Zara dan Zariff. Powered by Blogger.

Iman Nur Zahra

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zariff

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zaffri

Lilypie Third Birthday tickers

Wednesday, November 19, 2014

Samsung Tablet INZ dan IZ


Date: 19.11.2014
Time: 9.30pm
Venue: bedroom

Pendapat anda? 

Apa pendapat anda untuk bagi kebenaran kepada anak-anak anda menghabiskan masa lapang mereka dengan tablet or ipad or any gadget? Hmmm hujah ni memang tiada penghujungnya. Dan juga tiada jawapan terbaik kan? Itu semua depends pada ibu bapa masing-masing untuk menentukannya. Ianya juga bergantung pada kanak-kanak itu sendiri sama ada terlalu taksub dengan gadjet ataupon tidak. 

Di sini saja nik nak berkongsi tentang penggunaan segala mak nenek gadjet ni untuk anak. Untuk anak-anak nik, memang kami benarkan dia bermain dengan tab ni sejak kecil lagi. Tapi... Bukan meninggalkan dia hanya bersama dengan tab tu, tapi kami sentiasa bersama-sama dengan dia semasa menggunakan alat tu. Sama jugak dengan adik nya Zariff. Kami juga menerapkan ajaran yang sama. 

Iman Nur Zahra

Tetapi, bukan sepanjang masa free mereka kami bagi ye. Antara masa yang dibenarkan ialah:

1. Kedai makan
Memang tak bagus, tapi masa ni lah sebenarnya kami betol2 focus pada learning process dia menggunakan teknologi ni. Sambil menunggu makanan order sampai, kami curi peluang ni untuk buat pop quiz! Assist dia belajar sama-sama. Disamping menyeronokkan, kami juga dapat mengelakkan anak-anak dari buat macam-macam kerenah yang tak diingini seperti panjat kerusi meja, campak sudu garfu, menangis bosan, menjerit atau sebagainya. 

2. Dalam kereta

Perjalanan dalam kereta, kat KL ni faham-fahamla kan? walaupon jarak satu tempat tu dekat, tapi jem punya pasal jadi berjam2. Orang dewasa macam kita ni ok lagi, boleh kawal perasaan emosi semua. Budak-budak macam mana? Tau kah diorang nak behave? tau kah diorang nk duduk diam? takkan nak suruh tidur sepanjang masa kan? Diorang pon manusia biasa jugak. Kalau kita orang dewasa ni tengah memandu pon main hanphone. Budak apatah lagi? So, kami memang sangat menggalakkan anak-anak kami main tab or phone dalam kereta. Masa ni lah diorang kusyuk belajar, owh..bukak la katun-katun yang banyak pengajaran ye. Boleh bagi contoh yang baik kepada anak-anak. Pada masa yang sama, kite mak bapak diorang ni kene la tanya dia, kenapa watak katun tu buat macam tu macam ni. Selitkan sikit pengajaran, sharing, behave and so on.

3. Dalam bilik tidur - sebelum tidur
Tetapkan masa atleast setengah jam untuk dia guna teknologi yang ada. Semasa anak-anak tengah pegang gadjet ni, perlu sangat untuk kita ada bersama mereka. Learning process patotnye tahap maksimum kat sini. Sebab boleh focus dan tiada gangguan.

Masa lain selain di atas tu, kami cuba kurangkan atau elakkan terus bagu diorang main. Buatlah pelbagai alasan yang munasabah untuk mengalih perhatian mereka main dengan toys pulak. Kadang-kadang kami selalu juga cakap, tab tengah charge, tab takde bateri. Kadang-kadang cuba start main toys dengan zariff dulu. Then mesti kakak dia akan menyusul! 
Iman Zariff

Lately, kakak zahra dah tak gemar sangat tengok kartun kat tv. Astro disney channel 613 tu memang dah jarang sangat bukak. Iman zariff pulak memang sejak azali lagi tak berapa suka tengok tv. Boy kot ye, mane suka tengok satu benda lama2. Ping-paling dia suka pon mickey mouse. Lain-lain kartun macam tak layan sangat. 

So far, dua2 anak kami ni banyak belajar melalui teknologi. Zahra pandai ABC pon melalui tab ni. Pandai semua warna dan bentuk pon guna tab ni jugak. Tak salah kalau nak bagi anak guna teknologi. Setiap benda yang dicipta, mesti ada baik dan buruknya.

Bergantung pada ibu bapa itu sendiri untuk mengawal tahap penggunaan dan minat anak. Pada kami, teknologi gadjet ni banyak pro dari yang cons. To be clear, kami memang gadget oriented sikit. Peace!

0 comments on "Samsung Tablet INZ dan IZ"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...