Zara dan Zariff. Powered by Blogger.

Iman Nur Zahra

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zariff

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zaffri

Lilypie Third Birthday tickers

Sunday, October 30, 2016

Medan Ikan Bakar Jeram


Date: 30.10.2016
Time: 4.30pm - 6pm
Venue: Medan Ikan Bakar Jeram

Kami ni, kalau nak buat apa-apa sejenis yang tak boleh merancang. Kalau merancang lagi-lagi yang awal sangat tu, jarang sangat nye nak berjaya. Selalunya gagal di tengah jalan kekekkee.

Macam hujung minggu ni, cuti hari Deepavali jatuh pada hari sabtu. Jadi melepas la harapan nak dapat extra cuti di hujung minggu. Kalau public holiday jatuh pada hari ahad, dapatla enjak cuti sampai isnin. Tapi takpe, kita layan raya deepavali dengan meriahnya hehehe.

Oh..melencong jauh pulak. Ok, pagi ni memang seriusly takde plan nak gi mana-mana atau nak buat apa-apa sekalipon. Kononnya macam, rilek-rilek kat rumah saje.

TAPI...

TAPI...

TIBA-TIBA kawan-kawan papa diorang ni ajak makan ikan bakar kat Jeram, Klang. Hoho! apa lagi..jejooommm lerr..


  
Masa nak gi sana, dah pakaikan baju kat zara tshirt merah dengan legging macam zariff kat bawah ni. Baju sedondong. Dah dekat-dekat nak keluar rumah, tiba-tiba papa dia pakai baju peach! Dan-dan waktu tu jugak dia lari naik atas, tukar dress warna peach jugak sedondong senada seirama dengan boyfriend dia hahaha..

Memang betol orang cakap kan, her father is her first boyfriend! and now i am totally agreed!
 

 
Zariff pulak, keluar kereta je nampak ada playground...berdesup main tak hingat dunia. Baju rambut segala bagai tu memang basah kuyup lah!

Cuba tengok ni..hehe. Oh ya..hari mimpi di siang hari tiba nak pakai kasut. Selalunya bukan main liat dia nak pakai kasut. Asyik2 dengan selipar  jepon RM10 beli kat pasar malam tu. Itu pon dia yang pilih sendiri. Low profile betol anak bujang saya ni tau..hehe


Dah tu pulak, semua orang main playground, dia tak layan...terus amik port best siap kerusi pastu keluarkan harta pusaka yang dia bawak dalam backpack dia. Tau apa dia? Marker pen berwarna warni tu dengan kertas untuk dia lukis. Suka sangatla melukis..


 Pemandangan belakang tu memang sangat menarik ok! Kebetulan air pasang petang ni, rasanya memang tiap-tiap petang air pasang kan? Jadi cantik...ada pokok-pokok dengan air, cantek sangat. Dan memang ada ramai tengah memancing pon kat area sini.


Dan...ini gambar paling mahal hari ni. Gambar keluarga kecil kami. Alhamdulillah....cantik gambar ni. rasa nak cuci dan frame kan pastu gantung kat dinding rumah..hehe..

Ini pon mintak tolong anak Auntie Fida, Airees tolong amik gambar ni. Pandai dia snap gambar..macih2!!




 
Hah...ni la dia auntie-auntie yang terlibat dalam trip mencari ikan bakar ni. Dua-dua kiri kanan adalah mak buyung yang tunggu hari je nak bersalin. Harap-harap dapat lah berjangkit kat mama plak..kot dapat bolehla bagi adik kat zara zariff hehehe..



Ni dia panjang meja kami. Makan 7 family dengan total harga RM713...Jadi kami bahagi rm100 untuk satu family. Ok la kot ek? berbaloi sangat dh kot. Memang tak boleh nak list makanan laut apa yang kami amik sebab terlalu banyak..seriusly banyak...

Tengok gambar pon dh ckupla kot...banyakk kan..

Ok itu sajalah..buat masa ni...

Bye..

0 comments on "Medan Ikan Bakar Jeram"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...