Date: 12/11/2011
Time: sepanjang hari
Venue: rumah mama kg. alor bakat
Hari ketiga baby dilahirkan kedunia. Masih tak banyak benda yang baby boleh buat. Tapi, yang paling membanggakan mama, walaupun baby baru saje berumur 3hari, tapi baby dah pandai pegang botol susu tau! haahh..percaya tak? cuba la tanya mana-mana orang tua-tua yang banyak pengalaman tentang hal baby..mesti orang tua-tua pon akan terkejut. Cuba tengok gambar kat bawah ni, mama sempat snap baby tengah minum susu sambil pegang botol susu, bangga mama! Time ni nekdah (jiran sebelah rumah mama) yang dokong dan bg baby minum susu.
Baby minum susu sambil pegang sendiri botol susu
Selepas mandi dan minum susu, zara tido lena. Masa ni keadaan cuaca pulak hujan je manjang. Musim tengkujuh la katakan. Hari-hari hujan, jadi baby pon dibalut tebal-tebal la. Tak cukup dengan tu, selimut pulak tebal-tebal. Papa pulak, mula-mula takot nak dokong baby sebab kecik sangat (actually mama pon sama sebab mama&papa xbiasa lagi) tapi mama&papa cuba jugak walaupon kekok..
Keadaan mama dalam pantang hari ke-3
Sepanjang hari, walaupon macam takde activity tapi sebenarnya mama rasa jadual mama sangat penuh. Mungkin sebab mama tak biasa lagi dengan keadaan berpantang ni. Bangun tido, mama terus mandi dengan air mandian daun2 berubat yang tokma sediakan, lepas tu..tengahari sikit mandikan baby, siapkan pakaian baby..bagi baby minum susu, pastu makan tengahari mama pulak. Tidurkan baby..tut..tut..dan petang..malam pulak mama tidur awal sebab mama tidurkan baby, so dengan mama sekali la pengsan! hehe
Dan..ini la dia muka penyejuk jiwa penenang hati mama hari ni...
sedikit gambaran susunan tempat tido baby masa dalam pantang
bersama Zhufairah Aimy (korang beza 10 bulan)
0 comments on "Pandai pegang botol!"
Post a Comment