Zara dan Zariff. Powered by Blogger.

Iman Nur Zahra

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zariff

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zaffri

Lilypie Third Birthday tickers

Sunday, April 12, 2015

Food : Tree Steak House Sg. Buloh


Date: 12.04.2015
Time: 5.30pm
Venue: Tree Steak House - Sungai Buloh

First time datang kedai ni. Memang sebelum ni kami tak tau pulak ada kedai western food yang sedap kat sini. Member kelab Wish kitorang yang suggest makan kat sini lepas melawat salah sorang ahli kelab kami dapat baby baru kat Subang. 

Mulanya, bila encek husband cakap nak makan kat sungai buloh, terjojol bijik mata ingat jauh. Tapi kema cakap 5 minit je lah! Then baru nik "hmm okey good.." psst...tapi sebenarnya takde 5 minit pong. 15 minit jugak. hehe

 Kat area depan kedai ni agak padat, jalan sibuk dan kereta memang teramat banyak. Nasib baik parking space ada kosong lagi kat belakang kedai. Tapi yang tak best sebab masa ni hujan renyai-renyai. Terpaksa angkut anak-anak masuk kedai.

Masa pilih menu pula, pening tak tau nak makan apa. So..nik amik Piazola Chicken Chop dan Kema pula order Lamb Chop Blackpepper.

Perindu Roasted Chiken

Palm Lamb Chop Black Pepper Sauce





Piazola Chicken Chop

Ni dia menu makanan yang kita boleh order kat sini. Nama-nama dia semua canggih manggih wei! Masa nik baca menu ni kan, seriusly otak nik terbayangkan hutan hujan khatulistiwa. hahaha. Mau tak nya???


Menu page 1

Menu page 2
Jadi, nak bagi review sikitla ye. Kami ke sini seramai 10 orang dewasa dan tak hengat berapa ramai kanak-kanak. Rombongan 5 bijik kereta. So, pelbagai jenis menu yang kami order. Termasuklah cactus steak la..pastu nama-nama pokok tu la. Ade la try sikit-sikit rasa makanan member sebelah.

Untuk rasa, memang terbaik. Sedap sangat-sangat. Tak tipu! Serius! Kami memang suka western, so kalau tak sedap sikit pon kami telan je. Tapi, ni memang betol sedap. Harga??? Cer jenguk menu tu. Murah weh! Contoh lamb chop tu kan, rm 18.90. Tapi portion dia besar dan banyak. Memang kenyang satu hari! Ciken cop tu pon baru 13.90. Banyak kot.. Service pulak memang laju zasss! Walaupon kami order ramai, tapi cepat je siappp. Kebetulan kami datang, meja xbanyak kosong. Kedai ni memang sentiasa penuh. Walaupon orang ramai tapi jangan risau, tak lama tunggu..

Next time, memang kami akan datang lagi. Wajib!


Love,

2 comments on "Food : Tree Steak House Sg. Buloh"

Massitaish on April 13, 2015 at 7:32 AM said...

Pernah makan sini...

Nikiey on April 13, 2015 at 4:08 PM said...

Owh yeke. Sedap kan?

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...