Date: 18/11/2011
Time: 8.30pagi
Venue: Rumah mama
Majlis cukur jambul ni kalau orang kelantan panggil "bercukur". Biasanya lebih afdhal kalau dilakukan dalam masa 7 hari selepas bersalin. Untuk Iman Nur Zahra, mama&papa buat majlis cukur jambul ni pada hari ke-9 iaitu hari jumaat. Majlis biasanya ade seorang tok imam yang mengetuai kumpulan tu. Bayi akan dipegang atau didokong oleh bapa (papa pegang baby). Majlis dimulakan dengan upacara belah mulut iaitu upacara bagi baby rasa semua rs yang ade seperti manis, masin, masam..so, alat-alat seperti kurma, kismis, air zam zam, gula, garam dan sebagainya tu kene sediakan terlebih dulu.
Untuk majlis zara ni jugak, ayah mertua pokmuda (abah mok muda) yang mengetuai majlis ni. hehe.agak tak sangka. Sebenarnya abah makmuda datang rumah kita sebab diundang, atlast..taksangka lak jagi leader. So, lepas ni..budak comel berbaju putih purple kat bawah ni ready untuk di-cukur jambulkan dan dibotak licinkan selepas ini! Tapi sebelum tu..mama snapkan banyak-banyak gambar baby last just before kepala dicukur jambul / botakkan..
Pic Iman Nur Zahra sebelum majlis cukur jambul |
Macam ni la keadaan masa majlis tu berlangsung. Sempat snap sikit je gambar.
Upacara cukur jambul yang tengah berlangsung |
Perasaan mama mulanya agak nervous sangat sebab mama risau Zara nangis masa majlis tu. Biasala zara, semenjak keluar dari rahim mama ni, asal celik mata je mulut pon bukak. hehe. Mama rasa nak gelak pon ade. Tapi alhamdulillaah, betol apa yang orang tua-tua cakap, bayi akan diam je bila majlis-majlis macam ni diadakan. Zara pon sama, mula-mula masa belah mulut tu, ade jugak mama dengan merengek nangis. Lepas tu kejap je..bila start selawat ke atas nabi dilaungkan beramai-ramai, disamping baby tengah didokong dan diarak keliling semua orang yang tengah selawat tu, baby diam dan tido dengan nyenyak. Dan masa ni jugaklah 7 orang dari semua yang hadir tu memotong sedikit dari jumlah rambut baby. Dan jadi lah macm ni ha anak mama lepas kene 'gigit' sikit sorang.hahha
Wajah dan rambut selepas cukur jambul |
Activiti membotakkan kepala zara oleh Ngoh dan Cikngoh |
For the first time of her life..kepala zara botak licin |
Walaupon botak tapi anak i tetap cantek dan cute kan? Tapi hari ni mama memang tabik spring la kat baby..tido je manjang..bagus!! Eh..dok cerita pasal baby sorang je, terlupa pulak mama nak cerita pasal tetamu-tetamu yang datang..tetamu tua-tua tu takyah la mama focuskan ye. Mama nak focuskan tetamu-tetamu comel ni..yang kecik-kecik ni ha...hehehe..nanti korang besar nanti..bakal jadi geng gaduh-gaduh korang la ni.hehehe
Tetamu - tetamu comel |
Semua cute kan! Antara yang ade kat dalam gambar kat atas tu, Aimy (gambar paling happy)..Muaz (oren putih)..Iqmal(Belang biru koko) dan Aliff (baju kuning)
0 comments on "Cukur Jambul"
Post a Comment