Date: 28/04/2012
Time: sepanjang hari
Venue: Home sweet home
Spring cot? alaa...kalau kite orang melayu panggil buaian. Omputih je sebut spring cot. Kalau cradle lak, katil baby yang boleh buai-buai tu..Kalau spring cot ni..tula...buai pakai besi. Hmmm..sepatotnye dah lame dah mama&papa nk belikan zara buaian ni. Tapi macam taknak ajar zara tido dalam buai takot nanti nak gi mane-mane risau zara susah nk tido tanpa buai pulak. Kebanyakan orang pon pesan macam tu la. Memandangkan zara ni kalau tengahari sangat susah nk tido. Kene dodoi bagai kan..then kalau tido pon kejap je. Pantang panas or denga bunyi kuat-kuat nanti tersedar dan susah pulak nak sambung tido.
Setelah beberapa minggu perhatikan gelagat zara ni, mama&papa memang confirm yang zara ni memang perlukan buai. Dan akhirnya hari ni, mama&papa keluar pusing satu shah alam cari buai yang bersesuaian untuk zara. Start dengan cari kat dalam bangunan PKNS shah alam..kat dalam tu ade kedai baby. Tapi buaian dia macam tak menarik. So, mama&papa tak jadi beli kat sini. Keluar dari situ..kami gerak ke seksyen 19 pulak. Kat sini ade kedai baby jugak, tapi still buaian dia macam kureng je. Besi dia tu..adoiyai..kecik dan nampak tak kemas. Lastly, kami gi kat kedai baby kat area seksyen 25 lak. Sini pon sama, ade buaian..macam-macam patern pon ade tapi stil mama&papa tak puas hati dengan besi dia. Goyang..tak kemas..ish..tak menarik la...dah la cik zara tu agak debab..kalau setakat besi kecik goyang-goyang macam tu memang mama&papa tak harapla..risau..
Then, kami agak frust la seposen kan..cari-cari tak jugak jumpa..Perot dah berkeroncong nih. Papa pulak cakap nk try masak kari ayam..so tak nak beli food kat kedai la. Alang-alang kat sebelah kedai baby tu ade Mydin, kami beli barang-barang masak kat situ je. Balik rumah, kami try masak kari..menjadi hoccay! sedap gilos! next time kami plan nak buat kari daging pulak. So..lepas dah kenyang semua kan, kami bersiap-siap dan meneruskan usaha murni kami ni untuk mencair buaian buat zara..
Berenti nenen kat baby room, jusco..
Burrppp..alhamdulillah..kenyang! hehe
Mama teringat yang mama pernah ternampak buaian sweet cherry kat jusco Klang..so, dengan tergesa-gesa dan exited..kami gerak ke sana. Yess..ada! dan design brand ni jauh lebih cun dari design2 yg mama tengok sebelum ni kat kedai2 baby tu. Harga rm149.00.. Ok la tu..under bajet. Tanpa pikir or belek..terus beli dan balik rumah. Malam tu jugak mama&papa try tidorkan zara dalam buaian..zara memang suka sangat! alhamdulillah..rupanya memang dah lama zara nak buai...mama&papa je tak tau..soo sorry my dear!
New baby spring cot - chrome color!
Buai baru zara
First trial tido dalam buai..lena sangat..senang pulak nak tido bila buai. Lega..
Activity seperti biasa..lepas bangun dari tido..
Petang pulak mama plan nak gunting rambut, so keluar gi seksyen 17 area ole ole hypermart tu. Kat situ memang banyak kedai gunting rambut. Kali ni mama nak potong rambut pendek giler tahap takleh ikat langsung. Ye la, baru 2 bulan lepas mama potong rambut, sekarang dah panjang balik dah. Rimas..malam2 bangun nak bg nenen baby kang..nak kene ikat rambutla itu ini..leceeh..So..on the way tu, sempat pulak mama snap pic zara ni ha..sweet je, baju putih biru digayakan dengan headband putih.
Zara yang seronok baca pamplet tesco
0 comments on "Spring Cot utk zara"
Post a Comment