Zara dan Zariff. Powered by Blogger.

Iman Nur Zahra

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zariff

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zaffri

Lilypie Third Birthday tickers

Monday, January 8, 2018

Minggu kedua Sekolah


Minggu kedua Sekolah

Isnin
Mama balik rumah dari kerja, tak menyabar dah nak tanya apa kejadian dan pengalaman anak-anak hari ni.



Si kakak zara cakap, sekolah hari ni tak belajar apa-apa pon. Colouring all the times! Hahahaha bertabahlaa zara ye. Almaklumlaa awak sekarang masih dalam program transisi pelajar. Iaitu orientasi. Jadi memang tak belajar lagi. Baru nk bagi awak sesuaikan diri dengan pembelajaran sekolah.
Tapi, dia cakap :

Zara: Hari ni kat kantin dia nak beli air milo. Tapi makcik kantin cakap nak duit 2 keping. Air milo RM1.50. Kakak tak cukup duit. Ada satu je.
Mama: Ehh??? kan papa bagi RM5?? kenapa tinggal rm1 je?
Zara: Kakak simpan duit dalam beg. Bawak satu je gi kantin.
Mama: Laaa..kenapa bawak rm1 je...lain kali bawak je semua duit simpan dalam poket. Jangan letak dalam beg nanti hilang..
Zara: Dah!!! kakak dah bawak...bawak satu!
Mama: Pastu? rm1 tu beli apa?
Zara: Beli kek..
Mama: oooo okla tu..sedap tak kek tu?
Zara: Isshhh dah la..dahla..dahlaa tanya. Kakak nk tengok tv ni.
(Hamboiiii....anak...)

Huhuhu punya kedekut duit dia..bawak singgit je g kantin. Kalau macam ni laa memang boleh melimpah ruahlaa tabung dia. Dah la seminggu last week langsung tak sentuh duit dia. Dah berkepuk dah. hahaha.




Kisah zariff pulak..setiap hari cikgu akan update gambar2 dan aktiviti yang anak-anak soleh solehah (diorang guna term ni) buat.

Macam hari ni pulak...

Tarikh 8.1.2018
Aktiviti
1.circle time
2.bacaan doa melihat cermin
3.mnyiap diri, dikat rambut,bedak m pakai kopiah serta tudung

Aaaaa...comelkan? Zariff memang hari-hari cakap suka gi sekolah. Memang luar biasa dari jangkaan betol. Sangat tak sangka..masuk minggu kedua pon maintain lagi. Suka je school.
Alhamdulillah...

0 comments on "Minggu kedua Sekolah"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...