Zara dan Zariff. Powered by Blogger.

Iman Nur Zahra

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zariff

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zaffri

Lilypie Third Birthday tickers

Friday, December 2, 2011

Majlis Aqiqah Zara


Day # 22
Date: 2/12/2012
Time: Sepanjang hari
Venue: Rumah papa

Apa itu akikah?
Ok..dengan panjang lebar mama nak jelaskan apa maksud akikah dan kepentingan akikah untuk Zara..umumnya untuk semua bayi..(chewah, macam ustazah pulak mama ni kan).

Baca info yang mama tempek, dapat dari website ni. macih..

"Menurut ash-Sharbini, akikah dari segi bahasa berasal dari kata kerja ( عق يعق) yang bermaksud rambut yang terdapat di kelapa bayi ketika ia lahir. Dari segi syarak pula akikah ialah binatang yang disembelih ketika mencukur rambutnya. Ada yang berpendapat akikah berasal dari perkataan ( العق ) yang bermaksud potong dan kerat atau belah. Dinamakan binatang yang disembelih itu akikah kerana ia dipotong halkumnya"


Menurut al-Mawardi, akikah ialah kambing yang disembelih pada saat kelahiran anak. Ia telah dilakukan oleh masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam lagi. Ia sejajar dengan apa diriwayatkan daripada Buraidah radiallahuanhu, katanya: “Adalah kami pada masa jahiliah, apabila salah seorang daripada kami mendapat anak, disembelih seekor kambing, lalu darahnya dilumurkan di kepala bayi itu. Setelah Allah menurunkan Islam, kami menyembelih kambing, mencukur rambut bayi dan melumurkan kepalanya dengan za’faran.”
(Riwayat Abu Daud, ditashihkan oleh al-Albani)


Dalam satu riwayat, Nabi sallallahu alaihi wasallam tidak suka sembelihan ini dinamakan akikah. Sebaliknya baginda lebih suka menyebutnya nasikah. Rasulullah sallallahu alaihi wasallam ditanya mengenai akikah, lalu baginda menjawab, “aku tidak suka al-‘uquq.” Kemudian baginda bersabda maksudnya: “Sesiapa yang suka hendak melakukan nusuk kerana kelahiran anaknya, maka lakukanlah!”

Waktu melakukan akikah

Waktu yang paling afdal melakukan akikah ialah pada hari yang tujuh kelahiran bayi berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Samurah bahawa Nabi sallallahu alaihi wasallam bersabda (maksudnya):

“Setiap anak tertahan dengan akikahnya. Disembelih bagi pihaknya pada hari ketujuh ia lahir, dicukur rambutnya dan diberi namanya.”

(Riwayat Ahmad dan lain-lain)
Ulamak Mazhab Hanbali berkata, menurut sunah akikah dilakukan pada hari ketujuh. Jika terlepas hari ketujuh, ia boleh dilakukan pada tujuh hari berikutnya, iaitu 14, 21 dan seterusnya. Dan harus dilakukan pada bila-bila masa tanpa had masa yang tertentu.
Keluarga Maalovenns di hari akikah Iman Nur Zahra

Betol kan? panjang lebar mama cerita pasal aqiqah ni. Kalau nak cerita pasal aqiqah ni, memang berjela-jela post dia. Banyak soalan dan kemusykilan dari segi aqiqah ni. Yela, contohnya macam kalau mak ayah dia tak buatkan aqiqah untuk dia..boleh ke dia nak buat sendiri bila besar nanti. Macam-macam soalan lain lagi.

Kalau baca betol-betol, aqiqah ni paling afdhal  7hari kan? tapi disebabkan hal2 tertentu maka mama papa tak dapat nak buat majlis aqiqah zara hari ke 7. Tapi kami sembelihkan kambing tu pada hari ke 21. Walaupon hari ni hari ke 22, tapi kambing tu disembelih malam tadi lagi, hari ke 21. Alhamdulillah..masih lagi di jalan yang terbaik kan? Mama dan papa ni seboleh bolehnya nak buat yang terbaik untuk anak mama.

Selingan, Iman Nur Zahra yang tengah nenen..cute!
Ok..back to our event. Untuk majlis akikah ni, kiranya ni adalah majlis ke-2 Zara selepas majlis cukur jambul hari tu. Majlis cukur jambul mama buat kat rumah tokma mama, untuk majlis akikah ni pulak mama buat kat rumah tokma papa pulak. Very fair and square rite? Dari malam tadi, ramai-ramai dah datang gotong royong kt rumah papa ni. Sembelih kambing bagai la kan. So hari ni, acara masak-masak pulak. Cuba tengok betapa gigihnya sedara mara papa gotong royong. One day bila zara besar zara kene ingat tau sayang..masa majlis kita orang tolong, so depan hari majlis orang pon zara kene buat benda sama..jangan malas2..not good girl!
Di antara ahli jawatankuasa kerja-kerja dapur majlis akikah
Lepas masak semua..inilah hasilnya. Disebabkan tak ramai kakitangan sangat..so menu pon takde la banyak sangat macam nak kenduri kendara majlis kawin kan. Cukupla dengan menu gulai kawah kambing, dalca daging, acar timun dan sira ubi keledek. Ada lagi beberapa jenis ulam dengan ayam goreng yang mama tak sempat nak snap. Sedap kan? ni pon dah banyak ni..alhamdulillah..
Di anta menu masakan untuk jamuan akikah zara
Kek First Anniversary perkahwinan mama dan papa
Alhamdulillah..masa buat majlis akikah zara ni, mama dan papa pon memang dah plan untuk sambut anniversary kami sekali. Hari ni kan alang-alang ramai datang. Tamu-tamu kecik pon ramai kan, so terbaiklah kalau potong kek hari ni. kan. Papa belikan kek perisa Tiramitsu kat Secret Recipe, sedap sangat. Walaupon mama masih dalam pantang dan takboleh makan kek lagi, tapi mama tau yang kek ni memang sedap sangat.
Tapi sayang, kita sekeluarga tak sempat nak bergambar bersama kek. Rugikan..takpe. Janji gambar kite sekeluarga ada..dan yang penting..kek tu pon ade! hehehe

Di antara tetamu comel a.k.a sepupu zara
Owh ye, dalam kesibukan majlis ni..tak lupa jugak...pada tamu2 kecil dan comel kite ni..juga merangkap sepupu sepapak zara la..hehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...