Date: 01.02.2015
Time: 7.00am - 5.30pm
Venue: Sungkai, Perak
Sempena minggu ni cuti 4 hari, cuti hujung minggu bersambung dengan hari wilayah dan Thaipusam). Jadi Kelab "Wish Anok Kelate (WAK)" yang kami join mengadakan "Sunday Drive" ke Sungkai Perak. Nik pon memang tak pernah jejak kaki pon lagi kat Sungkai tu jadi bolehlah kami join sekali.
Bergerak dari Shah Alam kira-kira jam 7.15 pagi, dan waktu berkumpul di RnR Rawang jam 8pagi. Setelah briefing dan breakfast kat RnR tu, kami dan seramai 48biji kereta bergerak convoy beramai-ramai ke Sungkai. Perasaan tu semestinya la excited sangat. Sepanjang dok Perak dulu masa belajar, tak pernah pula dengar pasal Sungkai ni. Ada orang cakap Sungai Sungkai best juga, tapi kami bukan ke sana, kami ke Sungkai Hot Spring.
|
Anggota WAK yang tengah mengedarkan breakfast kepada semua ahli |
|
Parking susun kereta kat tepi jalan sini dlu sebelum bergerak |
|
Anggota WAK yang sedang mendengar briefing |
|
Ni dia...ahli yang terlibat |
Dengan lafaz bismillah dan bacaan doa dari salah seorang ahli WAK, kami semua seramai 48 kereta bergerak ke Sungkai. Perjalan ambil masa sejam lebih sahaja. Dari jam 9pagi gerak dari RnR Rawang ni, sampai sana dalam jam 10.30pagi. Convoy beramai-ramai ni memang banyak cabaran la.
Sepanjang perjalanan, kami terpaksa berkomunikasi antara ahli masing-masing untuk maintain di lane yang sepatotnye. Supaya semua kereta berada dalam lane yang sama dan tidak putus.
|
Team convoy |
|
Suasana sepanjang perjalanan ke Sungkai |
|
The convoy... |
|
Terputus dengan bas kejap... |
|
Kawasan Felda Sungai Klah |
|
Ahli Wish Anok Kelate (WAK) |
|
Ahli Hawa WAK (Para anak dan isteri) |
|
The gathering |
Walaupon baru jam 11 pagi, tapi cuaca super duper panas. Dekat tengahari tu lagi la..panas sangat-sangat. Yang kelakar Zariff la, mesti nak cover tangan kat atas kepala sebab panas. Zariff ni memang kami panggil putera lilin. Hahaha. Selalu dengar puteri lilin je kan. Haaa ini dia putera lilin.
Tiket masuk kat sini murah je. Dewasa RM12, Kanak-kanak RM10. Total kami 4 beranak hanya RM30. Murahlaa kan? Tapi kat dalam ni diorang tak bagi bawa makanan tau. Sebab dalam sana dah ada jual macam-macam makanan contohnye sweet corn, wafer, nasi berlauk, masakan panas dan segala mak nenek air. So tak payah nak risau kot lapar. Beli je lah kat dalam. Harga tu memangla mahal sikit berbanding kat luar, tapi dah kata nak bercuti, apa salahnya melabur sikit...jangan kedekut boleh? ehehe
Activity kat sana pula, hot spring tu ke dalam sikit, nak jalan pon boleh. Tapi kalau tak larat nak jalan or malas nak jalan, boleh tunggu "choo choo train" bak kata zara. hehe. Kejap je naik train ni, dah sampai dah...
|
The choo choo train |
|
Cuba tengok muka putera lilin iols tu, tutup mata teros. Takot sangat dengan panas. hehe. Kakak zara rilek je..cool! |
|
Sesampai kat dalam tu, berjaln sikit masuk kt pool. Panas weeehhh |
|
Ni dia, anak dara dan anak bujang saya yang dah ready nak main air. |
|
Papa diorang tak bagi pakai kasut, so harusla dokong |
|
Disebabkan mama "takboleh" mandi, jadi tukang amik gambar je la harini. |
|
Suasana padat..tapi seronok |
|
Jakun kejap budak-budak ni main air. Maklumla..ni la first time papa dia bagi main air camni. |
|
Zariff memang langsung tak dapat turun bawah. Kene monitor oleh papa dia. haha |
|
Berdokong lagi nampaknye |
|
Atlast dapat jugakla kakak merasa main sendiri. Tapi lemas kejap sebab "jumping" dalam air. |
|
Antara geng WAK yang juga main air sama-sama |
|
Lari focus... |
|
Jangan harapler zariff...nak mandi sendiri...hehehe |
|
Beli sebijik je dulu pelampong |
|
Mesyuarat tingkap |
|
Kene baling telor sebab salah sorang ahli WAK celebrate anniversary |
0 comments on "Holiday : Sg. Klah Sungkai Hot Spring"
Post a Comment