Zara dan Zariff. Powered by Blogger.

Iman Nur Zahra

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zariff

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zaffri

Lilypie Third Birthday tickers

Monday, February 2, 2015

Holiday : Zoo Negara KL


Date: 02.02.2015
Time: 1.30pm - 4pm
Venue: Zoo Negara - Kuala Lumpur

Penat balik dari Sungkai semalam pon masih lagi tak hilang, tapi harini kakak Zara ajak gi Zoo pulak. Tak sure mane dia tahu pasal zoo ni, tapi sejak balik dari Taman Burung KL hari tu lagi zara dok ajak gi zoo.

Alang-alang minggu ni cuti 4 hari, kami plan nak sambung perjalan ke Taiping selepas ke Sungkai. Sebab dah dalam kawasan Perak. Tapi balik dari Sungkai petang semalam, nampak anak-anak semua macam tak sihat, jadi kami plan balik je rumah ikot rombongan convoy balik KL. Masa kat sungkai tu memang ade cakap ngan zara pasal nak bawak dia gi zoo. Kami plan nak go zoo taiping. Dah tak jadi, cancel la zoo taiping.

Pagi ni, bersiap keluar breakfast, tak sangka pulak dia ingat! Ingatan anak-anak ni memang tajam. Kalau rasa tak boleh nk kotakan, jangan berjanji. Masa keluar breakfast, tiba-tiba zahra cakap "nak gi zoo ke mama"..."ha mama...nak gi zoo ke mama". hehehe. Kami berdua laki bini pandang smbil dalam hari cakap "Oke...anak nak gi zoo, sebab semalam kite dh janji dengan dia nak gi zoo." hahahaa. Macam boleh baca fikiran tau.

Dengan pantas, papa dia u-turn, amik barang tukar baju dan berdesupp breakfast dan teruskan perjalanan ke..zoo..

Tapi zoo negara je la ye zara, zariff.. next time kite gi zoo lain pulak..

Zoo Negara KL

Dah lama sangat tak gi zoo negara, dah tau berapa harga tiket. Sempat google dapat sikit info. Tapi masa google tak jumpa pulak tiket masuk panda tu. So kat sini la baru tau pasal tiket.

       Detail tiket:

       Dewasa : RM30
       Kanak-kanak (3 tahun ke atas) : RM10

       Dewasa - Tengok Giant Panda : RM20
       Kanak2 - Tengok Giant Panda : RM10

       Dewasa+Giant Panda: RM50
       Kanak2+Giant Panda: RM20

So untuk kami 4 beranak, total nik (rm50) + husband (RM50) + Zara (RM20) + Zariff (free) = RM120. Hmmmm memang agak mahal. Pendapat nik, rm50 untuk masuk zoo kat negara sendiri tu memang mahal yang amat sangat2 mahal! Mula-mula masuk zoo, bayar mahal dengan harapan apa yang di tunjuk kat dalam zoo tu setanding lah dengan bayaran yang kite dah melabur tu. 

Arapaima
Haiwan pertama kami tengok kat zoo ni adalah Arapaima. Memang besar sangat-sangat ikan ni. Lebih besar dari nik kot. Tak sure berapa berat dia. Tapi memang besar. (Teringat kat zoo taiping, ade beberapa ekor ikan arapaima ni dilepaskan dalam tasik kecik).





 Malaysia's Stream

Tak pasti sini area apa, ke depan sikit dari area ikan arapaima tu ada macam gua sikit. Agak menakotkan, dan tak ramai pon masuk. Atas gua tu ade kedai-kedai jual2 cenderamata. Kami beranikan diri juga masuk dalam gua tu, rupanya kat situ ada benda menarik. Berada dalam gua tu teringat pula macam "Underwater World" kat Langkawi. Hmm lebih kurang macam tu la kat dalam gua ni. Banyak menceritakan kehidupan rakyat malaysia yang menjalankan aktiviti menjalan dan menangkap ikan di sungai.

Ikan yang dipamerkan dalam gua ikan ni pon, semua yang berkaitan ikan sungai. Ada satu info menarik (ala rugi tak snap pic ikan tu), sejenis ikan laut yang datang ke sungai sekejap untuk bertelur dan akan pulang ke laut.











The Family - Bersungguh-sungguh muka papa-nye. hahaha

The World's Bee Museum

Ni pon salah satu benda menarik juga yang ada kat zoo negara ni. Iaitu museum lebah. Kat sini pon kami boleh ambil gambar je, sebab anak-anak takot nk masuk sana. Tambah-tambah lagi kakak zara, taknak masuk sebab tengok ade bee. Tak payah masuk pon, kat luar tu pon dah berlegar-legar lebah. Berkeliaran..mulanya takot...tapi nampak lebah tu dah jinak je baru bleh bertenang. ehehe. So tak boleh la nak share apa yang ada kat dalam museum tu sebab tak masuk. huhuhu









Seladang India








Alah...tak nampak baby zariff!



Savannah Walk

Tempat paling zara suka adalah kat sini lah. Kat Savannah walk sebab kat sini boleh nampak giraff, zebra dan rhyno! Suka sangatla dia. Lagipon, kat sini pemandangan paling cantek. Tempat yang best dan cantek pon kat area sini je la pon. hehehe








 

Giant Panda Conversion Center

 Kat Giant Panda ni, kene bayar extra RM20 sorang untuk adult semata-mata nak tengok panda ni. Kat entrance masa staff diorang tnya nak tengok panda ke tak, kami iyekan sahaja. Dah alang-alang datang rasa macam terpkir la rupa macam mana.

Tapi bila masuk dalam ni, suasana selesa sebab ekon dan humidifier di merata-rata tempat. Sangat bersih. Dan yang paling tak tahan tu, kene senyap... Ye memang tak boleh buat bising. Agaknye taknak bagi panda tu terkejut melompat lari keluar kot. hehehe. It should be ok for silence. But..faham-fahamlaa parent macam kami yang baru ada anak dua ni. Mulut diorang bukan macam mulut tempayan boleh tutup-tutup. Kalau cakap shhhhh pon, bukannye diorang layan.

Lagi-lagi si kakak zara tu, lagi kite cakap jangan bising...dia buat jeritan super kuat dalam tuh. Perghhh! biruuu kot muka mak dia tahan malu. Muka papa dia? haruslah merah padam marah!!! Lagi satu, zara tu kan pegang payung kecik tu, staff zoo tu dah pesan jangan bukak payung tu. Kami cam erkkk pulak..payung pon tak boleh (dahla stroller pon tak dibenarkan bawak masuk, kene tinggal kat luar). Tapi zara? ingat nak ikot? memang dibukak nya jugak payung tu. Larang pon dia buat tak kisah je. Budak...nak larang macam mana sangatla kan. Perasan jugak staff tu menjeling...tapi..nak buat camno! mampu buat bodoh je la.huhuhu

Sebagai review yang jujur dan ikhlas, nik rasa untuk rm20 semata nak tengok panda yang langsung takde aksi pape pon, diam...tido je...memang sangat membazir dan tak berbaloi. Even anak-anak zahra zariff tu sikit pon takde nampak excited atau wow. Takdela kami nak kata rugi, cuma tak berbaloila..mahal sangatla.. Kalau pihak zoo negara boleh runding, turunkan harga untuk panda tu mesti lagi ramai yang nak masuk zoo. Just my 2 cent!

Muka penat ke muka bengang shuben hakak tu. ehehe

Add caption










siap ade tempat makan yang bertemakan panda

Elephant Park

Salah satu haiwan yang Zahra dan Zariff suka adalah gajah ni. Dua-dua pon nampak terkejut dengan dua ekor gajah comel ni. Yela, selalunye tengok gajah ni dalam buku je, memang tak penah pon bawak zahra zariff tengok gajah sebelom ni. Tengok kat tv je ngan buku je. Tambah lagi gajah kan antara haiwan glamour dalam learning activity toddler.hehe

Rasanya dua-dua gajah ni masih kecil lagi, masih baby sebab ada nampak bulu-bulu roma baby elephant tu (eh...macam tau2 pulak!). Yang paling sweet masa kat sini, bila tengok penjaga gajah ni panggil nama "Puteh!! Puteh....!". Tiba-tiba gajah yang sebelah kiri dalam gambar tu pusing, pandang je tuan dia. Macam nak mengadu je...yang dia nak bebas...huhu. Kesianye..




Cuaca panas sangat, Akmal tak bagi zariff turun stroller.



Lupa nama ni - Sejenis lembu indonesia














0 comments on "Holiday : Zoo Negara KL"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...