Zara dan Zariff. Powered by Blogger.

Iman Nur Zahra

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zariff

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zaffri

Lilypie Third Birthday tickers

Thursday, November 10, 2011

Kelahiran Puteri Pertama


Tarikh 10.11.2011 merupakan tarikh kelahiran puteri pertama kami Iman Nur Zahra.
Iman Nur Zahra dilahirkan di Hospital Raja Perempuan Zainab II.

Day 1: 9th November 2011

Hari ni, genap 40 hari 6 minggu mama mengandung. Pagi ni, mama mula sakit perot yang macam period pain, memulas-mulas kuat sangat. Sebenarnya sakit ni dah beberapa hari dah. Tapi waktu malam je, siang hari takde pulak rasa sakit macam ni. Termasuk hari ni, dah 4 malam mama tak boleh tidur nyenyak. Start dari kol 2.30 pagi mama start contraction yang amat terok sehingga subuh.Sehinggalah pagi ni, mama tak mampu nak bangun solat subuh sebab terlalu sakit. Pada mulanya mama tak fikir yang ni adalah contraction nak bersalin, mama ingat Braxton Hicks Contraction je, mama tengok papa pulak tengah tido lena, so mama tak kejutkan la papa.

Dalam pukul 8.30 mama terasa macam nak kencing sangat. Mama cuba bangun dari katil dan gerak ke bilik air. Tapi masa mama tengah perlahan-lahan berjalan tu, tiba-tiba darah keluar banyak sangat..meleleh-leleh kat celah peha mama sehingga ke lantai. Masa ni papa dah keluar rumah cari breakfast. So mama menjerit panggil tokma. Tokma terkejutla..cepat-cepat kol papa dan tokma kol  ambulance.

Summary:
2.39am - first contraction.
8.30am - Pecah ketuban Darah
9.35am - Papa bwk gi klinik desa lepas kol misi in charge.
9.45am - Naik ambulance ke hospital
10.34am - Masuk Labor, check jalan, check jantung baby dan check contraction
Tempat kejadian : Labor Room HRPZ

13.15 pm - warded kt Ward 24.
Mama kene warded disebabkan jalan baru 1cm, huhu..lame sgt2 nk terbukak jalan.

13.50pm-Check jantung baby selama 20minit.

19.05pm - Check contraction
Hari pertama mula2 masuk ward, contraction agak jarang, selang 30minit sekali. jadi xdela rasa sakit lame sgt. Malam pertama kt ward tu siap buleh makan burger quarter pounder mcD lagi. hehe
Tapi mama bukan bahagia sangat pon dok dalam ward tu, sebab kat sini, contraction mama start every 5minutes. Bayangkanlah sakit yang amat tu, selang 5 minit je, sakit tu berhenti, lepas tu sakit lagi..


Day 2: 10th November 2011
2.32am - contraction start setiap 5 minit.
3.42am - dah tak tahan sgt, panggil misi report contraction. Misi cepat2 check jalan..tp sedey sgt..baru 2 cm.huu
7.00am - contraction makin terok. Time ni doctor datang melawat, nik report kt doctor yg contraction terok giler. Pastu doctor ckp, nik nampak sakit giler dh..suh p check jalan pulak. tgk2 baru 3cm..ngeee...geram btol..lmbt bebenor nk terbukak jalan.
1.00pm - Time melawat. tokma, papa ngan ciksu nabilah masuk melawat.
1.15pm - Doctor panngil untuk check jalan lagi skali. Berita baek...dah 5cm! terus doctor suh masuk labor room.
1.30pm - Gerak masuk labor room. Family smua tunggu kt luar je.
2.30pm - Induce. Lepas induce, agak2 rasa sakit tu makin kuat, mintak nurse panggilkan papa masuk labor room. Risau pulak takot2 terbersalin tanpa papa disisi...awww...mama tak relaa...hihi
Ni gambar dalam labor room tu. Walaupon sakit yg hamat...tp sempaat aje i posing u'olss..hihi..owh ye. Yang pakai hape benda tu yg tutup mulut tu laki i ler tu..dh macam doctor pakai bedah dh nik tgk.haha


Mama dan papa kt labor room no.10...lepas induce.

6.15pm - Start push.
Sepatotnye, doc tak bagi mama push lagi masa ni. Sebab doctor dah letak record induce tu, dari pukul 2.30-6.30ptg. Meaning dalam jam 6.30otg tu baru mama boleh push. Tapi, allah saje yang tau macam mana perasaan kene induce ni. Sebenarnye induce ni untuk bantu kite bukak jalan (tempat baby keluar). Disebabkan bersalin anak pertama, jalan memang susah nak terbukak. Tambahan pulak masa mama masuk labor room..bukaan 5cm, sampai sekarang baru terbukak 6cm. So, doctor taknak mengambil risiko untuk push masa bukaan 6cm dan doc suruh mama tahan. Masa ni, mama tahan sakit tu sehingga tanpa sedar air mata mama meleleh2, papa yang tolong lapkan. Sakit sangat. Bila jam 6.15, mama dah tak boleh tahan lagi dah. Mama suruh papa panggil doc, yang mama mmg dh nk kene push. Bila doc masuk je, terus mama push. Masa tu mama dah rasa macam baby dh menolak-nolak nak kluar.

Ok..now..mama pusshh!!

Papa pulak, tanpa putus asa, menyokong dan memberi semangat kat mama. Sambil pegang badan mama, beri motivasi dan semangat untuk mama push sekuat hati..dengan semua tenaga yang mama ada..mama push! Tapi masih jugak tak berdaya, bila mama push je, dh nampak kepala baby nak keluar, doc cepat-cepat cakap kat papa "bang..cpt2, tengok baby dah nk keluar ni". Yang kelakar nye, papa boleh pulak jawab.."taknak misi..saya takot". Nurse tu punyala paksa papa datang tengok baby kat bawah sana. At last, papa akur, gi sana dan tengok..bila dah start tengok kepala baby, mama tarik nafas untuk second push, kepala baby masuk balik dan macam tu jugak la terjadi setelah beberapa kali mama push. Papa pulak, mula geram, datang kt depan mama smbil cakap "tolongla mama..push lagi...kesian baby!!"  Mama push dan push lagi, tapi ntah kenapa, baby still jugak dok keluar masuk keluar masuk camtu sehinggakan doc ckp nk ceaser. Owh tidak! dah sakit terkoyak rabak kat bawah tu, dan sekarang nak tambah sakit kat perot pulak.taknak! tp..

Mama penat sangat...mama tak berdaya, mama dah push sekuat hati..tapi takboleh jugak. Sehinngakan mama dah takde tenanga lagi, sampai satu tahap, mama rasa macam blur..kabur sangat..mama dah tak nampak ape2 dan suara2 nurse yang tengah jerit suruh mama push tu..mama dengar sayup2 je..masa ni..mama hanya fikir "Ya Allah..hari ni rupanya hari terakhir aku kat dunia ni..ampunilah dosaku ya allah.." lepastu tiba2 mama rasa ade benda dok pukul2 tendang2 belakang kepala mama ni. Rupanya nurse tu tengah ketuk2 mama suruh bangun. Dan mama tersedar..dah terus push! Masa ni, doc tu dah siap-siap pegang gunting, dan jerit suruh mama push, mama push sekali, kepala baby keluar..doc terus pegang kepala baby dan terus potong tali pusat kat situ..then, mama push kali kedua..terus semua satu badan baby keluar! Rupanya, baby terbelit tali pusat kat leher..uhuhu
7.25pm - Alhamdulillah baby perempuanku seberat 3.3kg selamat dilahirkan.

Actually perjuangan ni tak tamat kat sini je tau. Lepas baby keluar, sorang nurse yang menyambut kelahiran baby tu jerit.."emergency..baby lemas" Ya Allah..tuhan je tau perasaan mama masa ni. Mama cakap ngan papa "Papa..baby kite! baby kite!! g tengok baby papa!!" Papa pulak, dengan tak semena-mena..terus lari ke arah doctor yang tengah bagi oxigen kat baby. Time tu, papa cakap..kepala baby biru sangat..lebam..sebab dok keluar masuk banyak2 kali td. Doc suruh papa azankan baby then terus keluar dari labor room, sempat papa snap gambar ni.

Dan inilah dia cahaya  mata mama yang selama ini mama nanti-nantikan setelah beberapa minit selepas dilahirkan. Gambar ni diambil oleh papa masa dalam labor room lagi sejurus selepas dilahirkan. Muka baby ala-ala tembam sangat masa ni sebabnya baby baru kluar dari berenang2 dlm air kan. So muka sedikit sembab dan kembongg...
Cahaya mata anugerah Ilahi pertama kami yang selamat dilahirkan dengan sihat sempurna. Terima kasih Allah!

Mama pulak, sementara tu..2 orang nurse tengah jahitkan luka mama. Hati mama tak pikir benda lain selain risau dengan keadaan baby. Siap jahit semua, tinggal mama sorang2 dalam labor room. Penantian dengan harapan ade nurse datang bawak baby, letak di pangkuan mama. Tapi..tunggu..dan tunggu lagi..jam dah kol 9mlm. Mama masih jugak tak dapat sebarang khabar berita pasal baby. Mama panggil nurse, tnye nurse "nurse...macam mana dengan anak saya..saya tak tengok lagi anak saya..anak sy ok tak?" tp nurse pulak jawab "awak doa-doakanla ye"..Ya Allah..dugaan..tuhan saje yg tau. Mama menangis sorang2 kt situ. Then, datang lagi sorang nurse, benda sama jgk mama tnye. merayu2 suruh nurse tu g tengok bby. Tapi sama jgk respon diorang.

Akhirnya ade sorang doc masuk tulis record mama, mama dengan nada teresak-esak mtk tlg doc tggkan keadaan baby. Doctor ckp "eh..awk bersalin jam 7.25 lg tp tak tengok anak lagi ye?la..kesian awk, kejap sy g tengokkan ye"..Alhamdulillah..lega sgt. Pastu, doc tu dtg ckp yg baby dh dimasukkan ke ward 2 (I.C.U)..iaitu unit rawatan rapi. Hah! lagi la mama takot..sedih..semua adela! mama menangis sekuat ati mama! Dalam pukul 10.25pm, doc yg sama jugak dtg ckp dgn mama, rpnye baby tak msuk ward 2 lg, tp msih kat labor room! pulaakk! geram pon ade! then doc tu bawakkan baby bg kat mama..astaghfirullah..Allah je tau..terketar2 mama nak pegang baby. bkn takot..tapi sebak.. terharu..gembira.  Dan inilah dia pic pertama kali mama pegang baby, susukan baby dalam labor room..
(Pelukan kali pertama mama untuk baby - dalam labor room)

Actually, sekejap je mama sempat peluk baby, doc amik baby dari mama..masukkan baby ke ward 2. Doctor cakap..baby kene tahan ward unit rawatan rapi selama 6jam. So, dalam masa 6jam ni, kalau perkembangan baby ok..then baby akan keluar dr ward 2 dan boleh bersama mama. Dan mama pulak, kol 11.15mlm keluar dari labor room terus ke ward 24.

Mula-mula mama msuk je ward 24ni, mama kira dari jam 11mlm, tambah 6jam so sepatotnye baby akan jumpa mama dalam kol 5pg esok. So..sepanjang malam, mama tunggu baby kat ward 24..berdoa mengharapkan baby sihat tanpa masalah. Berdoa tak putus2 dan langsung takboleh lelapkan mata sehinggala jam 6 pagi. Mama ternampak ade 2 orang nurse tengah dukung baby. Hati mama berdebar-debar, bila nurse jerit nama mama.."sape Nik Nur Saneiah" mama automatic terkeluar air mata.."saya..saya..saya nurse!!" dengan penuh kegembiraan!! Alhamdulillah..semuanya berakhir dan pengalaman 33jam bertarung nyawa jiwa raga ini akan mama kenang sampai bila-bila. Alhamdulillah..semuanya selamat.

Dan..puteri kami ini, seperti yang dirancang berbulan-bulan dulu lagi mcm kt entry ni (tp mama n papa ade ubah ckt), kami namakannya dengan nama :

Iman Nur Zahra Binti Mohamad Akmal Azim

bermaksud :
Iman
(Rasulullah bersabda "Iman itu ialah engkau beriman kpd Allah, malaikat-malaikatnya, kitab-kitabnya, rasul-rasulnya,serta hari akhirat dan takdir yg ditentukan oleh Allah - baiknya dan buruknya) - riwayat muslim.
Nur - cahaya
Zahra - (Brilliant, Flower, Bright, Shining, White, Fair Skinned)
Az-zahra - Excellent and smart.
zara - Bright as the dawn



Bila dah siap2 barut bagai, masuk ward 24 balik sekali ngan nik, haa...ini la rupa baby iman nur zahra. Terharu bila dapat tengok baby yg kte kandung 10bulan tu lahir dengan sihat sempurna. Alhamdulillah dan Terima Kasih Allah.



Day 3: 11th November 2011
Hari ni penyusuan ibu untuk baby iman nur zahra bermula dengan jayanye. Walaupun susu tak de sangat lagi pon, tp misi suh bg jugak. Takmo kasik susu FM or air suam langsung sebabnye susu ibu time ni adalah yg terbaek. Kaler kuning cair tp penuh dengan antibodi baik untuk kesihatan bayi.
Tak tahan...walopon sakit beranak tu tak berapa nk ilang lg, boleh je i berposing,hihi. Tengokla muka nik, pucat macam takde darah. Ye la kan, mase bersalin kan banyak darah keluar. Baby memang macam ni kot ek, jarang bukak mata lepas lahir tu. Nanges pon mata pejam. Susah betol nk tengok biji mata baby.ngee...sonok nye dapat baby! haha.

Alhamdulillah..lepas doctor check baby dh poo..takde sebarang masalah..mama dia pon sihat xde sebarang masalah, dengan segera kami boleh balik..

0 comments on "Kelahiran Puteri Pertama"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...