Zara dan Zariff. Powered by Blogger.

Iman Nur Zahra

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zariff

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zaffri

Lilypie Third Birthday tickers

Sunday, April 8, 2012

Zara demam terok


Pengalaman pertama buat mama bila mama bangun tengah malam (around 3pgi) sebab terkejut dengan suhu badan baby yang sangat panas. Mulanya baby merengek sebab nak susu..so mama bangun nak bagi nenen sekali terasa macam baby panas sangat, mama amik termometer dan cek suhu badan baby..39.2!.. Cepat-cepat mama kejutkan papa..

Papa pulak bila bangun je terus dokong baby. Baru perasan yang badan baby panas sangat-sangat tapi sebenarnya baby sejuk hingga terketar-ketar tangan dia. Sayu tengok! Cepat-cepat mama pelok baby..pastu baru nampak ok. Bawak baby turun tingkat bawah..dan malam tu kite semua berkampung tido kat bawak depan tv..sentiasa basahkan kepala baby dengan air supaya suhu badan turun.


Muka makin ceria...

Alhamdulillah..makin lame..suhu badan baby semakin turun dan memberangsang. Sehinggala pagi esoknye tu..suhu badan baby dh tahap yang ok sikit. Tapi badan still panas luar biasa jgk. Di waktu siang, walaupon demam tapi baby masih active cuma kurang dari hari biasa la. Yang merisaukan mama adalah, baby langsung tak bercakap. Diam je..kalo gerak gerak badan pon..stil mulut taknak bercakap. Ini yang memang membuatkan mama bertambah risau.

Sehinggalah malam dalam pukul 7mlm..mama check suhu badan baby naik lg...mencecah 39 lbih dan mama terpaksa masukkan ubat kot bontot baby. Huhu..sebenarnya kalo boleh mama taknak masukkan ubt ni sbb angah cakap ubat ni dos kuat sikit dri ubat lain. Mama dapt ubat ni semalam kat poliklinik umra. Doctor bagi, doc ckp kalo suhu hit 39 je..masuk ubat tu so that ubat ni boleh membantu menurunkan suhu badan baby secara cepat. Lepas mama msuk ubt tu, papa cakap kene jgk bawak baby gi KPJ Selangor Specialist kt seksyen 20. Dan kat sini, alhamdulillah..suhu badan baby dh turun 37.7..doc cakap suhu ok sbb mungkin ubat tu dh reflect kt suhu baby. Dan doctor pon cakap tu demam biasa2 je.

Kat sini pulak, doctor bagi macam-macam jenis ubat termasuklah ubat demam, ubat batuk, ubat selesema dan antibiotik. Balik rumah, mama tak terus kasi ubat tu kat baby sebab baby bru je msuk ubat kan. Mama takot ter-over dos. huhuhu..

So..malam ni..perkembangan yang baik. Zara tido lena...adela bangun sekali sekala sebab tak sedap badan kot. Then lepas mama nenen2...peluk2..dodoi2..then zara tido balik sampai ke pagi.

0 comments on "Zara demam terok"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...