Date: 14.04.2014
Time: 10am
Venue: Bangsar South - KL
Lately, sejak nik beli mesin jahit singer tu kan (pernah post pasal ni kat sini), ramai pulak member rapat nik tanya pelbagai soalan berkaitan dengan mesin jahit. Sebenarnya, nik pon bukan pandai mana nak beli mesin jahit. Ini pon pertama kali beli setelah berumur 30 tahun ni! uppss...dah tua dah saya hehe.
Jadi, nik saja nak share dengan kawan-kawan yang sedang mencari mesin jahit dan juga beginner macam nik. Sepanjang ni survey, ramai yang nak beli brothers model NV30. Tapi dengar cerita sekarang ada model lagi baru, NV35 kot rasanya. Tapi nik tak berapa mahir bab mesin jahit ni. Pernah nik cerita pasal sebab pemilihan mesin singer di entry sebelum.
Sebelum buat pilihan, beberapa minggu nik survey. Fikir, tanya orang dan paling banyak tanya mak mertua. Tukang jahit cadar dan tekelung sembahyang tegar.
1. Budget
Apa-apa pon, mesti bermula dengan bajet masing-masing. Lagi kalau kita ni beginner. Kalau boleh ambil yang biasa-biasa je dengan harga bawah RM1000 pn dah cukup. Tapi, kalau kita memang ada plan untuk pergi lebih jauh dengan mesin jahit ni, lebih baik pilih mesin jahit rm1500 - 2000. Dan, kalau plan untuk sepenuh masa menjahit dan buka butik siap lebih disarankan beli mesin jahit yang bukan portable tapi yang industri tu teros. Tepuk dada, tanyalah selera. Bagi nik, memang beginner tapi ada plan untuk pergi lebih jauh (ambil upah dan buka butik - beginner).
2. Survey dan Review
Sebelum pilih mana-mana mesin jahit, lebih baik kalau study dulu tentang mesin jahit tu. Kalau boleh survey apa kata orang ramai yang pernah pakai mesin tu. Cuba masuk blog-blog atau forum-forum yang banyak bercakap pasal aktiviti menjahit. Baca apa kata otai-otai tukang jahit tu. Kalau boleh tanya pendapat diorang pon lagi bagus. Selalunya, ramai tukang jahit moden ni share pengalaman mereka dengan mesin jahit kesayangan mereka tu. So...cubalah.
3. Keperluan dan Fungsi mesin jahit
Yang ni memang kene finalised betol-betol. Kene tau kenapa kita beli mesin jahit tu. Untuk kegunaan sendiri macam betolkan pakaian koyak ke? Atau nak cuba baju2 sendiri. Mungkin anda boleh ambil yang murah dan pilihan corak jahitan yang tak banyak. Psst..harga makin mahal sekiranya mesin tu boleh jahit macam-macam corak. Tapi, kalau awak rasa macam nak jahit 5 pasang baju sehari tu, eloklaa amik yang mahal sikit macam mesin industri yang siap dengan meja tu. Seriusly..hehe
4. Rangka Mesin Jahit
Ha..tips ni nik baru dapat masa pergi kedai singer hari tu. Masa nik tengah pening dah tengah berkira-kira untuk pilih mesin jahit mana. Salah satu ciri mesin jahit yang perlu dititik beratkan ialah material mesin jahit tu. Lebih elok kalau kite ambil mesin jahit yang dibuat dari besi berbanding plastik. Kebanyakan mesin jahit lagi kalau portable tu memang banyak dari plastik. So...plastik ni tak tahan lasak tau. Mesin jahit ni kena lah tahan lasak, baru boleh tahan lama. Betol tak?
5. Berkomputer atau manual
Tip ni nik dapat dari MIL nik. Berguna sangat untuk nik kecikkan skop pemilihan mesin jahit tau. hehe. Berdasarkan pengalaman mak mertua nik kan, dia pernah beli mesin jahit berkomputer. Dengan harapan mesin ni lagi memudahkan dan menyenangkan dia yang memang sentiasa menjahit tu. Tapi tak sampai setahun, tiba-tiba mesin tu meragam. Bila hantar repair, katanya mesin tu dah rosak terok sebab rosak tang "otak" dia. Kat komputer box dia la kot. So teros tak boleh pakai. Kalau nak repair jugak boleh je tapi kos tinggi. Jadi apa yang dia buat, tutup mesin jahit tu letak tepi dinding dan buat hiasan kat situ hahaha. So nik pikir panjang part ni tau, at last nik amik yang manual dan bukan berkomputer.
6. Spare Part yang mudah didapati
Sepanjang menjahit mesti akan ada part yang rosakla, kalau tak pon hilang la..anak mainla, lupa letak mana la. Dan pelbagai jenis alasan lagi. Jadi..sila pastikan yang awak semua pilih mesin jahit jenama yang terkenal. Bukan apa, nanti spare part tu pon mudah nak cari..merata.. takde lah terkial-kial nak cari spare part. End up beli mesin baru. haaa...no no no~
7. Bunyi mesin jahit
Hahaha ni kelakar. Memang awak semua kene amik perhatian. Sila pastikan mesin jahit awak tu dapat menghasilkan bunyi yang merdu ye. Biasala, tukang jahit ni kan, mesti akan ada istilah stayback nye. Nak siapkan tempahan pelanggan, sampai tak tido malam la menjahit kan? Tapi, kalau boleh, biarlah kita je yang xtido malam..jangan sampai anak-anak tengah lena pon boleh terbangun dek alunan mesin jahit kita tuh! ahaha
8.Jenis Jahitan
Hmmm jenis jahitan ni pon boleh jadi tips jugakla. Kadang-kadang kita yang beginner ni impian tinggi menggunung. Nak start menjahit pon, dah pikir sampai nak jahit manek bunga sulam bagai ye dak? Yang ni, sila la tepok dada tanya selera. Orang kata, makin banyak jahitan yang mesin tu boleh buat lagi bagus. Hmm tak jugak sebenarnya. Setiap model tu mesti ade kelebihan dan kekurangan kat mana-mana. Consult betol-betol dengan dealer tu.
9. Kedudukan Skoci
Bagi yang tak tau, skoci ni adalah benda bulat yang letak benang kedua yang bila kita jahit, benang ni akan jadi benang bawah. Ni pon salah satu benda baru yang nik dapat dari MIL. MIL nik cakap, kalau nak beli mesin jahit, make suka pilih yang kedudukan skoci kat bawah yang bulatan dia menghadap kite. Bukan kedudukan skoci tu kat bawah tapak kasut mesin jahit tu. Sebab katanya, kalau skoci menghadap ke atas, dimana betol2 bawah tapak jarum tu, susah nak betolkan kalau benangnya terbelit. Bagus tips ni. Atleast boleh kecikkan lagi skop pemilihan mesin jahit tu kan?
Oklah, buat masa ni, tu sajalah tip-tip yang terfikir di kepala nik. Nanti kalau ada lagi nik tambah ye. Di harap untuk sesiapa yang nak mula menjahit macam nik ni...jenguklah tips kat atas tu. Diharap berguna InsyaAllah.
Love,
0 comments on "Tip : Panduan memilih mesin jahit"
Post a Comment