Zara dan Zariff. Powered by Blogger.

Iman Nur Zahra

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zariff

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zaffri

Lilypie Third Birthday tickers

Monday, November 14, 2011

First EBM untuk Zara


Day # 5

Date: 14/11/2011
Time: 8.30malam
Venue: rumah mama kg alor bakat

Pejam celik pejam celik, dah lima hari mama bersalin. Alhamdulillah..buat masa ni semua ok.semuanya Allah permudahkan mama. Cuma apa yang mama bimbang, susu mama masih tak keluar. Setiap hari selepas mama bersalin dan balik rumah, nurse akan datang melawat tanpa miss walaupon sehari. Setiap kali datang melawat, setiap kali tu la nurse akan check breast mama dan tanya mama samada bengkak susu ke tidak. Macam biasa, mama akan jawan..takpon..

So, memang boleh imagine la kan, camne baby minum susu kalau susu tu takberapa nak ade. Bila try bagi nenen pastinya baby merengek-rengek jugak sebab takde susu. Sepanjang 4 hari yang berlalu tu, memang mama bagi susu formula S-26 untuk zara. Dari 2oz yang mama buat, hanya 1oz saje zara minum. Takpe, mama tak kisah janji anak mama sihat dan kenyang.

Malam ni, tetiba mama rasa macam sakit breast sikit. Try sentuh, agak mengeras..dan sedikit membesar. Tanpa fikir panjang, mama try pum susu tu. (Actually mama dah beli breast pump ni dari before bersalin lagi untuk persiapan lepas bersalin) Memang mama agak excited jugak nk pump tu, kot2 la ade susu.

mama's first ebm - 4oz!!

Dan..yupp, betol! susu dah ade! alhamdulillah!! mama sangat gembira..susu mama dah menjadi dengan banyaknya! So lepas ni mama boleh la breastfeeding anak mama. Alhamdulillah!
Lepas ni mama plan nak fully breastfeed kat zara. Even gi keje pon mama nak pump dan bagi zara minum susu mama. Kajian dah buktikan yang susu ibu adalah sebaik2 susu untuk bayi dan mama nak bagi yang terbaik untuk anak mama. Tambahan jugak, susu ibu ni banyak antibodi dan jugak bleh mengelakkan baby dari kene jaundice! Insyaallah..

Buat pertama kali zara minum susu perahan mama

Lepas mama pump susu..mama masukkan dalam botol dan bagi zara minum. Alhamdulillah..zara minum sampai habis! Terharu sangat, anak mama ni memang anak yang baik, bersyukur sangat zara boleh minum susu apa-apa je yang bagi kat dia guna botol. Mama bukan tak nak bagi direct, tp malam sahaja..ini semua untuk train zara bila mama start keje nanti. Mulanya mama risau jugak takot zara taknak minum sebab susu mama ofkos lah akan rasa tak sama dengan susu S-26 yang selalu zara minum tu..hehe

0 comments on "First EBM untuk Zara"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...