Zara dan Zariff. Powered by Blogger.

Iman Nur Zahra

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zariff

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zaffri

Lilypie Third Birthday tickers

Sunday, November 29, 2015

Picnic Potluck


Date:29/11/2015
Time: 5pm - 8pm
Venue: Taman Permainan depan PICC - Putrajaya

Selalunya hujung minggu, papa znz ni memang ada-ada je aktiviti yang tidak diduga. Tapi ahad, kami banyak habiskan masa di rumah untuk kemas rumah, pakaian dan segala yang wajib.

Harini, teringin pula nak gi beriadah di Putrajaya. Tempat kegemaran kami cam biasa lah. Walaupon jauh sikit dari Shah Alam, tapi sini banyak taman permainan. Pemandangan cantek dan kemudahan yang selesa.

Mulanya nik ingat nak gi kami 4 beranak ni je. Rupa-rupanya, papa znz cakap yang dia ajak sekali member-member yang takde apa-apa plan harini. Pastu koling-koling then decided nak bawak pape sikit sorang untuk makan-makan kat sana sambil beriadah tengok anak-anak main.

Seronok jugak kan?

Kami memang tak reti nak masak epok-epok petang ni. Jadi, kami menyinggah je kat kedai kuih panas-panas kat area Saujana Putra. Ada sederet gerai kat tepi jalan tu memang kuih petang dia superb! Kami paling suka adalah kedai char kuey..(roti goreng kot) sebab dia uli tepong kat situ dan goreng kat situ jugak. Memang panas dan rangup.   

Sampai kat area Putrajaya, kami adalah orang pertama. Papa znz tukang cari port paling cun lah untuk lepak ramai2. Kami pilih depan taman permainan depan PICC sebabnya, playground banyak dan luas. Taman pula dekat dengan kedai, tandas dan surau. 

Lagi satu, kat sini ada banyak pondok. Jadi, sekiranya tiba-tiba petang hujan pulak kan, hmmm memang sekarang ni musim hujan petang pon. Jadi kalau hujan, pondok-pondok berlambak boleh pindah dan berteduh anytime.









Sementara menunggu kawan-kawan papa znz sampai, kami layan la Zahra Zariff main dulu. Kakak ok la, kalau kat playground ni dia memang suka, excited. Adik pulak, bukan tak suka..tapi dia ni sejenis yang amik masa sikit untuk get use to the environment. Tak kisahlaa kat mana-mana or dengan siapa-siapa sekalipon.

Kene bagi dia masa untuk dia termenung, memerhati keadaan dan reda...then baru dia boleh join. Jadi, awal-awal sampai tu, kakak je la yang main playground dulu. Zariff akan amik masa duduk depan playground tu, tengok semua orang. Bila nik tanya "Zariff taknak main ke". Zariff cakap "Ada orang laa mama". Auuuu cute sangat awak!

Then masa ni la nik kene creative fikir macam mana nak explain kat dia yang, main kat playground ni memang kene campur ramai-ramai. Jangan tunggu orang takde baru boleh main. Memang tengah malam la baru dapat jawabnye. hehe. Bila explain, bagi dia masa..then ok..lama-lama dia pulak yang meraung taknak stop.




Dalam jam 5.30 jugak la baru semua member sampai. Ada yang menyesat, ade yang menyinggah. Macam-macamlah..biasalaa bila dah ramai-ramai kan. hehe. Petang ni banyak betol makanan, Auntie Fida bawak spageti bolognese and carbonara. Auntie su bawak rojak buah (sos buat sendiri), minuman, kerepok. Auntie Adda pulak bawak 8kotak ayam goreng UncleJack yang jual kat franchise giant. Pastu kitorang, bawak pelbagai kuih muih yang beli tadi.

Kesimpulannya untuk hari ni, picnic yang tidak dirancang ni memang enjoy giler!!! 

P/S: Zahra dan Zariff, one day bila korang besar nanti jangan lupa bawak mama papa picnic macam ni tau..kami suka! tak bawak siapppp...hahahaa 

 Bye !

0 comments on "Picnic Potluck"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...