Zara dan Zariff. Powered by Blogger.

Iman Nur Zahra

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zariff

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zaffri

Lilypie Third Birthday tickers

Wednesday, November 30, 2011

Checkup lagi : 20 days


Date : 30/11/2011
Time: Tengahari
Venue: Rumah mama
Age : Day # 20

Wohoo...Iman Nur Zahra sekarang dah berumur 20 hari. Cepat pulak masa berlalu. Banyak pengalaman mama dan papa telah belajar sepanjang 20 hari ni. Tak sangka, kami berdua sudah bergelar ibu bapa kepada seorang cahaya mata yang sangat comel. Alhamdulillah

Sementara tu, mama nak postkan wajah-wajah comel puteri mama di hari ke-20 ni. Pakai rompers from tecu belikan khas dari melbourne. Alhamdulillah zara dah jauh lebih besar dan berisi berbanding hari lahir 20 hari lepas. Sehingga sekarang, zara tak dapat sikit pon jaundis..alhamdulillah. Ini menunjukkan bahawa antibodi zara kuat sangat.
Zara di hari ke 20
Kepala zara ofkos masih lagi botak..tapi dah tak licin lagi tau. hehehe. Rambut zara dah tumbuh tajam-tajam. Orang tua cakap dah berwarna hijau dah kepala..maksudnya dah tumbuh rambutla. So takdela mama selalu tutup sangat kepala dengan kain seperti hari biasa kan. Biasanya mama tutup tu risau takot sejuk..sekarang dah ade sikit rambut then ok la tu.

Kalau perhatikan lengan dan peha zara..dah sangat berisi..kalau dulu..kecik sangat. Seriusly mama risau tengok..kecik sangat. Walaupun berat baby 3.3kg tapi badan zara tak besar or tak chubby sangat. Orang cakap mungkin zara berat dengan tulang-tulang kot. Tapi sekarang, tengoklah..dah besar dah anak mama...

Nampak tak rambut zara dah ade macam duri-duri kan?
Zara nanges, Iqbal tengah pujuk..sweet pulak budak-budak sekarang ni kan.
Zara lena di pangkuan tokma
Owh ye, alang-alang mama uplod gambar zara dengan tokma, terpikir pulak cerita pasal zara dengan tokma ni. Mama tak taula camne nak cakap..tapi tokma some like has a super power la. Especially dengan cucu-cucu dia. Benda, ummi ngah yang cakap kat mama. Kalau aimy nanges, bagi je kat tokma..confirm diam. Same goes to Zara. Kat rumah kalau zara nanges...semua orang try pon taknak. Tapi kalau tokma amik je..diam. Ehhh..memang super power la!

Dulu-dulu, masa mama adik beradik kecik2, tokma kuat bekerja sangat..sehinggakan takde masa untuk layan mama adik beradik. So kami2 tinggal dengan arwah toknek je. So...tokma ni takde teror sangat dalam bab jaga baby..tapi ni la orang cakap miracle kan? Malam2 pon sama. Kul 1pagi, kalau zara sedar..nanges taknak berhenti..memang mama akan bangun dan kejutkan tokma. Tokma dodoi...terus senyap dan tido..dan tokma akan dokong zara sampai 3 4 pagi tau. Thanks to tokma.alhamdulillah..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...