Zara dan Zariff. Powered by Blogger.

Iman Nur Zahra

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zariff

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zaffri

Lilypie Third Birthday tickers

Thursday, November 24, 2011

Majlis khatan Zara


Date : 24/11/2011
Time: 11.00 pagi
Venue: rumah mama

Day # 14

Khatan untuk zara? Khatan untuk baby girl? yupp...memang betol. Berkhatan ni sebenarnya bukan untuk bayi lelaki sahaja. Malah juga perlu dilakukan pada bayi perempuan. Cuma bezanya, khatan bayi lelaki tidak dilakukan sewaktu kecil tapi dilakukan bila bayi lelaki tu dah besar..kebanyakan pada usia 10-12 tahun. Tapi, berbeza pula pada bayi perempuan. Khatan bayi perempuan perlu dilakukan seawal kelahirannya. Paling elok sekiranya bayi tu masih kecil. Macam zara, mama sempurnakan majlis berkhatan ni padai minggu ke-2..iatu zara berumur 14hari.

Untuk majlis khatan zara, tokma mama panggilkan bidan kampung untuk selesaikannya. Sesetengah orang hantar baby ke klinik untuk berkhatan..tu pon boleh. Ikot pada individu masing-masing. So, untuk bidang kampung..banyak peralatan yang diperlukan...seperti kunyit, beras, lada itam, pisau kecik dan lain..boleh tengok gambar bawah ni..ni lah barang-barang tu..

Barang keperluan majlis khatan iman nur zahra
 Ok..sambung pasal berkhatan ni kan..sebenyarnya dari segi hukum pon..memang khatan ni sunnah dilakukan untuk bayi perempuan. Ada beberapa sumber yang mama baca:

Dari i love islam
Dalam agama Islam, khatan merupakan salah satu media pensucian diri dan bukti ketundukan kita kepada ajaran agama dan bagi wanita ianya mampu meningkatkan kemulian dan mertabat wanita itu sendiri. Dalam hadist Rasulullah s.a.w. bersabda:"Kesucian (fitrah) itu ada lima: khatan, mencukur bulu kemaluan, mencabut bulu ketiak, memendekkan kumis dan memotong kuku" (H.R. Bukhari Muslim).

Hadist paling popular tentang  khatan perempuan adalah hadist Ummi 'Atiyah r.a., Rasulllah bersabda kepadanya:"Wahai Umi Atiyah, berkhatanlah dan jangan berlebihan, sesungguhnya khatan lebih baik bagi perempuan dan lebih menyenangkan bagi suaminya". Hadist ini diriwayatkan oleh Baihaqi, Hakim dari Dhahhak bin Qais.


Ini la dia budak yang kene khatan tu
 Dari satu sumber yang boleh dipercayai pula mengatakan bahawa "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-86 yang bersidang pada 21-23 April 2009 telah memutuskan bahawa hukum berkhatan bagi wanita adalah wajib. Walaubagaimanapun, sekiranya ia boleh membawa kemudharatan pada diri, maka ia perlu dielakkan."

Masih lena
 Dari segi kesihatan pulak..banyak kelebihan berkhatan ni..antaranya "membuang anggota tubuh yang yang menjadi tempat persembunyian kotoran, virus, najis dan bau yang tidak sedap"

Budak comel tu dah bangun
Dalam satu riwayat hadis:
"Seorang wanita (Umm Atiyyah) biasa melakukan khatan di Madinah. Nabi s.a.w berkata kepada beliau : "Janganlah potong keterlaluan kerana adalah ia baik bagi seorang wanita dan lebih disukai oleh suami" Sunan Abu Dawud, Bab 41, #5251.

Olololo...menguap..sangat cute.

Tengah amik mood..termenung..

Her close up..sayu je mama tengok..ciptaan Ilahi yang sempurna

Mama dan baby

0 comments on "Majlis khatan Zara"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...