Zara dan Zariff. Powered by Blogger.

Iman Nur Zahra

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zariff

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zaffri

Lilypie Third Birthday tickers

Wednesday, November 16, 2016

Melawat Baby Girl aunti Noor


Date: 16.11.16
Time: 6.30PM
Venue: Hospital UKM Cheras

Hari ini Zara Zariff suka sangat2 dapat tengok baby baru lagi. Beberapa hari lepas dapat tengok baby auntie Fida, baby girl. Harini baby auntie Noor, juga baby girl.




Zara la suka...kalau tau tu baby girl. Sibuk dok mintak ngan kitorang nak baby girl jugak. Haiii...awak ingat nak buat baby ni macam beli kat kedai mainan tu ye? Petik jari terus dapat ??

HAHAHAHAHA

Tapi kan..bila tanya Zariff pulak, dia nak baby boy! beriya-riya nak baby boy katanya. Hmmm mama rasa korang berdua ni dah tersampuk penyakit gender bias ni..hahaha.

So macam mana ni? Takkan mama nak beranak kembar sepasang kot. Tapi kalau ade rezeki?? Apa salahnya ye dak? Hmmm..kembar-kembar ni keturunan, kalau keluarga kami tak ada yang kembar, potensi nak dapat kembar tu memang kecik la kan.

Berbalik pada cerita baby ni, hari ni datang tengok baby girl auntie Noor..putihhh..macam ibu dan ayah diorang. Dan macam abang-abang diorang juga. Putih2 je semua. 


Jeles tau..tengok semua orang dapat baby kecik. Memandangkan ZnZ pon dah start mintak adik..kami pon berusaha laa untuk beberapa bulan ni. Tapi masih takde rezeki nak dpat tambah anak.

Kite berusaha lagi bulan depan ehehe

Balik rumah lepas melawat baby, ade parcel sampai..tak sangka..parcel dari upline nik, KakGi..bagi hadiah besar sempena achieve target sale bulan lepas.

Dapat hamper!!



Kakgi is the best! tak sia-sia buat business online bawah orang rajin macam leader-leader kitorang ni. hehehe


0 comments on "Melawat Baby Girl aunti Noor"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...