Doa pon sama, pantang dengar baca doa mesti tadah tangan tanpa disuruh. Tapi yang kelakarnya...azan pon nak tadah tangan dah kenapa awak ni Kakak Zara oi! haha


Tapi ada satu masalah besar dengan kakak zara ni. Tadika dia kan Islamic, dan of course la semua orang pakai tudung dan kopiah kan. Masalahnya, kakak Zara ni taknak pakai tudung. Tiap kali nak hantar gi tadika, kami akan tanya nak pakai tudung ke tidak. Nanti, dia akan jawab.."NO!" hadoilaa anak. Cuba pujuk cakap semua friends pakai tudung pon xlayan. Confident level awak ni kan Zara, memang terbaik! Tetap pendirian dan tak goyah dek pujukan hahaha. Confident tu boleh kekalkan, which is good..but..hal tudung tu, mama papa bagi chance dulu pasal awak tak baligh lagi. Lepas ni, memang takde alasan ye.hihihi.

Love from Mama:

0 comments on "Update : Tadika Little Caliphs "

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...