Zara dan Zariff. Powered by Blogger.

Iman Nur Zahra

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zariff

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zaffri

Lilypie Third Birthday tickers

Tuesday, December 16, 2014

Playgym di jusco


Date: 14.12.2014
Time: 5pm - 9pm
Venue: AEON Jusco Bukit Tinggi - Klang

Kalau post sebelum ni nik dah cerita hal pagi tadi, pasal registration day sekolah tadika kakak zahra. Di pos ni masih lagi activity di hari yang sama. Di sebelah petang kami terpaksa keluar ke Jusco sekejap untuk mencari exchange gift sempena activity yang diadakan kat ofis nik rabu nanti. 

Dengan minimum bajet yang ofis dah tetapkan rm20. Pening nak cari. Pusing-pusing dampai pening kat dalam jusco tapi masih tak jugak jumpa. Nak cari barang yang agak-agak lelaki ngan perempuan pon boleh pakai. 

Pencarian hampa, rehat sekejap sementara bagi can untuk zahra dan zariff main. Bagi mood dia oke dulu baru kite sambung. 



Dah lama dah sebenarnya tak datang sini, baru perasan yang playgym derang tu macam best. Sebab mainan kat dalam tu fun. Selalunya apa je ada kan. Untuk first 20 minute, rm 5. Then setiap 10minit kemudian rm1. Nik masuk sekali dalam gym ni handle budak comel dua ketul ni. Dalam ni selamat, kalau sometimes terlepas pandang tu anak tak hilang insyaAllah. Tapi kene jaha2 jugak especially bila ade budak besar sikit. Nanti diorang main extreme sangat. Anak kite yang cenonet ni bahaya. Takot terlanggar. Dan ye...memang jadi pon kat zahra. Sementara dok layan zariff main basikal, tiba-tiba dengar suara nyaring kakak. Nangis kuat yang amat. 


Allah!! Dah kenapa pulak kakak tu. Cepat-cepat lari amik kakak, tanya kenapa dia nangis. Kakak zahra cakap "abang buat". Geramnye tuhan je tahu tapi budak2 je pon. Nak buat camne, kite lah yang patot monitor. Huuu

Belek kat pipi zahra...hmm lebam merah sampai ke mata. Padanlaaa zahra nangis beriya. Rupanya budak tu swing kuat sangat kenetulan kakak ada kat depan tu, so debussshhh langgar tergolek kakak kat situ. Kesian sangat. Dah...lepas kene pujuk then oke, back to normal. Papa dia??? Opkoslaaa panic!! Out of no where, tiba-tiba je tercongok kepala kat depan pintu playgym. Berserta dengan insyarat tangan suruh keluar. Nik lak balas insyarat dengan maksud "anak-anak tak puas main lagi". Chewah! 

Dalam 45 minit jugak dalam ni. So total kami kene bayar rm8 per head. Heee takde lah mahal mane kan? Next time boleh datang lagi! So, menyambung misi mencari exchange gift. Dan atlast suruh en husband je tolong carikan. Buntu gilos! 

Dah suruh jusco tu wrap siap-siap. Esok nanti bolehla bawak gi ofis. Agaknye sapelah yang dapat hadial iollss ni ye. Hahaha

Sampai rumah dah kol 9lebih. Harapan sampai rumah ank2 smua ngantuklah. Tapi tak pon. Dah tadi kakak beli playsoh colourful, so layan la anak main dulu before tido. 


0 comments on "Playgym di jusco"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...