Zara dan Zariff. Powered by Blogger.

Iman Nur Zahra

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zariff

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zaffri

Lilypie Third Birthday tickers

Wednesday, December 31, 2014

Goodbye 2014!


Date: 31.12.2014
Time: 9.10am
Venue: Ofis

Hari ni hari last untuk tahun 2014. Kalau dalam banyak-banyak tahun yang nik pernah lalui sebelum ni, tahun 2014 adalah tahun paling tragis dan kalau boleh tak mahu lagi diulang. Semua dari awal sehingga lah akhir tahun, semuanya meratapi dengan air mata.

Tahun 2014 ni, bukan setakat Malaysia je yang menghadapi masalah besar, tetapi termasuk jugalah kami sekeluarga. Macam-macam masalah hal keluarga kami terjadi tahun ni. Dengan tuan rumah tiba-tiba cakap nak bagi rumah kat anak dia. Pastu kereta kami pula dilanggar orang di traffic light. Berbulan-bulan di workshop, patah kakai. Berkaitan dengan pelbagai jenis masalah termasuklah masalah kewangan.Tak dapat nak disenaraikan kat sini apa yang telah kami hadapi, cukuplah sekadar sebagai pengajaran buat kami untuk lebih merancang dengan baik di masa hadapan.

Tapi...Alhamdulillah, walaupon kami dilanda pelbagai masalah tetapi Allah telah mengurniakan kami dua insan pembakar semangat kami untuk tidak lemah. Setiap hari, menatap wajah Zahra Zariff ni cukup untuk kami lupakan segala masalah yang sedang kami lalui.

Kami tak berduit macam orang lain, tapi kami seboleh-bolehnya berusaha untuk memenuhi keperluan ZnZ sebaik mungkin. Kami taknak ZnZ hidup kekurangan seperti yang telah kami lalui sejak kecik dulu. 

Kalau boleh...kami nak penuhkan coretan memori mereka dengan kenangan yang best. InsyaAllah.

So..untuk tahun ni, ni adalah pencapaian ZnZ sepanjang tahun:

Iman Nur Zahra BT Mohamad Akmal Azim


1. Zahra dah fluent cakap
2. Zahra dah pandai kayuh basikal
3. Zahra pandai berbahasa melayu dan english - full sentence
4. Zahra juga dah tau beberapa perkataan kelantan (mak bapak darah kelate)
5. Almost semua animal Zahra kenal
6. Zahra tahu A for Apple, B for Bird...Z for Zebra
7. Zahra dah pandai mengira up to 30!
8. Zahra pandai order makanan dan minumam sendiri
9. Zahra pandai pegang duit bawak barang bayar kat kaunter
10. Zahra dah nak sekolah Januari ni!

Iman Zariff Bin Mohamad Akmal Azim


1. Zariff dah pandai sebut mama, papa, bird, duck, cat,nak,taknak,
2. Zariff dah boleh berlari
3. Zariff dah ada kartun kegemaran - mickey mouse
4. Zariff dah faham semua arahan kami
5. Zariff dah kenal banyak animals
6. Zariff start belajar ABC, 123, Colours
7. Zariff suka suruh kami bacakan buku sekarang
8. Zariff ada favourite song - wheels on the bus!
9. Zariff dah expert main toys dan basikal kecik
10. Zariff dah umur setahun!

Owh anak-anak...korang membesar sangat cepat! Sedih sangat (selalunya orang suka anak besar haha). Walaupon banyak pencaipaian anak-anak yang kami banggakan. Tapi kami sebagai parents juga ada beberapa kegagalan tahun ni. Huhuhuhu

Antara kegagalan paling terbesar untuk kami adalah, takde family fotoshoot tahun 2014. Uwaaa! tak tau nak gambar kan macam mane perasaan ni. Mama papa mintak maaf sangat zariff, sebab masalah macam-macam membuatkan kami tak boleh buat photoshoot zariff. InsyaAllah kami akan teruskan niat ni dalam bulan januari jugak. Tak de niat sikit pon untuk tidak berlaku adil, tapi takde rezeki. Huhuhuhu

Untuk kakak Zahra, tak banyak mana kami belikan dia pakaian branded. Semua pakaian kakak jenama online takde brand tu je. Tapi tahun ni kami banyak belikan kakak mainan dia sebab Zahra ni dah pandai mintak macam-macam. Nak tak nak, sebagai parents kita memang tak sanggup tengok anak minta tapi tak bagi kan?

Tahun 2014 ni jugak, tak banyak barang kami belikan untuk Zariff. Tak banyak baju branded yang kami belikan untuk Zariff. Tapi Zariff cool. Main je apa yang ada. Pakaian pon banyak beli online je. Yang takde brand. Tapi Zariff budak baik, tak banyak buat hal. Sentiasa senyum. Jarang sangat nangis atau buat hal sepanjang kelahirannya. Apa jua yang berlaku, Zariff kuat. Tak mudah melatah tak mudah menangis. InsyaAllah ada rezeki Zariff nanti.

InsyaAllah...untuk tahun 2015 nanti, kami cuba sedaya upaya untuk mencoretkan lebih kenangan indah untuk korang. Cuba bagi yang sebaik mungkin. Dan untuk Zahra dan Zariff, jadilah anak yang soleh dan solehah. Anak-anak yang mendengar kata dan beriman. Amin.

Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau murahkan rezeki untuk anak-anakku. Supaya mereka boleh membesar dengan sempurna InsyaAllah. Amin ya Rabbal Alamin!

Bye 2014!

Welcome 2015!

(Azam tahun 2015 - Nak banyakkan gambar2 kenangan yang menarik)

0 comments on "Goodbye 2014!"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...