Zara dan Zariff. Powered by Blogger.

Iman Nur Zahra

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zariff

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zaffri

Lilypie Third Birthday tickers

Tuesday, November 11, 2014

Yuran Little Caliphs Shah Alam


Date: 11.11.2014
Time: 6.30pm
Venue: Little Caliphs Shah Alam

Akhirnya, setelah berbincang dan buat survey kat internet, kami tekad untuk daftarkan kakak ke Tadika Little Caliphs tahun depan. Untuk bersekolah, rasanya semua pon dah sedia maklum kot yang cikgu kira umur anak berdasarkan tahun dan bukannya tarikh lahir atau bulan lahir ye. Jadi, tahun 2015 kakak Zahra dah masuk 4 tahun.

Seperti yang nik pernah ceritakan sebelum ni, kami buat research pasal umur anak yang sesuai untuk didaftarkan ke sekolah. Kami bersetuju untuk parents yang menghantar anak ke sekolah bermula dari umur 4 tahun.

Minggu lepas kami dah daftarkan kakak ke Little Caliphs melalui email. Bila call person in charge tu, kami sebaik-baiknye datang sendiri ke tadika tu untuk bayar booking. So, hari ni baru ade kesempatan untuk kami datang sana.

Keluar ofis dalam jam 5.30, terus gerak ke tadika. Hari ni dugaan betol jem terok. So sampai tadika dah jam 6.30. Nasib baik teacher tu cakap tutup jam 7 petang. Sempat borak dengan teacher. Kami di "brief" kan dengan misi dan visi tadika tu camne. Apa medium belajar dan ape activity yang bakal diorang buat untuk student 4 tahun. So hari ni selesai booked satu tempat untuk kakak di tadika tu. 


Lega...tuhan sahaja yang tahu. Pencarian tadika pertama untuk anak pertama sebagai pengalaman pertama ni memang sangatlah sukar! Pening kepala semua ada. Macam-macam tadika kat shah alam tu nik dan encek akmal study. Hari-hari pon otak mesti fikir pasal tadika kakak. Hehehe. Excited tu ye, tapi semua parents pon nak kan yang terbaik untuk anak. Bukan nak cakap tadika lain tak elok, tapi depend pada kemampuan dan kehendak masing2. Ada je tadika yang lagi elok tapi agak mahal sikit kos. So, tepuk dada tanya selera.


Ini sedikit sebanyak info pasal yuran pendaftaran Little Calips Shah Alam Seksyen 19:

Diharap dapat jadikan panduan ye.

Teacher tu cakap, barang-barang seperti baju, tudung apa semua tu nanti teacher contact. Tak sangka kan, anak dah nak masuk sekolah dah.. Kakak mesti happy, hari-hari dok cakap "Nak gi School". Atlast, naah... :)


3 comments on "Yuran Little Caliphs Shah Alam"

suhaila ahmad akhirudin on May 17, 2016 at 2:23 AM said...

Kenapa pilih little caliph sek 19?

siti sarah on July 18, 2016 at 9:06 PM said...

salam sis, nak tanya tadika little caliph seksyen 19, teacher n silibus die ok x?

siti sarah on July 18, 2016 at 9:07 PM said...

salam sis, nak tanya tadika little caliph seksyen 19, teacher n silibus die ok x?

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...